Jumaat, 27 Julai 2012

Gurauan Rasulullah s.a.w

KEINDAHAN SENDA GURAU RASULULLAH (:

Kisah1 : UNTA ITU IBU DAN ANAK
Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda ﷺ berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengan...gkat saya? Jawab Rasulullah ﷺ. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.

KISAH 2:Baginda ﷺ berlumba lari dengan Sayyidatina Aisyah
Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah ﷺ. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda ﷺ) telah mendahului saya. Kemudian baginda ﷺ berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda ﷺ berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.
Indahnya Akhlak Rasulullah . ^^
Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.
dalam bersenda gurau jangan menipu/menyakitkan hati orang lain untuk buat orang ketawa. ^^
سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

Tiada ulasan: