Ahad, 15 Mac 2015

Mujahadah dengan syaitan

"Maka kerana demikian itu, di sini pula hendak diketahui orang, "mujahadah dgn syaitan" dan SABAR atasnya, tetapi di sini terlebih lagi, daripada perang sabil dengan kafir. Kemudian bahawasanya, adalah berperang akan dia (yakni syaitan), dan mengeras akan dia pada barang yg dikata ulama', di dalam 3 perkara, [iaitu]:

1. Bahawa engkau ketahui, dan belajar akan tipu dayanya, dan helahnya. Maka jangan ia mendahulu ketika itu atasmu, seperti pencuri apabila diketahui bahawasanya empunya kampung sanya telah tahu, lari ia.
Maksud "mujahadah" iaitu melawan sesuatu KEBURUKAN menjadi KEBAIKAN.

2. Bahawa engkau MUDAH dan engkau ringankan dengan seruannya (yakni hasutan syaitan). Maka jangan engkau bergantung pada hatimu dengan yang demikian itu, dan jangan engkau ikut akan dia. Maka bahawasanya ia menempati anjing menyalak, jika engkau berhadap atasnya bersungguh2 dengan dikau, tetapi ditempuhnya dengan menerkam, dan jika kamu berpaling daripadanya, diam ia.

3. Bahawa engkau berkekal menyebut ALLAH, dengan lidahmu, dan hatimu, dan sesungguhnya telah bersabda Nabi sallaLlahu alaihi wassallam:
"Bahawasanya ZikruLlah Ta'ala pada tepi syaitan itu seperti penyakit yg di makan "akilah" (nama sejenis penyakit) sentiasa dimakan daging pada lambung anak Adam."

SOAL: Maka jika engkau kata: "Maka betapa kami ketahui akan TIPU DAYANYA dan betapa kami mengetahui akan jalannya kpd yg demikian itu?

JAWAB: Ketahui olehmu, bahawasanya baginya WAS-WAS, dan iaitu menempati anak panahnya yg dipanah akan dia, dan yg demikian itu sungguhnya; kenyataannya (nyata) bagimu, mengenal akan khuwatir, dan bahagiannya, dgn mengenal tipu dayanya, bahawasanya baginya dayanya itu seperti menempati pukatnya yg ia dirikan dia.

Kata Mu'allif lagi tentang "bisikan" SYAITAN
"Bahawasanya syaitan, sanya terkadang menyeru kpd KEBAJIKAN dan menyahaja akan dia, pada yang demikian itu, akan kejahatan, seperti ia menyeru akan dia, kepada yang mafdhul (yakni lawan kpd afdhal), yg kurang afdhalnya, atau menyeru akan dia kpd kebajikan supaya menghela akan dia kpd DOSA yg BESAR, yg tiada memadai kebajikan, demikian kejahatan, drpd [sifat] UJUB atau lainnya."

"Maka inilah 2 SERUAN yg berdiri keduanya, atas hatinya, menyeru keduanya, dan iaitu mendengar, dan hatinya berasa yang demikian itu, atas barang yg diriwayatkan pada akhbar bahawasanya apabila diperanak bagi anak Adam, atas anak, diserta dgn dia [oleh] ALlah Ta'ala malaikat dan diserta dgn dia syaitan, maka SYAITAN berdiri atas TElINGA HATI [anak] Adam sebelah KIRI, dan MALAIKAT berdiri atas telinganya yg KANAN, maka keduanya menyeru keduanya."

Jumaat, 13 Mac 2015

Marilah berdakwah

AMBILLAH KESEMPATAN,PELUANG UNTUK MENGAJAK ORANG LAIN KEPADA KEBAIKAN KERANA TAK ADA SESUATU YANG SANGAT DIMULIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA BERBANDING DARIPADA SESEORANG ITU MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TA'ALA.

Di dalam berdakwah.Tugas pertama sekali adalah mengajak kepada yang baik dahulu.Kerana?Kerana mengajak kepada kebaikan itu adalah lebih mudah.Dan itu adalah kunci utama di dalam dakwah sebab fitrah manusia ini adalah suka kepada kebaikan.Walaupun tidak kira orang itu bagaimana sekalipun,jahat macam mana sekalipun.

Tetapi fitnahnya adalah suka kepada kebaikan.Yang mana Allah سبحانه وتعالى janjikan kepada orang yang berdakwah ini dengan ganjaran-ganjaran yang besar.Yang mana ianya juga disebutkan suatu jalan yang mendekatkan diri kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Kita ini sebenarnya kita ingin mendekatkan diri kita kepada yang kita cinta yang kita sayang yang kita suka.Itu adalah ciri kita.Oleh kerana itulah tiada yang lebih kita cintai dan yang paling kita puja yang paling kita imani adalah Allah سبحانه وتعالى.

Sebab itu di antara seseorang yang berjaya yang hebat itu adalah apabila dia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah سبحانه وتعالى.Memang nak mendekatkan diri kepada Allah dengan solatnya,tahajud,zikir dan sebagainya.Itu adalah jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Tetapi di antara jalan yang dapat mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada Penciptanya yakni Allah itu adalah dengan berdakwah.Dengan mengajak orang kepada kebaikan kerana tak ada sesuatu yang sangat dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding daripada seseorang itu membawa kebaikan kepada orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.

Kita mengajak orang lain kepada kebaikan.Hadir ke masjid,hadir ke majlis talim,majlis ilmu dan kepada perkara-perkara kebaikan.Kita tak mampu memberikan hidayah orang lain kerana itu adalah milik Allah سبحانه وتعالى.

Tetapi kita ini boleh menjadi asbab turunnya hidayah Allahسبحانه وتعالى kepada orang lain.Kita ajak sahaja orang nak pergi ataupun tidak itu terpulang kepadanya.

Hari ini ramai yang malu untuk mengajak kepada kebaikan.Memang malu itu adalah salah satu cabang daripada iman.Tapi malu untuk mengajak kepada kebaikan yang ada sekarang ini yang salah.

Nak ajak pergi masjid kita malu.Kita nak ajak orang buat baik kita takut nanti orang kata kita alim.Kita takut dengan label,gelaran yang orang berikan kepada kita tapi kita ajak kepada perkara yang bukan-bukan kita tak malu.

Nak ajak untuk tengok bola kita tak malu.Nak ajak untuk tengok wayang kita tak malu.Nak ajak orang kepada perkara-perkara lagho yang tak ada faedah kita tak rasa malu.

Malu itu kena letak pada tempatnya.Malu untuk bermaksiat kepada Allah سبحانه وتعالى.Malu untuk buat yang bukan-bukan.Malu dalam perkara yang mengaibkan yang bertentangan dengan syarak.

Jangan malu untuk mengajak kepada kebaikan.Itu merupakan satu anjuran kepada kita untuk berbuat baik,mengajak kepada kebaikan bukannya kita nak rasa bangga.

Tapi itu adalah peluang untuk kita dapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى.Bahkan kita nak keluarkan diri kita daripada orang yang rugi.Siapa orang yang rugi itu?
Iaitu orang yang tidak mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kepada kemungkaran.

Oleh itu barangsiapa yang menjadikan dakwah itu sebagai tujuan dan tugasan maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar pusaka-pusaka Rasulullah ﷺ.

Para Ulama mengatakan "Tiada yang menggembirakan hati Baginda Rasulullah ﷺ berbanding apabila kamu meneruskan tugasnya Baginda ﷺ iaitu berdakwah."

Yang di antara yang Nabi ﷺ gembira adalah apabila kita meneruskan tugas dakwah Baginda Rasulullah ﷺ.Ambillah pusaka itu dan itu akan menggembirakan hati kekasih mu Baginda Rasulullah ﷺ.

Yang mudah-mudahan gembiranya hati Rasulullah ﷺ itu Allah سبحانه وتعالى melihatnya.Dan apabila Allah  سبحانه وتعال melihat hati Nabi ﷺ gembira maka Allah akan melihat siapa yang menggembirakan kepada Rasulullah ﷺ.

Dan apabila Allah melihat kita yang menggembirakan kepada Rasulullah ﷺ pasti kita akan memperolehi ganjaran,rahmat dan redho dari Allahسبحانه وتعالى.

Ambil dan gembirakan hati Rasulullah ﷺ dengan kita mengajak orang lain kepada kebaikan kerana mengajak kepada kebaikan itu adalah yang paling mudah berbanding daripada kepada keburukan.

Kalau kita tak ditipu oleh syaitan dan hawa nafsu.Sebenarnya mengajak kepada kebaikan itu yang paling mudah.Kenapa?

Kerana biasanya kebaikan ini FREE.Datang masjid FREE.Datang ke majlis talim,majlis ilmu FREE.Kita hadir pergi majlis selawat,majlis cinta Rasul ada kita kena bayar tiket nak masuk?Tak ada!!!!

Tapi kalau kita nak buat benda-benda yang bukan-bukan,benda-benda yang maksiat ianya memerlukan modal yang besar.

Imam Al-Haddad mengatakan "Orang yang amat dekat kepada Rasulullah ﷺ di dunia dan di akhirat.Orang yang paling dicintai,disayangi oleh Nabi ﷺ ialah orang yang mengambil berat terhadap tugas dakwah ini."

Tugas dakwah ini siapa?Kita semua automatiknya adalah seorang DAIE yang menyeru.Cuma yang menyeru ke mana?Kita nak menyeru kepada kebaikan.Kalau tidak takut-takut kita ini pergi menyeru kepada keburukan.

Maka kita kena membentuk diri kita DAIE.Orang-orang yang menyeru kepada kebaikan.Macam mana?Dengan kita mengetahui dan membuka jalan-jalan kepada kebaikan.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

mindset

Sebelum seorang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun” dan yang “Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah ibu,Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama kelamaan habislah modal saya.Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaannya berbeza jauh.Si bongsu berjaya menjalankan perniagaannya.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apakah rahsianya…?”
Si bongsu menjawab : “Ini kerana saya mengikuti pesan ayah ibu..Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh sebab itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikanlah,Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA,namun masing-masing memiliki pentafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula. Hati-hati lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..!

Cara mengetahui Hadis sahih,Hasan dan dhaif

Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah telah membuat perbezaan dan memberi pengertian
setiap satu kedudukan hadis seperti hadis sahih, hasan, dan lemah. Apa pentingnya kita mengetahui ilmu ini? Apakah tujuannya kita harus mengetahui kedudukan hadis sama ada hadis itu sahih, hasan, ataupun palsu?
Tidak kurang dengan urusan agama malah lebih penting dari itu, kita perlu mendapatkan kepastian dan kesahihan sesuatu hadis kerana kita hendak menjadikannya sebagai asas sumber rujukan di dalam Agama. Kita hendak solat dengan cara yang betul, sebab itu kita mesti pastikan riwayat tentang solat yang sampai kepada kita adalah riwayat yang benar, bukan riwayat yang palsu (direka-reka) atau diragui.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ,
ﻣَﻦْ ﻋَﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻠًﺎ ﻟَﻴْﺲَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺃَﻣْﺮُﻧَﺎ ﻓَﻬُﻮَ ﺭَﺩٌّ
“Barangsiapa yang melakukan suatu amalan (ibadah) yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak.” (Riwayat Muslim)

HADIS SAHIH
Para ulama Islam telah memberikan takrifan kedudukan setiap hadis, menurut Ibn Hajar Al- Atsqalani,
Hadis sahih iaitu sesuatu hadis yang bersambung-sambung sanadnya di mana sambungan sanad itu terdiri daripada kalangan orang-orang yang adil juga dhabit (kuat hafalan jika meriwayatkan melalui hafalan dan tulisannya dipercayai jika dia meriwayatkan melalui tulisan).

Adil bererti perawi tersebut mestilah Islam, bukan pembohong, bukan pelaku dosa besar, dan tidak berselalu dalam melakukan dosa kecil. Disebabkan itu Syiah tidak termasuk di dalam kalangan perawi hadis yang diterima.Begitu juga perawi yang dikatakan adil hendaklah seorang yang mumaiyiz, yakni boleh membezakan
antara kebaikan dan keburukan, kerana di dalam periwayatan hadis tidak diletakkan had umur.Asalkan seseorang itu tidak pelupa dan dipercayai, boleh membezakan antara baik dan buruk, dan syarat meriwayatkan hadis sahih iaitu hendaklah hadis yang diriwayatkan itu bebas daripada sebarang bentuk keganjilan dan tanpa perkara tersembunyi yang mencacatkan kedudukan hadis dan perawi tersebut.

HADIS HASAN
Sebagai gambaran umum, hadis hasan ialah hadis yang kedudukannya di bawah sedikit daripada
kedudukan hadis sahih. Ia sama seperti hadis sahih kecuali perbezaannya terletak pada kekuatan hafalan dan tulisan perawi, yakni kurang sedikit berbanding hadis sahih. Orang yang meriwayatkan hadis sahih adalah orang yang ingatan betul-betul kuat dan tulisannya benar-benar boleh dipercayai. Adapun perawi hadis
hasan dipanggil khaffa dhabtin (kurang dhabit).

Sejak bilakah diperkenalkan hadis hasan?
Antara ilmuwan yang mula-mula menyebutnya dan menjadikannya pecahan dan teori ialah Imam
At-Tirmidzi rahimahullah. Walaubagaimanapun ada perbincangan panjang oleh Dr. Abdul Karimul
Khudhair di dalam kitabnya Al-Hadits Al-Dha’if di mana beliau membincangkan kedudukan hadis
hasan dan menyatakan pendapat-pendapat yang pelbagai di mana ada yang mengatakan Imam
Ahmad juga pernah menyebutnya.Tetapi yang menjadikannya sebagai sebutan hadis ini hasan, hasan sahih, hasan gharib, dan sebagainya adalah Imam At-Tirmidzi. Beliau yang mula-mula mengklasifikasikan hadis. Tetapi ulama yang mula-mula memberikan pentakrifan yang terkenal adalah seperti Al-Imam Al-Hakim,
Al-Imam Ibnu Shalah, disusuli oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Iraqi, As-Suyuthi, As-Sakhawi dan seterusnya. Mereka memberi takrifan untuk menyesuaikan dengan apa yang dimaksudkan dan diertikan oleh para ulama sebelumnya. Perbincangan ini masuk di dalam bidang ilmu Ulumul Hadis.

HADIS DHA’IF
Kata ulama, hadis dha’if ialah sesuatu hadis yang tidak sampai kepada tahap hadis yang boleh diterima. Hadis yang boleh diterima ada dua; sahih dan hasan. Hadis sahih pula terbahagi kepada dua;
1.sahih lizatihi, 
2.sahih lighairihi.

Adapun hadis hasan juga terbahagi kepada dua;
1.hasan lizatihi, 
2.hasan lighairihi. 

Apakah lizatihi dan lighairihi? 
Lizatihi merujuk kepada zatnya, yakni hadis itu sendiri sahih dan tidak perlu kepada sokongan hadis lain. Adapun lighairihi, hadis itu menjadi sahih atau menjadi hasan kerana disokong oleh hadis lain.
Contoh, saya adalah seorang yang kurang kekuatan hafalan atau tulisan saya kurang ketepatannya, bererti riwayat saya berada di tahap hasan. Saya meriwayatkan satu cerita, iaitu pada hari Isnin ini akan diadakan
demonstrasi. Orang yang mendengar riwayat saya berkata taraf riwayat saya hasan lizatihi kerana
ingatan saya kurang tetapi saya ini adil yakni boleh dipercayai. Tiba-tiba datang seorang lelaki
dan sangat dipercayai, tulisan dan ingatannya bagus, dia mengatakan perkara yang sama seperti
riwayat saya, pada hari Isnin ini akan diadakan demonstrasi. Disebabkan riwayat saya itu
disokong oleh lelaki ini, ia dinaik taraf kepada darjat sahih lighairihi. Ia menjadi sahih kerana ada terdapat sokongan.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIF
Adapun hadis dhaif ialah hadis yang tidak sampai tahapan hadis yang boleh diterima. Hadis yang boleh diterima ialah yang berada pada tahap hasan dan sahih. Adapun dhaif – ini yang dibincangkan oleh Al-Imam An-Nawawi yang meletakkan syarat-syarat untuk beramal dengannya. Ada beberapa pendapat para ulama
bersangkutan hukum beramal dengan hadis dhaif.

Pendapat pertama, boleh beramal secara mutlak.
Ini pendapat Imam Abu Hanifah kerana zaman beliau jauh daripada zaman sahabat-sahabat Nabi, jauh dari sumber-sumber ilmu hadis, jadi beliau terpaksa mendahulukan hadis dhaif ketika membicarakan sesuatu hukum berbanding menggunakan akal. (Tetapi sekiranya terdapat hadis yang sahih, maka hadis dhaif tidak
digunakan.)

Pendapat kedua, haram beramal dengan hadis dhaif. Ini pendapat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al-Madini. Juga pendapat ini didokong oleh Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Asy-Syaukani. Imam Muslim di dalam muqaddimahnya membuat satu bab khusus Haram Meriwayatkan Sesuatu Yang Kamu Tidak Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian beliau membawakan sebuah hadis,

ﻛﻔﻰ ﺑﺎﻟﻤﺮﺀ ﻛﺬﺑﺎ ﺃﻥ ﻳﺤﺪﺙ ﺑﻜﻞ ﻣﺎ ﺳﻤﻊ
“Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” 
(Riwayat Muslim)

Tidak semestinya semua yang kita baca itu betul. Itu prinsipnya. Jadi tidak dibolehkan beramal dengan hadis dhaif kerana ia perkara yang tidak pasti, hanya berasaskan persangkaan,kemungkinan ia datang dari Nabi. Mana mungkin kita membina agama berdasarkan persangkaan semata-mata, sedangkan agama adalah sesuatu yang bersifat pasti.

Pendapat ketiga, harus beramal dengan hadis dhaif tetapi dengan beberapa syarat. Ini pendapat
yang masyhur dari Al-Imam An-Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani.

Syarat pertama: 
hendaklah dhaif itu bukan dhaif  yang bersangatan. Seperti perawi pendusta.

Syarat Kedua, 
hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.

Syarat Ketiga,
Tidak boleh beriktiqad bahawasanya ucapan tersebut datang daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam .

Syarat Keempat, 
Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.

Syarat Kelima,
Hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari hukum yang asal. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib, jelas dari Al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil daripada hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam An-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rajab kerana tiada hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut tentang solat Raghaib.

Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam An-Nawawi sebelum mengharuskan beramal dengan hadis dhaif, maka adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif pada hari ini mengikuti kesemua syarat-syarat ini? Jika tidak mampu mengikutnya maka jangan beramal, tinggalkanlah hadis-hadis yang dhaif kerana di
sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-hadis sahih.

HADIS PALSU(MAUDHU')
Saya mencadangkan agar diwujudkan satu akta penyebaran hadis di bawah jabatan agama. Di bawah akta ajaran sesat contohnya boleh dirincikan dan dimasukkan satu akta khusus untuk penyebaran hadis. Dahulu pada sekitar kurun kedua dan ketiga hijrah, penyebar hadis palsu dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup.Maisarah Ibnu Abd Rabbuh, Nuh Ibn Abi Maryam,Muhammad Ibn Sa’id Al-Mashlub mereka adalah
pemalsu hadis dan semua mereka dibunuh. Nuh Ibn Abi Maryam contohnya dibunuh kerana menyebarkan kelebihan surah-surah di dalam Al-Quran. Ketika ditanya pemerintah kerana apa dia mencipta hadis palsu, jawabnya adalah kerana manusia pada masa itu disibukkan dengan kitab sejarah Ibn Ishaq dan fiqh Imam Abi Hanifah sehingga tidak membaca Al-Quran jadi beliau menciptakan hadis bertujuan menarik minat
manusia agar membaca Al-Quran.

Kisah Umar Al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu membunuh dan menanam hidup-hidup anak perempuannya semasa kecil diceritakan oleh guru-guru di sekolah. Benarkah kisah itu? Orang mendengar kisah tersebut sehingga menangis kesedihan. Walhal kisah ini karut marut dan merupakan tuduhan palsu ke atas Umar. Anak sulungnya Hafsah (sebab itu Umar digelar Abu Hafs) mana mungkin Umar bin Al-Khatthab membunuhnya, sedang Hafsah itu dewasa dan menjadi isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam .

Memang ada orang arab pada masa itu dikalangan Bani Tamim yang membunuh anak-anak perempuan tetapi ia bukan dari keturunan Umar, Umar adalah arab Quraisy. Masyarakat arab dahulu umumnya tidak membunuh anak perempuan mereka seperti mana kata Hindun, “Kami membesarkan anak-anak kami, apabila mereka besar kalian membunuhnya.” Beliau menunjuk kepada Nabi kerana setelah anak mereka besar, mereka dihantar berperang, menjadi tawanan perang, dan sebagainya.

Perkataan ini satu bukti menunjukkan masyarakat arab tidak membunuh anak-anak kecuali beberapa kabilah sahaja yang melakukan demikian kerana beberapa sebab seperti; mempercayai sial, takut anak ini akan menjadi tawanan di mana pada masa itu tiada undang-undang dan peraturan hidup, siapa kuat dan berkuasa maka dialah raja. Jadi mereka membunuh anak perempuan mereka sejak kecil kerana perasaan ghirah (cemburu) mereka sangat tinggi. Rasa cemburu keterlaluan menyebabkan mereka tidak sanggup melihat anak-anak perempuan mereka ditawan. Tetapi Umar tidak melakukan sedemikian. Orang membuat cerita
hanya untuk memburukkan Umar, dan semestinya cerita itu datang dari kalangan Syiah.

Banyak contoh hadis palsu yang datang dari kalangan Syiah untuk memburukkan para sahabat, antaranya Abdurrahman Bin Auf masuk syurga merangkak disebabkan kekayaannya. Syiah juga membacakan hadis-hadis palsu yang menceritakan kelebihan-kelebihan Ali di mana riwayat tersebut tidak ada sandarannya. Adapun hadis palsu disebabkan ketaksuban pada mazhab, pengikut mazhab Hanafi membuat hadis akan bahayanya mengikut mazhab Syafi’i, mereka berkata Nabi bersabda, “Sesungguhnya akan ada
di kalangan umatku seorang yang bernama Muhammad bin Idris, lebih teruk memudharatkan umatku lebih daripada iblis.” Ini disebabkan ta’assub mazhab lalu mereka mencipta hadis palsu. Yang ta’assub dengan mazhab Syafi’i pula membuat hadis, “Akan ada seorang lelaki dari kalangan umatku yang bernama Abu Hanifah, dia merupakan majusi umatku.”

Inilah contoh penyebaran hadis palsu. Di antara sebabnya adalah kerana meinginkan kekayaan, kelebihan, pengaruh, pertolongan orang, dan sebagainya. Sebab itu perlu diwujudkan akta khusus bagi mengawal penyebaran hadis agar setiap hadis yang hendak dibaca di mana-mana tempat sama ada di masjid, surau, akhbar, buku dan sebagainya terikat dengan undang-undang secara khusus sebagai langkah permulaan. Maka sesiapa yang hendak menyebarkan sebarang berita yang disandarkan ke atas Nabi mestilah memastikan kedudukan dan kesahihannya terlebih dahulu. Kecuali jika hadis palsu tersebut disebarkan untuk menjelaskan kepalsuannya. Kita mestilah berhati-hati di dalam penyebaran hadis, kerana kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis yang mutawatir,

ﻣﻦ ﻛﺬﺏ ﻋﻠﻲ ﻣﺘﻌﻤﺪﺍ ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ
“Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” 
(Riwayat Muslim)

Umar Al-Khatthab dahulu memenjarakan orang yang kerjanya meriwayat hadis sahaja, sebab bimbang terlalu mudah dan banyaknya riwayat menggambarkan sikap kurang berhati-hati dan dibimbangi berlaku kesalahan dalam meriwayat.Ini kerana hadis merupakan asas dan sumber agama. Sepertimana ilmu kedoktoran harus dirujuk pada ahlinya dan bukan siapa-siapa sahaja boleh menjadi doktor, seperti itu jugalah halnya dengan urusan hadis, kerana ia merupakan asas yang membentuk agama, dan agama inilah
yang akan membentuk dan mengatur urusan lainnya sama ada ekonomi yang betul, politik yang betul, cara hidup yang betul maka wajib kembali kepada dasar-dasar dan cara mengambil agama yang benar lagi sahih.

TINGGALKAN YANG TIDAK PASTI
Ini adalah tanggungjawab bersama,tanggungjawab orang yang menyampaikan, juga tanggungjawab orang yang mendengar dan mengambil ilmu. Kerana itu kita harus memilih guru, tidak boleh menerima langsung secara mutlak apa yang disampaikan kepada kita dan menelannya bulan-bulat. Buatlah analisa, kajian,
dan bertanya. Jika tidak tahu juga maka janganlah beramal dengannya, tinggalkan dahulu.

Berkata Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu ,
“Lebih baik kamu menyekat dirimu daripada melakukan satu sunnah daripada kamu menyibukkan dirimu daripada melakukan bid’ah.”

Bukan bererti beliau melarang kita daripada melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, boleh jadi ia betul dan mungkin ianya salah. Kalau beramal kita mungkin melakukan bid’ah dan melakukan perkara yang salah, jadi tidak mengapa sekiranya kita tidak beramal dengannya jika tidak pasti.

Wallahua’lam.

Bila kita mati....

Assalamualaikum wbt..

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syeikh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
1.Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. 2.Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! 
3.Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, iaitu AKHIRAT!! Telah musnahlah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat inilah yang memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami

Pls share :)

Selasa, 10 Mac 2015

Adab-adab membaca Al-Quran

1. Meletakkan matlamat utama pembacaan Al-Quran adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah

2. Bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan bukan bertujuan untuk keduniaan

3. Membaca Al-Quran dalam keadaan suci dan berwudhuk

4. Sebelum membacanya hendaklah memohon perlindungan daripada Syaitan yang direjam

5. Memilih tempat yang bersih lagi suci iaitu sebaik-baiknya di masjid atau surau

6. Membersihkan mulut dengan cara bersugi dan memakai bau-bauan

7. Menjauhkan diri dari melakukan perbuatan yang menjatuhkan martabat atau nilai al-quran itu

8. Ketika membacanya hendaklah mengadap ke arah kiblat

9. Ketika membacanya hendaklah menjaga lafaz hurufnya

10. Apabila menemui ayat-ayat sajadah dan tilawah hendaklah melakukan sujud sajdah dan tilawah

11. Menunjukkan sifat tawadhuk pada al-quran iaitu duduk ketika membacanya

12. Membaca al-quran pada waktu-waktu yang afdhal


Waktu yang baik untuk membaca Al-Quran ada 4 iaitu :

1- Selepas waktu subuh dan waktu asar

2- Ketika jiwa dan hati sedang bersemangat

3- Pada waktu malam dan separuh malam yang akhir(Sepertiga malam)

4- Membaca pada hari isnin, khamis dan jumaat

*Sungguhpun demikian sebaik-baiknya al-quran hendaklah dibaca sekerap yang boleh kerana fadhilat dan pahalanya sangat besar

Wallahu'alam...

10 cara mendekatkan diri kepada Allah azzawajalla

1. Membaca Al-Quran dengan qiraat dan Tadabbur (Mengetahui maknanya)

2.Memperbanyakkan amalan-amalan sunat

3.Sentiasa berzikir secara berterusan

4.Melebihkan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri

5.Meneliti dan menyelidik Nama-nama Allah

6.Sentiasa merasai segala nikmat adalah limpah rahmat dari Allah s.w.t

7.Hati hendaklah sentiasa tunduk kepada Allah s.w.t

8.Memperbanyakkan melakukan munajat kepada Allah s.w.t

9.Memperbanyakkan diri bersama majlis ilmu dan orang-orang yang soleh

10.Menjauhkan diri dari mengamalkan amalan yang membuatkan diri kita menjadi jauh dari Allah

Sabtu, 7 Mac 2015

Di antara sifat-sifat syurga dan ahlinya

1- Mempunyai sungai-sungai yang mengalir di sekeliling taman
 
2- Makanan yang kekal tidak putus-putus dan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakannya
 
3- Sentiasa dingin dan dinaungi dengan teduhan

4- Syurga bertingkat-tingkat, jarak di antara tingkat adalah antara langit dan bumi serta syurga paling tinggi ialah syurga firdaus

5- Buah-buahan syurga boleh dicapai dengan berdiri,duduk atau berbaring daripada pokoknya
 
6- Sentiasa mendengar ucapan salam dan perkataan yang baik-baik sahaja
 
7- Allah akan menghilangkan perasaan dengki,cemburu dan iri hati di kalangan penghuni-penghuni syurga
 
8- Tidak membuang air besar dan air kecil, tidak berludah dan berkahak serta berhingus tetapi segalanya akan keluar dalam bentuk peluh yang harum baunya seperti kasturi
 
9- Syurga mempunyai bau yang sangat wangi sehinggakan boleh dihidu pada jarak 500 tahun perjalanan
 
10- Ahli-ahli syurga yang mempunyai kecacatan dan kecelaan  fizikal dan mental ketika di dunia dahulu akan diperbaiki oleh Allah s.w.t menjadi manusia yang kacak dan jelita
 
11- Umur ahli-ahli syurga bagi lelaki ialah 33 tahun manakala perempuan 17 tahun
12- Ahli-ahli syurga akan mendapat apa sahaja yang diinginkan di dalam hati berupa kenderaan, pakaian, tempat tinggal dan makanan serta minuman
13- Ahli-ahli syurga akan sentiasa dan saling ziarah menziarahi
 
14- Tiada lagi solat, puasa dan beramal serta bekerja untuk kehidupan
 
15- Tidak ada sesiapa pun yang tidak mempunyai pasangannya

16- Penghuni syurga akan mendapat keredhaan Allah

17- Penghuni syurga akan mendapat nikmat yang paling agung iaitu dapat melihat wajah Allah azzawajalla seperti melihat bulan purnama pada malam yang cerah ketika di dunia dahulu.

18- Penghuni syurga akan sentiasa sihat, tidak akan letih, tidak akan penat dan tidak akan sakit selama-lamanya
 
19- Akan hidup kekal dan tidak akan mati selama-lamanya

5 perkara menyebabkan Iblis Laknatullah menjadi celaka

1- Tidak pernah mengakui dosa dan kesalahannya

2- Iblis tidak pernah menyesal akan kesilapannya

3- Iblis tidak pernah menyalahkan dirinya

4- Iblis tidak pernah berazam untuk bertaubat

5- Iblis telah berputus asa dari Rahmat Allah

Jumaat, 27 Februari 2015

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Kisah Umar Al-Khattab dan Ubay bin Kaab

Suatu pagi saidina Umar r.a telah bertemu dengan Ubay bin Ka'ab, beliau telah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab "Wahai Ubay,bagaimanakah kamu berpagi-pagi?Maka jawab Ubay bin Ka'ab :"Aku suka akan fitnah,aku memiliki apa yang Allah tidak memiliki, aku bersolat tanpa wudhuk".Maka timbullah perasaan hairan di dalam diri saidina Umar r.a tentang perkataan Ubay bin Ka'ab itu, disebabkan Ubay bin Ka'ab bukanlah seorang yang tidak punyai ilmu beliau adalah seorang yang sangat 'alim sudah pasti beliau bercakap berdasarkan ilmunya.
 
Maka pergilah Umar al-Khattab bertemu dengan abi qasim iaitu saidina Ali Karamallah wajhah lalu bertanyalah ia kepada saidina Ali "Wahai Ali,aku telah bertemu dengan Ubai bin Kaab dan aku bertanya kepadanya bagaiamana dia berpagi-pagi maka dijawabnya "aku berpagi-pagi dengan sukakan fitnah, memiliki apa yang Allah tidak memiliki dan bersolat tanpa wudhuk" Apakah yang dimaksudkannya itu wahai abi qasim?"
 
Saidini Ali pun tersenyum dan memberitahu "Sesungguhnya apa yang dicakapkan oleh Ubai bin  Ka'ab itu adalah benar.Adapun dia sukakan fitnah itu bermaksud dia sukakan isteri dan anak-anaknya,manakala dia memiliki apa yang Allah tidak memiliki itu bermaksud Allah tidak mempunyai isteri dan anak-anak.Manakala beliau bersolat tanpa wudhuk itu bermaksud beliau selalu berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w". Lalu saidina Umar Al-Khattab tersenyum dan berkata amat rugilah bumi yang abi qasim tidak menjejak kaki ke atas nya kerana saidina Ali Karamallah wajhah adalah seorang yang sangat tinggi dan luas ilmunya.
 
wallahu'alam

Ahad, 22 Februari 2015

DUA BELAS ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT

Berikut golongan-golongan yang didoakan oleh malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci." 
(HR Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
"Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'." 
(HR Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469)

3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjamaah
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan." 
(Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib)

4. Orang yang menyambung shaf solat berjamaah (tidak membiarkan kosong di dalam shaf)
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf." 
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah)

5. Para malaikat mengucapkan 'aamin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah
"Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu." 
(HR Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat
"Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" 
(HR Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106)

7. Orang-orang yang melakukan solat shubuh dan 'asar secara berjama'ah
"Para malaikat berkumpul pada saat solat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat 'asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat.'" 
(HR Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 9140)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" 
(HR Imam Muslim dari Ummud Darda', Shahih Muslim 2733)

9. Orang-orang yang berinfak
"Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit (bakhil).'" 
(HR Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 1442 dan Shahih Muslim 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa ) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah". 
(HR Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, dari Abdullah bin Umar)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh." 
(HR Imam Ahmad dari 'Ali bin Abi Thalib, Al Musnad 754)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (HR Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily)

''MENGAPA RIDHO SUAMI ITU SYURGA BAGI PARA ISTRI ??

1. Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa,dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu,bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah ibunya hingga dia beranjak dewasa.Namun sebelum dia mampu membalasnya,dia telah bertekad menanggung nafkahmu,
perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suami ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak-anakmu serta dirimu.Padahal dia tahu,di sisi ALLAH,engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya.Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri,disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi ALLAH.

4. Suami berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri.Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi.padahal bisa saja disaat engkau mengadu itu,dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suami berusaha memahami bahasa diammu,bahasa tangisanmu sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja.Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat,maka dia akan ikut terseret ke neraka karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat,kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka karena apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.

Semoga wanita yg membaca tulisan ini mendapatkan jodoh yg sholeh dan lelaki pula mendapatkan jodoh yg sholehah pula yg di Ridhoi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala..Aamiin ya Rabbal'alamin

Ahad, 8 Februari 2015

Kisah Juraij dan Ibunya.

Satu masa lalu terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya : “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya : “Wahai ALLAH, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya : “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya : “Wahai ALLAH, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya : “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya : “Wahai ALLAH, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa : “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”
Sejak saat itu kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya.Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa : “Ini adalah anak Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya : “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab : “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya : “Di manakah anak tersebut?”
Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata : “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab : “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata : “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”

Demikian sebuah kisah benar yang berlaku kepada umat terdahulu yang diceritakan oleh Rasulullah SAW... Ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya, hadis no : 2550. Tujuan d kemukakan hadis di atas bukan untuk menganjurkan ibadah di biara, kerana itu hanya khusus kepada syariat umat terdahulu dan bukan kepada kita, umat NABI Muhammad SAW... Bagi kita, keluar ke khalayak masyarakat untuk menyeru ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran adalah lebih utama. Tujuannya juga bukan untuk membicarakan fenomena bayi yang dapat bercakap ketika masih di buaian, ia adalah karamah yang ALLAH SWT berikan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih demi sesuatu maslahat yang dikehendaki-Nya.

Tujuan d sini bagi menerangkan bahawa antara solat dan ibu, ibu memiliki kepentingan yang lebih tinggi di dalam neraca Islam. Ini kerana berbuat baik kepada ibu – sekalipun sekadar menyahut panggilannya – adalah ibadah sebagaimana mendirikan solat adalah ibadah. Di antara dua ibadah ini, berbuat baik kepada ibu adalah lebih utama. Namun ini tidaklah bermakna seseorang itu tidak perlu solat. Dia tetap solat, hanya waktu solatnya disesuaikan dengan kewajipan berbuat baik kepada ibu. Sebagai contoh dalam kes di atas, Juraij hanya perlu menyahut panggilan ibu dan memenuhi hajatnya, lalu setelah itu menyambung kembali solatnya.
Bagi menguatkan kedudukan ibu di dalam neraca Islam, berikut d kemukakan sebuah lagi perbandingan. Sama-sama kita ketahui bahawa turun ke medan jihad bagi memerangi musuh dan menegakkan Islam adalah amalan yang utama lagi penting. Akan tetapi adakah ia lebih utama dan penting daripada berbuat baik kepada ibu?

Pada zaman Rasulullah SAW., seorang sahabat bernama Jahimah r.a. datang menemui baginda meminta pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah SAW bertanya : “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda : “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” [Shahih Sunan al-Nasai, no : 3104]

Di samping kita memperhatikan kepentingan berbuat baik kepada ibu, tidaklah bermakna kita mengabaikan ayah. Islam tetap menekankan berbuat baik kepada ibu dan ayah. Hanya jika dibandingkan antara kedua-duanya, maka berbuat baik kepada ibu adalah tiga kali lebih penting berbanding berbuat baik kepada ayah.
Dalam sebuah hadis, pasti para pembaca sekalian pernah mendengarnya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya : “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab : “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Baginda menjawab : “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Baginda menjawab : “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab : “Ayah kamu.” [Shahih al-Bukhari, no : 5971]

sumber: FB Nur Cahaya

Jumaat, 6 Februari 2015

4 SOALAN KEPADA AMIRUL MU'MINIM

Seorang lelaki bertemu dengan Amirul Mu’minin Ali bin Talib r.a. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:
1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?
2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?
3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?
4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?

Amirul Mu’minin menjawab,
1. Yang wajib taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan DOSA
2. Yang dekat itu QIAMAT dan yang lebih dekat adalah MATI.
3. Yang pelik ialah DUNIA dan yang lebih pelik ialah CINTAKAN DUNIA.
4. Yang sukar itu KUBUR dan yang lebih sukar pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.

Sumber : FB Ustaz Hasnan

Selasa, 3 Februari 2015

kisah wang kertas

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. K

Maka mereka pun berbual:
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada ALLAH. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.

****cerita yg simple tp pengertian yg tersirat utk dikongsi sbg pengajaran***

Untuk renungan bersama......hidup kita jgnlah sombong dan ego dgn kedudukan dan pangkat..kerana adakalanya sesuatu yg kita hina itu lebih baik dan disanjung oleh masyarakat.

PERISTIWA KIAMAT

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebark

Sabtu, 17 Januari 2015

Ajal

Suatu hari,ketika Nabi Sulaiman a.s telah selesai mengadakan kuliah atau kelas pengajian kepada umatnya datanglah seorang lelaki menemuinya dan berkata : 

Lelaki : "Wahai Nabi Allah,ketika tuan sedang memberi kuliah tadi saya perasaan ada seseorang asyik memandang saya dengan tidak berkelip-kelip dan saya tidak tahu siapakah dan mengapa lelaki itu asyik memandang saya sampai sebegitu rupa"

Nabi Sulaiman a.s : "Tahukah kamu siapakah orang yang kamu maksudkan itu?"

Lelaki : "Siapakah dia Wahai Nabi Allah?"

Nabi Sulaiman a.s : "Itulah malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawa mu"

Mendengar pernyataan Nabi Sulaiman itu lelaki itupun menjadi takut dan merayu kepada Nabi Sulaiman.

Lelaki :"Betulkah begitu wahai Nabi Allah?Jika begitu selamatkanlah aku hantarlah aku ke mana sahaja"

Nabi Sulaiman a.s : "Kamu mahu aku menghantarmu ke mana?"

Lelaki : "Hantarlah aku ke negeri Yaman"

Nabi Sulaiman a.s : "Baiklah,aku akan menghantar mu ke Yaman"

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan angin untuk menerbangkan lelaki itu ke negeri Yaman

Tidak berapa lama kemudian Nabi Sulaiman a.s telah didatangi lelaki yang dimaksudkan oleh lelaki tadi yang tidak berkelip memerhatinya itu.

Nabi Sulaiman a.s : "Apakah perkhabaran sahabat ku itu?"

Malaikat Maut : "Wahai Nabi Allah,aku telah mencabut nyawa di Yaman"

Nabi Sulaiman a.s :" Jika begitu mengapa kamu berada di sini tadi?"

Malaikat Maut : "Aku telah diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawanya di Yaman tetapi aku hairan kenapa dia masih berada di sini"

Pengajaran:
Firman Allah :
"Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan."

(Surat al-Jumu'a: 8)