Selasa, 8 Jun 2010

Asal Usul kejadian Manusia

Sedikit bahan bacaan untuk tatapan bersama, tentang kejadian Nabi Adam a.s.Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini,mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.

"Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran."
(Al-A'ssr:Ayat 3)

"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan Nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila Jibril a.s turun ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir manusia itu nanti akan melakukan kerosakan dan penderhakaan kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail.Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerja mu atas perintah dan atas namaKu.

Ketika Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah bumi masih lagi enggan menyerahkan tanah untuk dijadikan manusia lalu dengan tegasnya Izrail a.s mengatakan bahawa "Ini adalah perintah ALLAH sama ada engkau suka atau tidak aku akan tetap mengambilnya,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah,dan kemudian di belakang hari kelak engkau juga akan Ku tugaskan mencabut roh manusia."Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Ketika Izrail mengambil tanah di bumi untuk dijadikan manusia,Izrail a.s telah mengambil beberapa bahagian tanah di beberapa tempat-tempat yang berlainan di muka bumi ini.

Jenis tanah yang digunakan:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Eden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas r.a:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepala.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepadaTuhan.

Menurut Hadis Nabi s.a.w,di dalam tubuh manusia terdapat juga tanah yang di ambil di tempat kita akan dimatikan.

Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air,angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan bentuknya, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalal dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam yang telah siap dibentuk, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi tubuh Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya

.Tujuh buah letaknya adalah :
1. Kepala Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. DibawahSebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata
Anggota yang digunakan untuk melihat

2. Hidung
Anggota yang digunakan untuk menghidu

3. Telinga
Anggota badan yang digunakan untuk mendengar

4. Mulut
Anggota badan yang digunakan untuk bercakap,bersuara,makan dan minum

Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga kekepalanya yang mengambil masa 200 tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke atas dan ke bawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan "Alhamdulillah". Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan sememangnya manusia itu bersifat tergesa-gesa".(Al-Israk:11)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :
1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram

Terdapat banyak lagi rahsia-rahsia yang belum kita ketahui,hanyasanya mereka-mereka yang pakar dan diberi ilmu oleh Allah s.a.w sahajalah yang dapat membongkarkan rahsia mengenai tubuh manusia.

Wallahu'alam

Tiada ulasan: