Sabtu, 18 Oktober 2014

Kisah Keadilan Saidina Umar al-khattab r.a ke atas seorang lelaki Mesir

Dalam kanz al-'umal dan disebut juga dalam Futuh Misrwa Akhbaruha oleh Ibn 'Abd al-hakam al Misri yang menceritakan tentang sejarah pembukaan mesir,diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a bahawa seorang lelaki Mesir telah datang kepada Saidina 'Umar al-khattab r.a di Madinah.Lelaki itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin!Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman".
Kata 'Umar :Baiklah, terangkan apakah perlindungan yang kamu mahukan itu.Kata Lelaki itu : "Aku telah berlumba dengan anak gabenor mesir (Muhammad bin 'Amr bin al-'As),aku menang dalam perlumbaan itu.Maka dia (anak gabenor itu) telah memukul ku dengan cemeti sambil berkata : "Aku adalah anak golongan yang mulia"

Setelah mendengar penjelasan lelaki itu, khalifah 'Umar al-khattab telah menulis surat perintah kepada gabenor mesir 'Amr bin al-'As meminta dia dan anaknya itu hadir ke Madinah.Apabila mereka hadir, saidina 'Umar r.a telah memanggil lelaki dari Mesir tersebut.Setelah lelaki itu datang,Umar r.a telah memberikan kepada lelaki itu cemeti dan berkata : "Pukullah dia".Lelaki itu pun memukul sambil Umar r.a berkata "Pukullah anak golongan yang mulia itu"

Anas bin Malik r.a telah menyaksikan kejadian itu dan berkata :"Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya itu dan dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti" Kemudian Umar r.a berkata kepadanya : "Letakkan cemeti itu ke atas kepala botak bapanya (kepala Amr bin Al 'as)" Lelaki itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya sahaja yang memukul ku dan aku telah pun membalasnya dan itu sudah memadai" Kemudian Umar r.a berkata kepada 'Amr bin Al 'As gabenor mesir itu "Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!" Jawab Gabenor Mesir itu iaitu 'Amru bin Al 'As "Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya aku tidak tahu akan hal ini(Hal yang berlaku di antara anaknya dan lelaki mesir itu)"


Tiada ulasan: