Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Ramadhan
Hadith
1
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang
berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah
mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan
serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan
meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan
mendatangimu."
Pada bulan ini
syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah
maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada
malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka
sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu
malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya
seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan
tugasnya."
Hadith
2
Ubadah Bin
Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika
Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat,
mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan
kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan
malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat
Allah pada bulan ini."
Hadith
3
Abu Sa'id
Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan
begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada
setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith
4
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa
sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang
dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka
untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi
kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa
nanti."
Hadith
5
Ibn Umar
ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan
sahur."
Hadith
6
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan
yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung
atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir
hayatnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan