Sabtu, 29 Mei 2010

Bertukar

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah rumput dan dia terlalu takut dengan kambing.Jika ternampak haiwan itu,dia akan lari lintang pukang kerana menyangka kambing itu akan memakannya.Akhirnya lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.Setelah beberapa bulan,doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Dr : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki :Ya,Doktor

Dr : Siapa kamu yang sebenarnya?

Lelaki : Saya ni manusia Doktor.

Dr : Iye ke??Bukan rumput?

Lelaki : Bukan,saya manusia doktor.

Dr : Kamu takut dengan kambing?

Lelaki : Tidak, doktor

Doktor : Hmm...bagus.Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor,saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Kambing tau tak yang saya ni dah berubah jadi manusia

Doktor : ????

Tiada ulasan: