Khamis, 9 Oktober 2014

Hadith Dhoif (lemah)

Hadith Dhoif (lemah) bermaksud hadith yg lemah, dan lemah ini maksudnya ada kecacatan pada 5 syarat rukun samada salah satu drpd 5 itu ataupun kesemuanya, ringkasnya hadith dhoif adalah hadith yg berlawanan dgn hadith sahih (kuat) dan walapun ianya tidak diketegorikan dalam kumpulan hadith2 yg Maqbul (yg bule diterima) namun tidaklah bermaksud ianya tertolak terus serta tidak boleh diamalkannya langsung. Malah masih ada ruang2 yg membolehkan hadith-hadith ini diamalkan cuma kelemahannya itu membuatkan ianya TIDAK BOLEH DIJADIKAN DALIL HUKUM, maksudnya ianya tidak boleh dijadikan hujah dalam menguatkan, meletakkan atau menjadikannya hukum-hukum tertentu, terutamanya dalam bab aqidah, syariat dan amalan yg fardhu (wajib), tapi jika ianya baik, hadith itu masih bule diterima untuk dijadikan amalan.

Alhamdulillah, sebelumnya dari Tausiyah 1 hingga 7, kita sudah dapat memahami serba sedikit secara ringkas hadith2 yg tergolong di dalam hadith2 yg Maqbul iaitu kita sudah tahu bahawa ianya terbahagi kpd bbrapa kumpulan seperti Mutawatir, Ahad dan Hasan. Kemudian kita juga sudah tahu bahawa di bawah Ahad ada Masyhur, Aziz dan Gharid, dan seterusnya kita tahu hadith2 ini ada tingkatannya atau martabatnya iaitu ada sahih dzatihi, sahih ghairihi dan hasan dzatihi dan hasan ghaitihi dan berbagai lagi perinciannya dgn hal2 yg berkaitan yg sya tidak masukkan kesemuanya di sini. Yg saya paparkan hanyalah yg asasnya sahaja.

Dan kita kini sudah tahu bahawa pusing ikut mana pun hadith2 yg Maqbul ini mesti tertakluk dgn rukun asasnya iaitu sanad, adil, dlabit, syadz dan 'ilat.

Dalam perkongsian Hadith Dhoif yg akan datang ini nanti kita akan lihat pula bbrapa permaslahatan yg menyebabkan suatu hadith itu menjadi dhoif, antaranya :

Hadith Mu'allaq
Hadith Mursal
Hadith Mursal Khafi
Hadith Mu'dlal
Hadith Munqathi
Hadith Mudallas
Hadith Matruk
Hadith Munkar
Hadith Ma'ruf
Hadith Ma'allal
Hadith Mudraj
Hadith Maqlub
Hadith Marfu'
Hadith Mauquf
Hadith Musalsal
Hadith Qursi


Jadi, apa yg kita boleh faham di sini ialah bila dikatakan hadith itu Hadith Dhoif, maka bukan maksudnya ianya hanya ada satu makna sahaja.. LEMAH dan mesti ditolak, tanpa melihat sebab2 mengapa ianya ditolak. Sebab? Kemungkinan matan hadith itu BETUL cuma nama seorg perawi itu telah hilang atau org yg menghafal hadith itu TERLUPA NAMA SALAH SEORG PERAWI yg ada dalam senarai sanad sahaja bukannya MATAN hadith itu yg salah atau tidak betul atau pun ianya PALSU.

WaLlahu a'lam.

Sumber : Facebook Lebai Kampung

Tiada ulasan: