Rabu, 9 Julai 2014

Masuk ke dalam syurga kerana Rahmat Allah...

Di sebuah pulau dimana terdapatnya seorang hamba Allah dimana kerjanya hanya beribadat kepada Allah. Tiada perkara lain dilakukan melainkan hanya beribadat.Satu hari bilamana dia meninggal dunia, Allah memasukkan hamba itu ke dalam Syurga. Lalu hamba itu mengatakan bahawa sebab beliau dimasukkan ke dalam Syurga hanya kerana ibadah yang dilakukan selama ini.

 Lalu Malaikat mengatakan bahawa beliau dimasukkan ke dalam Syurga hanya kerana Rahmatnya Allah. Hamba tadi itu menafika...n kerana beliau merasakan bahawa amalan yang dilakukan selama ini terlalu banyak.Lalu Allah perintahkan Malaikat untuk menimbang segala amalan hamba tadi. Timbangan dimulakan bermula daripada mata terlebih dahulu.
Bermulanya sesi penghitungan, segala amalan hamba tadi hilang kosong begitu sahaja. Hanya kerana mata. Belum lagi tangan, kaki dan lainnya. Lalu merintih hamba tadi itu merayu kepada Allah supaya tidak dicampakkan dia ke Neraka.


 Akhirnya, dia dimasukkan semula ke dalam Syurga. Bukan dimasukkan kerana amalannya. Tetapi dimasukkan ke dalam Syurga hanya kerana Rahmat Allah, Ihsan Allah dan Izin Allah.


Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Tiada ulasan: