Sabtu, 1 Oktober 2011

3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas??? Innalillah...!!

Peningkatan statistik hubungan luar nikah dorong kes pembuangan bayi

PUTRAJAYA: Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.

petikan dari akhbar berita harian bertarikh 01/10/11

gambar hiasan






Satu berita yang amat mengejutkan,apa nak jadi dengan manusia khususnya remaja islam zaman sekarang ini.Bagi orang yang tidak mempunyai kefahaman agama diorang akan berasa perkara ini adalah hak kebebasan individu namun mereka kena ingat keruntuhan akhlak adalah berpunca dari kurangnya ilmu agama di dalam diri. Menurut laporan akhbar tersebut mereka yang terbabit dengan seks bebas itu bukanlah orang-orang yang bodoh tetapi mereka boleh dikatakan terdiri dari golongan orang-orang yang profesional siap lulusan universiti lagi tu.Jadi di manakah silapnya?Silapnya ialah mereka tidak mahu pada agama,mereka menganggap hukum agama ini menghalang mereka dari melakukan sesuatu yang mereka suka.Saya teringat dengan dialog di antara salah seorang anak murid Imam Al-Ghazali rah.a iaitu :


Anak Murid : "Wahai guruku,bolehkah saya bertanya sesuatu??"



Imam Al-Ghazali : "Silakan wahai anak ku!"



Anak Murid : "Mengapakah syaitan sering mengganggu manusia lebih-lebih lagi orang-orang islam?"



Imam Al-Ghazali lalu tersenyum dan menjawab : "Wahai anak ku,adakah seseorang pencuri itu akan memasuki rumah yang tidak mempunyai apa-apa barang di dalamnya untuk dicuri??"



Anak Murid : "Sudah tentulah tidak wahai guruku"



Imam Al-Ghazali:"Begitulah halnya wahai anak ku,di dalam hati setiap orang islam mempunyai permata yang amat berharga iaitulah iman, jadi syaitan akan berusaha untuk mencuri permata yang berharga itu agar manusia itu akan bersama-sama dengannya ke dalam neraka"



Bak kata ulamak "Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin".




Jadi,kita jangan terlalu gembira dengan kehidupan dunia inikerana kita tidak tahu bilakah giliran kita untuk di jemput pulang mengadap Allah s.w.t Yang Maha Agung.Mudah-mudahan Allah s.w.t memelihara kita dan keturunan kita sampai hari kiamat dari terjebak dengan hiburan yang melampau seperti ini.Amin....

Tiada ulasan: