Jumaat, 27 Julai 2012

Amalan di bulan Ramadhan


 
Bismillah
Bacaan dibaca 100 kali setiap hari pada bulan Ramadhan
Tidak wajib untuk buat seratus tetapi guru kami berpesan agak buat 100 , lagi byk lagi bagus .
tapi dari segi kaedah punya saja mana mampu
"kalau tak boleh buat semua , jangan tinggal semua".
... -kawan2 boleh buat mana mampu ok (:
*tapi 100 tu sikit je .
kalau buat sebelum solat 10 dan lepas solat 10 . agak2 cukup tak 100? hehe

أَشْهَـدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا الله اَسْتَغْفِرُالله نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah, aku bermohon keampunan kepada Allah. Kami memohon kepadaMu akan syurga dan kami memohon perlindungan denganMu dari api neraka.”

BOLEH JUGA DITAMBAH
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌا تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُو عَنِّا يَا كَرِيم
ya ALLAH sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemaaf dan Maha Mulia,Engkau menyukai permohonan maaf,maka maafkanlah daripada Kami.''

Keterangan:
Amalan ini berdasarkan hadith yang panjang dari Sayyiduna Salman al-Farisi yang mengatakan: Rasulullah telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’ban…..sehinggalah Baginda bersabda:
“Perbanyakkanlah padanya (pada bulan Ramadhan) 4 perkara: 2 perkara yang menyenangkan Tuhanmu dan 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya. 2 perkara yang boleh menyenangkan Allah adalah (i) syahadat (naik saksi) bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah dan (ii) kamu bermohon keampunan (istighfar) kepadaNya. Dan adapun 2 perkara yang sangat kamu memerlukannya adalah (i) kamu memohon Allah akan syurgaNya dan (ii) kamu memohon perlindungan denganNya dari api nerakaNya. Dan sesiapa sahaja memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan member minum kepadanya dari air kolamku yang dengan suatu minuman, dia tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya, Al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

“Semoga Allah menjadikan kita di kalangan mereka yang berpuasa dalamnya dan membangunkan malamnya dan menjadikan kita di kalangan mereka yang diterima amal mereka, Amin…”

“Silakan untuk disebar luaskan…”
Al-Faqir ilalLahil Qadir

Tiada ulasan: