Selasa, 9 Disember 2014

Mengapa aku ditimpa musibah?

SELALU DITIMPA MUSIBAH?

MARI KITA BACA 8 LANGKAH MERINGANKAN MUSIBAH YANG MENIMPA.

Dunia merupakan tempat untuk menguji kesabaran manusia dalam menjalani kehidupan. Siapapun manusianya, pasti ada mengalami masalah dalam hidupnya yang wajib dihadapi. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah Al-Baqarah, ayat 155:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

Ayat di atas menggambarkan kepada kita bahawa kebanyakan ujian Allah kepada manusia yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah tersebut dengan bentuk yang berbeza-beza serta berlainan antara satu dengan yang lain.

Dalam mendepani musibah kehidupan, Ibnu Qayyim ada menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kepada kita cara untuk meringankan bebanan musibah tersebut dengan beberapa langkah seperti berikut:

1. Beriman Kepada Qadha Dan Qadar Allah SWT.

Orang yang beriman percaya bahawa musibah yang menimpa diri kita itu datang dari Allah SWT, dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelesaikan musibah tersebut. إن لله وإن إليه راجعون.



2. Musibah Yang Menimpa Masih Kecil Berbanding Nikmat Yang Diberikan Allah SWT.

Untuk meringankan beban musibah yang menimpa, kita wajib bersyukur kepada Allah SWT, bahawa musibah yang menimpa itu masih lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita.

3. Hiburkan diri Dengan Orang Yang Senasib Dengan Kita Atau Orang Yang Lebih Berat Musibahnya Dari Kita.

Jika Allah menimpakan musibah kepada kita, sebenarnya masih banyak lagi yang terkena musibah sama seperti kita. Jika Allah SWT menimpakan musibah yang berat kepada kita, sebenarnya banyak lagi orang lain yang lebih berat musibah nya berbanding kita.

4. Anggap Ringan Musibah Tersebut dan Jangan Terlalu Banyak Berfikir Beratnya Musibah Yang Menimpa Kita.

Jika musibah tersebut sudah berlaku kepada kita, Islam mengajarkan kepada umatnya jangan terlalu banyak berfikir tentang musibah nya, tetapi lebih baik fikirkan jalan keluar dari musibah tersebut.

5. Mengajar Manusia Lebih Bertawakkal Kepada Allah SWT.

Hakikat musibah yang sebenar adalah bahawa manusia tidak berdaya mendepani musibah yang dihadapinya melainkan dengan jalan kita Bertawakkal kepada Allah SWT. Kerana semua urusan manusia berada di tangan Allah SWT dan hanya kepada Allah SWT kita kembali.

6. Yakin Pada Diri Bahawa Musibah Yang Menimpa Tersebut ada Hikmah Di Sebaliknya.

Manusia merupakan makhluk yang lemah yang tidak mengetahui apa di sebalik musibah yang menimpa diri kita, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka ambilah hikmah di sebalik musibah tersebut untuk menjadi pengajaran kepada hambanya.

7. Beruntung Bahawa Musibah Tersebut Hanya Menimpa Dunianya Dan Bukan Pada Agamanya.

Jika kita ditimpa musibah, sebenarnya kita maka masih beruntung kerana musibah tersebut hanya menimpa dunia kita bukan agama kita (aqidah kita), kerana musibah yang paling besar apabila Allah SWT mengambil balik Aqidah kita dan memesongkan akidah kita.

8. Jadikan Musibah Yang Menimpa Kita Sebagai Cara Untuk Meraih Pahala Serta Syurga nya Allah SWT.

Musibah yang menimpa seseorang merupakan cara untuk mendapatkan pahala dari pada Allah SWT. Kerana apabila kita bersabar dalam menghadapi musibah tersebut, Allah SWT Menjanjikan pahala kepada hambanya serta menjanjikan syurga kepada hambaNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi musibah yang Engkau timpakan. Berikan kami kemudahan jalan untuk menyelesaikan musibah tersebut. Jadikan kami sebagai hamba-Mu yang Redha dengan musibah tersebut. Mudah-mudahan kami menjadi hamba terbaik disisi-Mu. Aamiinn Ya Robbal 'Aalaamiin !!!


Sumber : FB Ustaz Hasnan

Tiada ulasan: