Jumaat, 4 Julai 2014

Puasa wanita hamil dan menyusu

 
FATWA IBN 'ABBAS DAN IBN 'UMAR TENTANG WANITA HAMIL DAN MENYUSU

Dua tokoh ilmuwan sahabat Nabi iaitu 'Abdullah bin 'Abbas dan 'Abdullah bin 'Umar telah berfatwa dengan fatwa yang meringan bebanan wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Menurut mereka berdua wanita yang mengandung dan menyusu jika buka puasa kerana bimbang keadaan diri ataupun anak hanyalah perlu membayar fidyah (beri makan orang miskin) tidak wajib qada (ganti) puasa.

Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad ...yang sahih Ibn 'Abbas menyebut: "Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan TIDAK perlu ganti puasa"

Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn 'Umar berkata: "Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada"

Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga: "Seorang wanita hamil bertanya Ibn 'Umar tentang puasanya, jawab Ibn 'Umar: "Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)".

Pendapat kedua tokoh ini sekalipun berbeza dengan pandangan yang dipilih dalam mazhab Syafi dan selainnya namun ia lebih memudahkan kaum wanita yang mengandung yang biasanya memakan masa selama 9 bulan kemudian kemudian diikuti dengan kelahiran dan menyusukan anak pula selama 2 tahun. Jika mereka diwajibkan qada tentu satu yang agak membebankan untuk menghimpunkan semua yang mereka tinggal dalam tempoh tersebut. Apatahlagi jika tahun berikutnya mereka mengandung lagi.

Tiada ulasan: