Selasa, 9 Disember 2014

TANDA HATI YANG BAHAGIA

Sahabat setia Rasulullah SAW, Ibnu Abbas ra. yang pada usia 9 tahun sudah menghafal Al-Qur'an memberikan penjelasan bahawa ada 7 tanda-tanda seseorang mendapat kebahagian hati di dunia dan insya Allah di akhirat adalah seperti berikut:

1) Qolbun Syakirun, atau hati yang selalu bersyukur.
Ertinya selalu menerima apa adanya (qona'ah), sehingga tidak ada cita-cita yg berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yg selalu bersyukur.

2) Al-Azwaju Solihah aw Solih, iaitu pasangan hidup yang soleh.
Pasangan hidup yg soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula.

3) Al-Auladul Abrar, iaitu anak yang soleh.
Do'a anak yang soleh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah, berbahagialah ibu-bapa yang memiliki anak soleh/solehah.

4) Al -biatu sholihah, iaitu persekitaran kehidupan yang kondusif untuk iman kita.
Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang soleh yang selalu mengajak kepada kebaikan & mengingatkan bila kita melakukan kesalahan.

5) Al -malul halal, atau harta yg halal .
Bukan banyaknya harta tapi halalnya harta yg dimiliki. Harta yang halal akan menjauhkan ancaman syaitan dari hati. Hati menjadi bersih, suci & kukuh sehingga memberi ketenangan dalam hidup. Berbahagialah orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.

6) Tafaquh Fid-dien, atau semangat untuk memahami agama.
Dengan belajar ilmu agama, akan semakin cinta kepada agama & semakin tinggi cintanya kepada Allah & Rasulnya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7) Umur yang barakah. Ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
Semakin tua semakin rindu untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Inilah semangat hidup orang- orang yang barokah umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang umurnya barokah.



Sumber : FB Ustaz Hasnan

Tiada ulasan: