Rabu, 5 Oktober 2011

Peringatan Kepada Perokok



40 juta kematian kalangan perokok akibat batuk kering menjelang 2050



Berita Harian - 2011/10/05



PARIS: Kerosakan peparu akibat merokok boleh menyebabkan pertambahan 18 juta kes batuk kering (TB) dan 40 juta kematian berikutan penyakit itu menjelang 2050, menurut kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British (BMJ) hari ini. Anggaran daripada model matematik menunjukkan trend merokok itu amat memberi kesan ke atas risiko TB.
Kajian mendapati Afrika, Timur Mediterranean dan Asia Tenggara terbabit dalam angka kenaikan terbesar TB yang berkaitan tabiat merokok.
“Pengurangan kekerapan merokok secara agresif boleh mengurangkan kematian 27 juta perokok berpunca daripada TB menjelang 2050,” menurut kajian yang diketuai Sanjay Basu dari Universiti California di San Francisco. - AFP


P/S: Mane-mane kempen yang baik dan bermanfaat tu marilah kita sama-sama ikut, walau bagaimanapun nak berhenti merokok ni tak semudah yang disangka apatah lagi si perokok telah lama dan menjadi perokok tegar,mereka perlukan niat dan keazaman yang tinggi dari tuan punya diri.Saudara mara dan sahabat handai perlu memberi sokongan dan nasihat kepada mereka.Yang engkar tu tepuk dada tanyalah iman.Wallahu'alam...

Tiada ulasan: