Sabtu, 20 November 2010

Biodata Rasulullah S.A.W

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama Baginda: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenaliHalimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Ketika usia Baginda 5 Tahun
Berlakunya Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

Ketika usia Baginda 6 Tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

Ketika usia Baginda 8 Tahun
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Ketika usia Baginda 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Ketika usia Baginda 20 Tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Ketika usia Baginda 25 Tahun
Baginda bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Ketika Baginda berusia 35 Tahun
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Ketika usia Baginda 40 Tahun
Baginda Menerima wahyu yang pertama di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Ketika usia Baginda 53 Tahun
Baginda telah berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Baginda Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

Pada usia Baginda 63 Tahun
Baginda telah gering dan membawa kepada Kewafatan Baginda Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1) Khadijah Binti Khuwailid
2) Saudah Binti Zam'ah
3) 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8) Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra' ANAK TIRI RASULULLAH SAW Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN

Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin Abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al-'Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.'Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) Sempat masuk Islam.Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Tiada ulasan: