Selasa, 12 Ogos 2014

Kisah 3 Budak Hitam

Pada suatu pagi, berjalanlah 3 orang budak lelaki berkulit hitam ditepi pantai.Sewaktu mereka berjalan-jalan itu salah seorang daripada tiga budak hitam tu ternampak sebiji botol yang tersadai di tepi pantai dan memberi tahu kawan-kawannya itu,mereka pun bergegas mengambil botol itu dan salah seorang dari mereka menggoncang goncang lalu membukanya.Setelah budak itu buka botol tu keluarlah seekor jin.

Jin :" HAHAHAHAHAAAAAA....Terima kasih kerana telah membebaskan aku setelah beratus-ratus tahun aku terperangkap di dalam botol ini.Sebagai balasan aku akan tunaikan apa sahaja permintaan kamu bertiga "

Mendengar kata-kata jin itu maka ketiga-tiga budak hitam itu menjadi gembira dan masing-masing pun memikirkan apakah hajat yang harus diminta pada jin itu.

Budak Hitam 1 : "Wahai jin,jika betul kau boleh makbulkan permintaan kami aku nak minta kau satu perkara..."

Jin : "Apakah permintaan mu itu,katakanlah
          sahaja...HAHAHAHAHA!!! "
(nama pun jin kannn mesti la banyak ketawa....kih kih kih)

Budak Hitam 1 : "Aku nak kau putihkan kulit aku..."

Jin : " HAHAHAHA.....itu mudah saja "

Plinggg...dengan sekelip mata budak hitam 1 mejadi putih kulitnya.

Mendengar permintaan budak hitam yang pertama itu maka terdetiklah dihati kedua-dua budak hitam yang kedua dan ketiga "Ellehh...dia ingat dia sorang nak jadi putih...blahhh la!! " .

Jin : "HAHAHAHA...kamu berdua pula bagaimana?apakah
         permintaan mu yang kamu mahu aku tunaikan?? "

Budak Hitam 2 : " wahai jin,permintaan ku ialah aku nak kulit
                             aku lebih putih dari kulit dia "

Dengan menunjukkan jarinya ke arah budak hitam pertama tadi.

Plinggg....dengan sekelip mata juga kulit budak hitam kedua bertukar menjadi putih dan lebih putih dari kulit budak hitam yang pertama.Maka terlompat-lompat gembira budak hitam yang kedua setelah didapatinya kulitnya lebih putih dari kulit budak hitam yang pertama.Maka tinggallah budak hitam ketiga untuk membuat permintaan terakhir.

Budak Hitam 3 : "Ooooo...suka korang ye..."
                             kata budak hitam ketiga
                             "Oleh itu baiklah.Wahai  jin....permintaan aku
                             ialah engkau hitamkanlah kulit dua orang kawan
                             aku ni balik kepada asal"

Plinggg...maka hitamlah kembali ke semua budak-budak lelaki tu dan jin itu pun menunduk hormat terus beredar menghilangkan diri.

Tinggallah ketiga-tiga budak hitam yang saling dengki mendengki itu di situ sambil menangis teresak-esak menyesal akan perbuatan mereka.

Moral : Jangan la dengki mendengki.Jin tu bagi 3 permintaan kan?Apa salahnya jika seorang mintak mereka bertiga jadi kaya,seorang lagi mintak mereka bertiga jadi kacak dan seorang lagi mintak agar mereka bertiga dapat berkahwin dengan wanita jelita.kan semuanya akan dapat....apaaaa pun tak boleee!!!

2 ulasan:

suriani berkata...

Hehee.. good one.. hasad dengki memang x kemana!!

JomKawtim berkata...

kan??x elok dengki2 ni...kih kih kih