Selasa, 18 Mei 2010

Buat Pencinta Ilmu dan Diri Sendiri

Cara-cara Meninggalkan Maksiat
Di dalam keadaan dunia yang penuh dengan pancaroba ini kita tidak dapat lari dari melakukan maksiat,sama ada maksiat itu berbentuk lahiriah atau batiniah.Adapun maksiat Lahiriah itu ialah seperti mencuri,memukul orang bukan dengan haknya,membunuh,berzina,menfitnah dan sebagainya yang berkaitan dengan perlakuan yang menyalahi kehendak agama.Manakala Maksiat Batiniah itu adalah maksiat yang dilakukan melalui hati,perasaan dan niat.Contoh maksiat hati ialah benci,syak wasangka,iri hati,dengki,mengumpat,mencerca dan sebagainya.Oleh itu ketahuilah wahai saudara ku,hidup kita ini hanyalah singkat dan sementara.Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t mengenai apa yang telah kita buat di atas muka bumi ini di hadapan Allah s.w.t sama ada baik dan buruknya perbuatan kita ini.
Dunia ini adalah tempat ujian dan setiap ujian akan ada perhitungan markahnya.Oleh itu,sementara hayat dikandung badan,hidung masih dapat menyedut udara di bumi Allah ini maka menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama kita menyelamatkan diri kita,keluarga kita,kaum kerabat kita,sahabat kita,jiran-jiran tetangga kita dan seluruh Umat Muhammad S.A.W dari terjerumus ke lembah Neraka yang mana tidak ada satu pun nikmat di dalamnya jika hendak dibandingkan dengan kehidupan syurga yang penuh dengan bermacam2 nikmat.
Ketahuilah Wahai Pencinta Ilmu sekalian - bahawa agama itu terdiri dari dua bahagian iaitu: Pertama : Meninggalkan maksiat Kedua : Mengerjakan taat.
Sesungguhnya meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat dari mengerjakan taat kerana mengerjakan taat itu senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin(Orang-orang yang benar).Oleh itu,Rasululullah S.A.W bersabda:
"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan(meninggalkan kejahatan).Dan Mujahid(pejuang) yang sebenar ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Cara-cara meninggalkan maksiat yang zahir(Maksiat Anggota) Ketahuilah bahawasanya apabila kita melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya kita melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan kita yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkanNya kepada kita dan menggunakan amanat yang diberikan kepada kita.Jadi,ketika kita menggunakan anggota itu untuk melakukan maksiat bermakna kita menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan kita telah mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan itu.Anggota kita boleh lah diibaratkan sebagai rakyat kita maka hendaklah kita memikirkan baik-baik bagaimana sepatutnya kita menjaganya.Sabda Rasulullah S.A.W :
"Maka kamu semua adalah pengembala(Pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya(Kepimpinannya)"
Ketahuilah juga wahai saudara ku,bahawasanya semua anggota kita akan menjadi saksi di atas segala perbuatan kita di Padang Mahsyar nanti dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang anggota kita itu akan mendedahkan segala rahsia kita di hadapan perhimpunan agung di Padang Mahsyar.Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman di dalam A-Quran :
Maksudnya : "Di hari itu(Hari Qiamat)akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu,tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat(di dalam dunia dahulu)
(Surah An-Nur:Ayat 24)
Allah s.w.t berfirman lagi :
"Pada hari ini(Hari Qiamat)Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu)"
(Surah Yassin:Ayat 65)
Maka jagalah baik-baik seluruh anggota badan kita.Khususnya anggota kita yang tujuh(7) kerana pintu neraka itu tujuh(7) pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggotan badan iaitu :

Pertama: mata - Jagalah mata mu dari melihat perkara-perkara yang tidak
mendatangkan kebaikan untuk diri kita khususnya dan akhirat kita amnya.Gunakanlah mata untuk melihat ciptaan Allah dan membaca Al-Quran
Kedua:Telinga - Peliharalah(jagalah) telinga kita dari mendengar perkara-perkara
bida'ah,dusta, umpat-umpatan,keji kejian,kutuk-kutukan dan sebagainya.Sebaliknya hendaklah kita perbanyakkan mendengar perkara-perkara yang benar dan perkara yang dapat mendekat diri kita dengan Allah s.w.t
Ketiga:lidah - Jagalah lidah mu dari mengeji,berdusta,mengumpat,janji palsu,mengeluar kata-kata kesat,lucah dan sebagainya.
Keempat: perut - Jagalah perut kita dari memakan makanan yang haram seperti daging babi,binatang- binatang yang disembelihan yang tidak menyebut nama Allah,harta anak-anak yatim,hasil curian,hasil judian,hasil telekan,dan sebagainya
kelima:kemaluan - Peliharalah kemaluan kita dari apa yang diharamkan seperti melakukan zina kerana zina itu adalah perbuatan yang sangat keji lagi besar dosanya disisi Allah s.w.t.Selain itu kita juga diharamkan membuang air kecil(kencing) ditempat laluan orang ramai.
Keenam:Tangan - Hendaklah kita menjaga tangan kita dari memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti makhluk Allah serta mengkhianati amanah.
Ketujuh:Kaki - Kedua-dua kaki kita itu hendaklah dijaga daripada berjalan ke tempat yang diharamkan seperti ke kelab-kelab malam,pusat perjudian,pusat pelacuran dan sebagainya.
Sujudlah Kamu Kepada Allah Kamu Akan Berjaya.....
.............Faqqih ilallah..........

Tiada ulasan: