Selasa, 1 Jun 2010

Tersasar


Sepasukan tentera berlatih menembak di lapang sasar.Malangnya salah seorang dari mereka asyik tersasar je tembakannya.Sepuluh tembakan yang dilepaskan,satu pun tak mengena papan sasar yang dikehendaki.


Kapten : Aduuuuiiii....!!!Ape nak jadi dengan ko ni hah??! - sergah kapten


Perebet : "Maaf Tuan,Tersasar Tuan..." - jawab perebet dalam keadaan terketar-ketar


Kapten : "Baiklah,saye akan dekatkan papan sasaran ini dengan ko ni lima meter,kalau tak kene jugakkk siaplah ko nanti..." - tegas kapten


Malangnya keputusannya sama jugak.Tak berubah pun walau didekatkan dengan papan sasaran tu.


Prebet : "Alamak,maaf Tuan tersasar lagi..." Jawab prebet terketar-ketar.


Kapten : "Kalau macam ni lah cara ko....baik ko pegi belakang dan tembak kepala ko sendiri je.Pergi cepatt!!" - marah si kapten


Kerana terlalu gabra si prebet tu pun patuh dengan arahan kaptennya itu.Dia pun pergi ke belakang.Tidak berapa minit kemudian terdengarlah bunyi tiga das tembakan DAMM....!DAMM...!DAMMM....!


Kapten dan anggota lain pun terkejut dan panik dengan bunyi tembakan itu dan bergegas ke belakang.Mereka menyangka rakan mereka itu telah mati akibat arahan kapten itu tadi.Si prebet yang disangka mati itu pun keluar dari belakang lapang sasar tu dan berlari ke arah kapten dan rakan-rakannya,katanya "Maaf tuan,tersasar lagi..."



1 ulasan:

suriani berkata...

this is really funny.. gelak saya baca.. eeeee