Suatu pagi saidina Umar r.a telah bertemu dengan Ubay bin Ka'ab, beliau telah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab "Wahai Ubay,bagaimanakah kamu berpagi-pagi?Maka jawab Ubay bin Ka'ab :"Aku suka akan fitnah,aku memiliki apa yang Allah tidak memiliki, aku bersolat tanpa wudhuk".Maka timbullah perasaan hairan di dalam diri saidina Umar r.a tentang perkataan Ubay bin Ka'ab itu, disebabkan Ubay bin Ka'ab bukanlah seorang yang tidak punyai ilmu beliau adalah seorang yang sangat 'alim sudah pasti beliau bercakap berdasarkan ilmunya.
Maka pergilah Umar al-Khattab bertemu dengan abi qasim iaitu saidina Ali Karamallah wajhah lalu bertanyalah ia kepada saidina Ali "Wahai Ali,aku telah bertemu dengan Ubai bin Kaab dan aku bertanya kepadanya bagaiamana dia berpagi-pagi maka dijawabnya "aku berpagi-pagi dengan sukakan fitnah, memiliki apa yang Allah tidak memiliki dan bersolat tanpa wudhuk" Apakah yang dimaksudkannya itu wahai abi qasim?"
Saidini Ali pun tersenyum dan memberitahu "Sesungguhnya apa yang dicakapkan oleh Ubai bin Ka'ab itu adalah benar.Adapun dia sukakan fitnah itu bermaksud dia sukakan isteri dan anak-anaknya,manakala dia memiliki apa yang Allah tidak memiliki itu bermaksud Allah tidak mempunyai isteri dan anak-anak.Manakala beliau bersolat tanpa wudhuk itu bermaksud beliau selalu berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w". Lalu saidina Umar Al-Khattab tersenyum dan berkata amat rugilah bumi yang abi qasim tidak menjejak kaki ke atas nya kerana saidina Ali Karamallah wajhah adalah seorang yang sangat tinggi dan luas ilmunya.
wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan