Isnin, 3 Oktober 2011

Ahmadinejad syor langkah 'mudah' selesai isu Palestin






TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini mengesyorkan satu 'pedekatan mudah' bagi menyelesaikan konflik berpanjangan Palestin-Israel iaitu 'semua pihak pulang ke negara masing-masing'. “Sekiranya penyokong rejim Zionis mahu isu ini diselesaikan, jalannya mudah saja...setiap orang perlu pulang ke negara sendiri," katanya dalam satu persidangan antarabangsa.Ahmadinejad berkata demikian sebagai reaksinya terhadap tindakan berdolak-dalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan konflik Palestin yang mahu badan dunia itu mengiktirafnya sebagai negara.




“Sesetengah orang miskin dibawa masuk ke Palestin dengan jaminan keselamatan dan pekerjaan sehingga menjadikan rakyat Palestin sendiri sebagai pelarian. "Jadi sekarang rakyat Palestin asal patut diberi hak di tanah airnya, manakala kumpulan pendatang perlu balik ke negara asal mereka," katanya. Persidangan antarabangsa mengenai Palestin di Tehran selama dua hari itu dihadiri ahli Parlimen dari 20 negara dan ketua negara, termasuk Ketua Pergerakan Hamas yang kini dalam pelarian, Khaled Meshaal. - AFP




Petikan Berita Harian 3/10/2011



P/S:Ya Allah,Bebaskanlah bumi para anbia ini dari cengkaman yahudi .Negara barat sepatutnya tidak boleh masuk campur tetapi apakan daya puak2 kongres majoritinya adalah yahudi.Tapi ingatlah sabdaan Nabi s.a.w di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:



“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.




bersamalah kita menunggu saat itu.


Hadith tersebut dipetik dari blog :



Tiada ulasan: