Khamis, 20 November 2014

PENGENALAN RINGKAS WAHABIYYAH

sumber gambar: http://kaahil.files.wordpress.com/2011/09/wahabi.jpg

Aliran Wahabi atau Najdiyun atau terbaru mengelarkan diri Salafi, bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yg byk dipegang oleh ulama2 Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yg diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab, mereka lebih hampir dgn mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yg menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asya’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yg agak sempit dgn metodologi harfiah (literal) yg mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap org yg tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kpd kecenderungan untuk mudah mengeluarkan org Islam dari lingkungan agama yg tidak sealiran dgn aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadith Nabi saw, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yg tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yg telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yg telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam2 muktabar dalam mazhab Syafi’e dan dalam akidah menuruti aliran al-Asya’ari dan al-Maturidi.
Banyak persoalan yg bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yg sesat. Ini sama sekali tidak selari dgn pemahaman sunnah dan bid’ah yg sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dgn semangat ilmiah dalam tradisi Islam yg membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan2 tariqat, amalan wirid dan selawat yg dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yg kesemuanya dipelopori oleh ulama2 berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.
Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat2 mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘Tangan dan Wajah ALlah’, istiwa’ dan lain2. Dengan mengisbatkan secara literal ayat2 ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yg juga salah satu pendekatan yg diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman ALlah berjism) dan tashbih (kefahaman ALlah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yg berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama2 yg telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama2 lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yg harus diikuti ialah mazhab Syafi’e dan dalam akidah aliran Asya’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yg utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain2 sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yg berzikir secara sendiri2 selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan org yg berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.

Wallahu A’lam.
Oleh Ustaz Abu Syakier

TOKOH2 WAHABI YG PATUT DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM.

Wahai tuan-puan, marilah kita sama2 memperjuangkan akidah yg dibawa oleh ulama silam iaitu Akidah yg BENAR dibawa oleh Imam as-Asya'ari dan Maturidi..


Janganlah biarkan diri kita jahil tentang akidah hingga terpengaruh dgn akidah pegangan golongan Wahabi ini, kelak segala amalan kita akan menjadi sia2.. Ajaran Wahabi makin merebak dan meresap dipemikiran masyarakat hari ini. Menularnya fahaman ini tempiasnya terkena pada hingga kepada bebrapa JEMAAH ISLAM. Jika kita ingin berhadapan dgn kesesatan Wahabi ini, harus kita kenali TOKOH2 BESAR Mereka dahulu, jangan sampai kita tersilap mengkagumi dan menyanjungi mereka.

TOKOH WAHABI TIMUR TENGAH

1. Sheikh Nasr al-Din al-Albani (ulama hadis Wahabi)
2. Zuhair Syawisy
3. Muhammad Nasib al-Rida’iy
4. Mahmud Mahdi Istanbuli
5. Hamud al-Tuwaijri
6. Ibnu Baz (Abdullah bin Baz)
7. Sheikh Hamad al-Ansari
8. Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iriy
9. Sheikh Soleh Uthaimin
10. Sheikh Soleh Fauzan
11. Ibn al-Alusi (1202-1317)
12. Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan
13. Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi
14. Ahmad Ibrahim al-Najdi
15. Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi
16. Muhammad Khalil Harras al-Masri
17. Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri
18. Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy
19. Muhammad Jamil Zainu
20. Umar Sulaiman Asyqar
21. Furaih bin Soleh al-Bahlul
22. Salim al-Hilali
23. Marwan al-Qaisi
24. Abdul Qader al-Arnawuth
25. Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy
26. Syaikh Prof. Dr. Muhammad bin Khalifah At-Tamimi -Rektor Universiti Antarabangsa Al-Madinah.


kredit:
Lebai Kampung

Tiada ulasan: