Sabtu, 13 Disember 2014

Siapakah Imam As Syafi'e

MANAQID al-Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala

Nama penuh Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala ialah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn Saib ibn Abi Yazid Ubai ibn Hasyim ibn al Muttalib ibn Abdul Manaf (datuk RasuluLlãh saw) ibn Qusai ibn Kilab.

PENDIDIKANNYA
Menerima pendidikan awalnya di Mekah
Hiduplah Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala bersama-sama ibunya dalam suasana yg amat payah kerana kemiskinan akibat kematian ayahnya itu. Kehidupan mereka bagaikan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala terus membesar di bawah penjagaan ibunya yg merupakan seorg perempuan yg amat solihah dan anak kpd cucu al-Hasan cucunda RasuluLlãh saw.

Hafal al-Qur'an ketika usia 7 tahun
Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala tidak melekakan dirinya dgn perkara yg tidak berfaedah, sebaliknya sejak dari usia kanak2 lagi ibunya menghantarnya belajar al-Qur'an kpd seorg ulama besar ahli qira’at di Kota Mekah bernama Abu Ali Ismail ibn Qastatin. Dalam usia 7 tahun, Imam Syafi’e telah menghafal seluruh al-Qur'an.

Belajar kepada Imam Malik
Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala mahu merantau ke Kota Madinah atas sebab2 berikut, iaitu pertamanya di sana merupakan tempat bersemadinya jasad RasuluLlah saw lebih baik ziarah makam Baginda RasuluLlah saw terlebih dahulu sebelum merantau ke tempat lain.
Keduanya, alim ulama yg hampir dgn Mekah ialah Madinah. Selain itu, beliau ingin beribadat di dalam Masjid Nabawi yg merupakan masjid kedua paling berkat di antara tiga masjid yg dianjur oleh RasuluLlãh saw agar umat bermusafir kepadanya.Oleh itu, Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala telah mengambil keputusan utk berziarah ke bumi Madinah utk berguru kpd seorg ulama besar ahli hadith yg terkemuka iaitu Imam Malik ibn Anas rahimahullahu Ta'ala yg merupakan pengarang kitab hadith yg ternama di seluruh dunia Islam pada masa itu iaitu kitab al-Muwatta’.

Isi kandungan kitab Muwatta’ Imam Malik rahimahullahu Ta'ala mengandungi sebanyak 1700 buah hadith itu sudahpun Imam As-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala menghafalnya ketika beliau berusia dalam lingkungan 10 tahun. Namun kerana pengarangnya masih belum ditemui, maka tidak lengkap jika telah menghafal tanpa bertemu dgnnya.Setelah menemui Imam Malik rahimahullahu Ta'ala, dan beliau telah menerima Imam As-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala, Imam As-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala berulang alik datang ke rumah Imam Malik rahimahullahu Ta'ala untuk mempelajari kitab Muwatta’. Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala membaca kitab itu sambil didengar dgn teliti oleh Imam Malik rahimahullahu Ta'ala. Oleh kerana kepintaran dan kemantapan Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala di dalam menghafal isi kitab Muwatta’ itu, maka beliau dapat membaca kitab Muwatta’ itu dgn lancar dan betul serta menghabiskannya dalam masa yg singkat.Apabila Imam Malik rahimahullahu Ta'ala membaca hadith2 Nabi saw, Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala mencatit semua hadith2 itu. Kemudian menghafalnya ketika itu juga, kebolehan dan kepintaran Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala membuat Imam Malik rahimahullahu Ta'ala semakin tertarik hati, semakin merasa kagum dan mulai tumbuh rasa sayang kepadanya.
Ketika Imam Malik rahimahullahu Ta'ala hendak membaca kitab Muwatta’ kpd para pelajarnya, beliau menyuruh Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala membacanya. Lalu seluruh muridnya menulis apa yg dibaca oleh beliau. Dengan cara ini, isi kandungan kitab tersebut semakin melekat di dalam dada beliau, dan juga ia turut menyebabkan beliau semakin dikenali.

Merantau ke IRAQ
Setelah hampir 2 tahun belajar bersama Imam Malik rahimahullahu Ta'ala, dari usianya 20 tahun hingga 22 tahun kini Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala berhijrah ke Iraq membawa hajat untuk bertemu dua org ulama Iraq yg mana kedua-dua mereka merupakan sahabat dan anak murid kpd Imam Abu Hanifah rahimahullahu Ta'ala yg paling terkemuka iaitu Imam Abu Yusuf, ketua Qadhi Iraq dan Imam Muhammad ibn Hasan as-Syaibani. Selama hampir 24 hari 24 malam perjalanan dari Madinah, akhirnya Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala selamat tiba dan menunaikan solat di Masjid Kufah, Iraq.

Mencari ILMU ke Yeman
Setelah Imam Malik rahimahullahu Ta'ala meninggal dunia, Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala merasa kekosongan kerana sgt sedih hatinya atas pemergian gurunya yg amat dikasihi yg menyediakan bilik khusus di rumahnya utk keselesaan Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala, yg mahukan Imam Syafi'e menjadi pembaca Muwatta’ semasa pengajiannya, memberi bantuan kewangan kpd Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dikala kesempitan selama 7 tahun di sisi guru yg dikasihinya itu.Ketika Imam Malik rahimahullahu Ta'ala meninggal dunia beliau berusia 86 tahun dan Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala berusia 29 tahun dan 57 tahun lebih muda drpd Imam Malik.

Di negeri Yeman, Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala telah dilantik oleh gabenor negeri itu bekerja sebagai setiausaha peribadinya. Setelah beberapa hari menjalankan tugasnya, terserlah kecekapan dan keahlian Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dalam bidang pentadbiran negeri bukan hanya pakar dalam bidang hukum hakam bahkan politik dan pentadbiran yg cekap.Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala amat dikasihi oleh gabenor lalu dicarikan seorg pasangan (isteri) untuknya kerana melihatkan usia Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sudah menjangkau usia 29 tahun dan layak untuk bernikah. Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dijodohkan dgn gadis bernama Hamidah binti Nafi’, gadis dari keturunan anak cucu Sayyidina Uthman ibn Affan radiyallahu'an, seorg Sahabat dan menantu RasuluLlãh saw serta adalah seorg Khalifah Al-Rasyidin yg ketiga dan syahid dibunuh musuh.

Di samping bekerja mencari nafkah hidup untuk keluarganya, matlamat utamanya berhijrah ke Yeman juga adalah untuk menuntut ilmu dan org menjadi tumpuannya adalah Imam Yahya ibn Hasan, seorg ulama merangkap Mufti Negeri Yeman. Pelbagai ilmu yg diperolehinya selama menuntut dgn Imam Yahya, dari ilmu2 agama hinggalah ilmu firasat yakni sejenis ilmu yg digunakan utk menilik sifat dan tabiat sesorg melalui air muka, perawakan badan, suara, pandangan mata, gaya bercakap dan tanda2 lain di badan. Istilah sekarang lebih dikenali dgn ilmu phsycology.

KEWAFATAN Imam as-Syafi’e di Mesir
Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala berhijrah ke Mesir pada bulan Syawal 198 Hijrah ketika usianya 48 tahun. Beliau menetap di sana selama hampir enam tahun dan telah banyak mengajar dan menyusun kitab2 yg berisi pendapat2 hasil ijtihad beliau di Mesir.

Ditimpa penyakit buasir
Keadaan menjadi amat gawat dgn persoalan fitnah al-Qur'an itu makhluk yg diutarakan oleh kaum Mu’tazilah dan telah dipersetujui oleh pemerintah Baghdad pada masa itu, dan Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala pula telah dilanda penyakit yg berat iaitu penyakit buasir, sejenis penyakit yg menyebabkan darah terus menerus keluar melalui dubur dan disertai rasa sakit yg amat, menyebabkan beliau yg masih muda menjadi lemah.

Al Rabi’ ibn Sulaiman al Ji’zi menceritakan; “Imam Syafi’e meninggal dunia pada malam Juma'at selepas Maghrib, 29 Rejab. Di saat kami sedang menggerumuninya, tiba2 datang seorg Badwi hitam lalu bertanya; “Mana bulan dan matahari halakah kita?” Kami menjawab; “Dia sudah meninggal”. Lantas si Badwi itu menangis sambil berkata; “Hujah org ini selalu mengalahkan hujah2 org lain, ia ramah dan bersahabat dgn org yg memusuhinya, dialah penerang hati umat yg berada di dalam kegelapan, dan pemikiran2nya selalu menjadi rujukan”.

PARA GURU Imam as-Syafi’e
1. Imam Sufyan ibn Uyainah al-Kufi
Imam Sufyan ibn Uyainah merupakan ulama besar di Kota Mekah. Nama penuhnya Sufyan ibn Uyainah ibn Abi Imran Maimun al Hilali al Kufi. Gelaran beliau ialah Abu Muhammad.
Beliau seorg yg alim dlm ilmu hadith, mahir dlm ilmu tafsir dan fiqh sehingga beliau mampu membina mazhab sendiri yg dikenali dgn Mazhab Sufyan ibn Uyainah. Berasal dari Kufah, kemudian berpindah dan menetap di Mekah. Para ulama lain menziarahinya pada musim haji dan bertukar2 fikiran dan mengambil hadith darinya. Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala belajar kpdnya dalam berbagai2 ilmu terutama ilmu tafsir al-Qur'an, hadith dan fiqh.

2. Imam Muslim ibn Khalid al-Zinji
Imam Muslim ibn Khalid al Zinji adalah Mufti Kota Mekah di zaman Khalifah al-Mahdi. Beliau mengajar ilmu fiqh, dan telah memberi keizinan kpd Imam as-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala untuk berfatwa ketika Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala masih berusia 15 tahun dan menyediakan surat kpd Imam Syafi’e ketika mahu belajar kpd Imam Malik rahimahullahu Ta'ala di Madinah untuk disampaikan kpd Imam Malik rahimahullahu Ta'ala untuk pengenalan Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala seorg yg hebat.
3. Imam Abu Ali Ismail ibn Qastatin al-Makki

Seorg yg alim ilmu al-Qur'an, tajwid dan makna2 ayat. Ketika berusia tujuh tahun Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala telah selesai menghafal al-Qur'an ke semua 30 juzu’.
Para Guru Imam as-Syafi’e di Madinah
Selain Imam Malik, Imam Syafi’e juga belajar dgn beberapa org ulama lain di Madinah antaranya ialah Imam Ibrahim ibn Saad al-Ansari, Imam Abdul Aziz ibn Muhammad al-Darudi, Imam Ibrahim ibn Abi Yahya al-Asami, Imam Muhammad ibn Said, Imam Abdullah ibn Nafi’ dan beberapa org lagi.

Para Guru Imam as-Syafi’e di IRAQ
Guru Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala yg masyhur di Iraq ialah Imam Waki’ ibn Jarrah, Imam Muhammad ibn Hasan dan Imam Abu Yusuf. Imam Waki’ seorg yg kuat ingatannya, ada riwayat menyatakan ketika beliau menghafal lembaran sebelah hendaklah ditutup kerana jika terlihat patah2 perkataan beliau akan terus menghafalnya.

Para Guru Imam as-Syafi’e di YEMAN
Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sempat berguru dgn beberapa org ulama antaranya Imam Yahya ibn Hasan, Mufti Negeri Yeman, Imam Hisyam ibn Abu Yusuf, Imam Umar ibn Abi Salamah dan Imam Muttarif ibn Mazin, Qadhi Kota San’aa. namun, guru yg paling masyhur di Yeman ialah Imam Yahya ibn Hasan.

Para Guru Imam as-Syafi’e di MESIR
Antara guru Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala di Mesir ialah, Sayyidah Nafisah binti Hasan ibn Zaid ibn al-Hasan ibn Ali Abi Talib radiyallahu'anhum. Merupakan sealim2 ulama wanita di Mesir mengalahkan kaum lelaki, juga merupakan keturunan cucu RasuluLlãh saw.
Berguru dengan ulama Tasawuf
Menurut Imam al-Ghazali rahimahullahu Ta'ala di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin bahawa Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala menuntut ilmu hati dgn seorg ulama tasawuf, seorg Wali ALlah yg lebih dikenali dgn Syaiban Pengembala.

MURID Imam as-Syafi’e
1. Imam Abdullah ibn Zubair al-Humaidi. Abdullah ibn Zubair seorg penduduk Mekah yg menuntut ilmu dgn Imam Sufyan ibn Uyainah dan Imam Syafi’e. Beliau sama2 belajar dgn Imam Syafi’e kpd Imam Sufyan ibn Uyainah dalam ilmu hadith sehingga menjadikan beliau seorg ulama hadith terkemuka di Mekah.
Abdullah ibn Zubair al-Humaidi belajar kpd Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dgn bersungguh2 sehingga Imam Syafi’e ingin berhijrah ke Iraq, beliau turut berhijrah ke sana dan kemudiannya mengikut Imam as-Syafi’e berhijrah ke Mesir. Beliau menetap bersama Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sehingga kewafatan Imam Syafi’e dan pulang ke Mekah untuk mengajar dan menyebarkan mazhab Imam as-Syafi’e sehingga beliau meninggal dunia.

MURID terkemuka di IRAQ
2. Imam Abu Thaur
Imam Abu Thaur ini seorg yg hebat dan terhormat. Beliau seorg yg pintar dan riwayat boleh dipegang dan dipercayai (tsiqah). Sebelum bertemu dgn Imam Syafi’e beliau menuntut dgn sahabat dan murid Imam Abu Hanifah rahimahullahu Ta'ala. Beliau telah membangun mazhabnya sendiri. Imam Ibnu Hibban berkata: “Abu Thaur adalah seorg Imam di dunia dalam ilmu fiqh dan terkenal memiliki akhlak yg mulia”.
Gurunya Imam as-Syafi’e berkata: “Abu Thaur adalah seorg yg boleh dipercayai (tsiqah)”.
3. Imam al-Hasan ibn Muhammad as-Sabah az-Za’farani. Berasal dari dusun Za’faran di Iraq, kemudian berpindah ke Kota Baghdad. Kemudian beliau merantau ke Mekah lalu belajar dgn Imam Sufyan ibn Uyainah.
Al-Hasan seorg bukan dari keturunan Arab yg asli, tetapi lidah beliau fasih berbahasa Arab sehingga Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala mengkagumi beliau.
Setelah Imam as-Syafi’e berhijrah ke Mesir, beliau mengambil alih tempat Imam Syafi’e di Iraq dan mempertahankan pendapat2 qadim Imam as-Syafi’e sehingga beliau menisbahkan semua qaul qadim Imam Syafi’e di Iraq kpd dirinya sendiri.
4. Imam Ahmad ibn Hanbal as-Syaibani. Merupakan satu2nya murid Imam Syafi’e yg disayangi beliau. Namun kemudian beliau berlepas diri dari mazhab Imam as-Syafi’e dan mendirikan mazhab beliau sendiri yg lebih dikenali dgn mazhab Hanbali.
5. Imam Abu Ali Husain ibn Ali al-Karabisi. Menuntut dgn Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dalam ilmu hadith dan fiqh yg kemudiannya terkenal sebagai ahli fiqh.

MURID terkemuka di MESIR
6. Imam Yusuf ibn Yahya al Buwaiti. Anak jati Mesir yg menuntut dgn murid Imam Malik rahimahullahu Ta'ala yg terkemuka seperti Abdullah ibn Wahbin, Imam Abdul Rahman ibn Qasim. Kemudiannya beliau menuntut ilmu hadith dan fiqh dgn Imam as-Syafi’e, dan telah diizin untuk duduk dikerusi fatwa.
Setelah kewafatan Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala, beliau dilantik menggantikan tempat Imam Syafi’e untuk memberi pengajaran dan fatwa berdasarkan wasiat Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala dan kalam2 Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala yg dicatat dan disusun rapi.
Beliau meninggal dunia pada 231 Hijrah di penjara Baghdad kerana menentang pegangan al-Qur'an itu makhluk.
7. Imam Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al-Muzani. Beliau amat dikasihi oleh Imam Syafi’e dan memuji beliau dgn berkata: “al Muzani adalah pembela mazhabku”. Beliau telah menyusun dan membuku kitab2 mazhab Imam as-Syafi’e.
Tentang keutamaan al-Muzani, Imam Abu Ishak as-Sirazi berkata: “al Muzani adalah seorg besar yg zuhud, tidak suka pada kemewahan hidup dunia, jauh dari pengaruh kebendaan, ahli ijtihad, pandai bertukar fikiran dan luas ilmu pengetahuannya, sangat mahir memecahkan masalah2 yg sulit dan sgt pandai mengupas soal2 hukum keagamaan”. Beliau meninggal dunia pada 264 Hijrah.
8. Imam al-Rabi’ ibn Sulaiman ibn Abdul Jabbar al-Muradi. Beliau telah berguru dgn Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala setelah beberapa tahun menuntut dgn ulama2 terkemuka Mesir pada masa itu, Imam Abdullah ibn Abdul Hakkam, Imam Ibnu Wahbin dan lain2.
Beliau terus menerus menuntut dgn Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sehingga muncul menjadi ulama besar yg terkemuka dgn ilmu hadith dan fiqh. Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala amat sayang kpdnya kerana kepintarannya dan kecerdasannya dan dialah salah seorg murid Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala yg mengajar kitab2 fiqh Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala kpd penuntut yg datang dari Parsi, Khurasan, Merw, Iraq dan lain2.

Oleh kerana beliau pandai dalam ilmu hadith, maka ramailah yg mengambil hadith drpdnya beliau. Imam Khalili berkata: “Al-Rabi’ adalah seorg yg dipercayai riwayatnya”.
9. Imam al Rabi’ ibn Sulaiman ibn Daud al Ji’zi. Merupakan seorg murid yg rapat dgn gurunya. Ketika Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sedang sakit berat yg membawa kpd meninggalnya, Imam al-Rabi’ yg menjaga gurunya.
10. Imam Harmalah ibn Yahya ibn Abdullah at-Tujaib. Sebelum bertemu dgn Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala beliau menuntut dgn anak murid Imam Malik rahimahullahu Ta'ala, Imam Ibnu Wahbin dalam ilmu hadith dan fiqh dan berpindah kpd Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala yg akhirnya menjadi seorg alim besar dlm bidangnya.
11. Imam Yunus ibn Abdul A’la as-Sadafi. Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala memuji muridnya ini dgn pujian yg tinggi. Katanya: “Aku belum pernah melihat di Mesir seorg yg lebih cerdas akal fikirannya selain dari Yunus ibn Abdul A’la.
12. Imam Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Hakkam
Merupakan murid kpd Imam Malik rahimahullahu Ta'ala, ayahnya Imam Abdullah ibn Abdul Hakkam ialah murid Imam Malik rahimahullahu Ta'ala.
13. Imam Ahmad ibn Sibti ibn Yahya al-Wazir al-Misri
Lahir pada 171 Hijrah di Mesir, belajar dgn Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala ilmu hadith dan fiqh. Mengenai keutamaan beliau, Imam Nasa'ie rahimahullahu Ta'ala berkata: “Imam Ahmad ibn Sibti adalah seorg yg boleh dipercayai riwayatnya”. Beliau wafat pada 251 Hijrah.

HASIL KARYA Imam as-Syafi’e
1. Kitab Al Risalah
Al-Risalah bererti surat kiriman. Ini adalah kerana kitab ini dikirim oleh Imam as-Syafi’e yg berada di Iraq, kpd org yg meminta beliau mengarangnya di Mekah iaitu Imam Abdur Rahman ibn Mahdi.
2. Kitab al-Za’faran
Ini adalah kitab mula2 Imam as-Syafi’e karang ketika beliau di Iraq. Kitab ini disiapkan oleh muridnya di Iraq yg bernama Hasan ibn Muhammad az-Za’faran. Justeru kitab ini dinamakan sempena nama pengarang yg menyiapkannya.
3. Kitab al-'Umm
Ini merupakan sebesar2 kitab Fiqh bagi Mazhab Syafi’e. Kitab al-'Umm ini merupakan ibu kitab sebagai sumber rujukan kpd para pengikut Mazhab Syafi’e, kitab yg dikarang sendiri oleh Imam as-Syafi’e ketika beliau sudah berada di Mesir. Ini merupakan hujah kepada pengikut Imam as-Syafi’e dalam mempertahankan mazhab Imam Syafi’e, di dalam kitab ini Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala membahagikan perbicaraannya kpd beberapa bab;
a. Bab Jamiul Ilmi
Berisi pembelaan Imam Syafi’e terhadap sunnah2 RasuluLlãh saw.
b. Bab Ibtalul Istihsan
Berisi tangkisan terhadap penggunaan istihsan sebagai salah satu dasar hukum oleh ulama Iraq dalam mengistinbat hukum Fiqh.
c. Bab Al Raddu ala Muhammad ibn Hasan
Bab ini merupakan usaha Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala mempertahankan ulama Madinah drpd serangan Imam Muhammad ibn Hasan as-Syaibani, sahabat Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf.
d. Bab Sijarul Auza’ie
Bab ini berisi pembelaan Imam as-Syafi’e rahimahullahu Ta'ala terhadap Imam Auza’ie seorg ulama yg hidup di negeri Syam (Syria) yg amat membela sunnah RasuluLlãh saw tergolong sebagai ulama ahli hadith yg telah membangunkan mazhabnya sendiri, lahir pada 88 Hijrah dan wafat pada 150 Hijrah.
4. Kitab Ikhtilaful Hadith
Sebuah kitab yg membicarakan mengenai hadith2 yg bercanggahan antara satu dgn lain. Di dalam kitab ini beliau membuat keterangan dan penjelasan tentang perselisihan hadith2 RasuluLlãh saw.
5. Kitab al Musnad
Ini adalah kitab yg dikarang beliau berisi sanad hadith yg beliau masukkan dalam kitab al-'Umm. Untuk mengetahui sanad2 hadith kitab al-'Umm boleh dilihat dalam kitab ini.
Berikut merupakan kitab2 yg dinukil oleh murid2nya yg diambil dari kalam Imam Syafi’e rahimahullahu Ta'ala sendiri, antaranya ialah:
6. Kitab Fiqh
Kitab ini adalah kitab Fiqh yg disusun oleh muridnya yg bernama Harmalah ibn Yahya.
7. Kitab al-Mukhtasar al-Kabir
Kitab ini disusun oleh Yusuf ibn Yahya al-Buwaiti.
8. Kitab al-Mukhtasar al-Saghir
Kitab ini disusun oleh Yusuf ibn Yahya al-Buwaiti.
9. Kitab al-Faraidh
Kitab ini membicarakan tentang hukum pusaka. Ianya juga disusun oleh Yusuf ibn Yahya al-Buwaiti.
10. Kitab al-Mukhtarul Kabir, al-Mukhtarul Saghir, Jami'ul Kabir dan Jami'ul Saghir
Keempat-empat buah kitab ini semuanya disusun oleh Ismail ibn Yahya al-Muzani.

Sumber : FB Lebai Kampung

Tiada ulasan: