Isnin, 21 November 2011

7 anggota badan untuk redha dan murka Allah

7 Anggota badan jika disalah guna akan mengheret seseorang itu ke neraka Allah s.w.t iaitu:


1. Mata


- Jika ia melihat perkara-perkara yang haram dan ditegah oleh syarak


2. Lidah


- Jika seseorang itu mengumpat,mengeji,bersumpah palsu,berdusta dan sebagainya


3. Telinga


- mendengar perkataan-perkataan dusta,umpatan,fitnah dan sebagainya


4. Tangan


- memukul orang tanpa hak,mencuri,menulis perkara-perkara yang dusta


5. perut


- memakan benda-benda yang haram seperti hasil judi,arak,rasuah dsbgnya


6. Kemaluan


- berzina dan tidak menjaga kencingnya


7. kaki


- berjalan ke tempat maksiat



untuk apakah anggota-anggota itu dicipta :



1. Mata


- melihat perkara-perkara diharuskan oleh syarak seperti kejadian Alam,membaca Al-Quran dan mentalaah(Membaca dan mengulangkaji) Hadis-hadis Nabi s.a.w



2. Lidah


- Bercakap benar,bersaksi benar,mengucapkan kalimah-kalimah yang baik,membaca al-quran dan menyebarkan risalah agama



3. Telinga


- mendengar perkataan-perkataan yang baik,mendengar ayat-ayat suci al-quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w



4. Tangan


- menolong orang,memberi sedekah,menulis perkara-perkara yang baik-baik,mengangkat pedang untuk berjihad Fisabilillah



5. Perut


- memakan benda-benda yang halal untuk tenaga supaya dapat buat banyak amal ibadah



6. Kemaluan


- mengembang biak zuriat di atas muka bumi,sumber pahala



7. Kaki


- berjalan ke tempat-tempat yang baik seperti masjid,majlis-majlis ilmu,berdakwah fi sabilillah



P/S : Wallahu'alam....

Tiada ulasan: