Ahad, 23 Mei 2010

Kehebatan Allah dalam penciptaan tubuh manusia

salam semua...
rasanya dah lama aku tak menulis blog ni,sungguhpun demikian aku masih juga ingin menulisnya dan berminat untuk menulis blog.Di sini kita dapat meluahkan pendapat dan idea2 kite yang bernas yang mana idea2 tersebut mungkin dibaca oleh golongan-golongan pencinta ilmu dan pencari info-info terkini.Itulah sifat manusia yang diciptakan yang mana kita sentiasa mahu dan ingin untuk menambah ilmu-ilmu pengetahuan,tak kiralah ilmu itu berupa ilmu keduniaan atau keakhiratan.Ape2pun sebagai manusia kita sudah tentu mencari kebenaran,kita tidak boleh menerima sesuatu itu secara terus.Kita perlu mengkaji akan kebenaran sesuatu cerita kecuali berita-berita yang datang daripada Al-Quran sesungguhnya berita-berita yang datang dari Al-Quran adalah cerita yang benar lagi sahih selaku orang islam yang beriman kepada Allah dan rasul kita tidak boleh mempertikai akan kesahihan kisah-kisah di dalam Al-Quran.Jika berlaku demikian murtadlah kita na'uzubillah.Di dalam Al-Quran Allah s.w.t memperingati manusia agar menyiasat dahulu berita-berita yang diterima.Tujuannya ialah agar kita tidak menyesal di atas kesilapan kita membuat tanggapan dan keputusan.

Kebanyakkan dosa dan kesilapan yang kita lakukan adalah disebabkan kita tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata dan membuat keputusan yang mana akibat dari kesilapan kita itu akan kita tanggung seumur hidup.Apa-apa pun selagi kita hidup kita diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan iaitu dengan bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w Nabi kita bersabda "Sesungguhnya orang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali" ini menunjukkan bahawa apabila kita telah melakukan kesilapan kita hendaklah membetulkannya iaitu dengan tidak mengulanginya.Jika kesilapan itu melibatkan harta benda dan wang ringgit kita hendaklah langsai dan kembalikan barang2 itu.Adapun jika kita melakukan kesilapan sesama manusia seboleh2nya kita berikhtiarlah supaya kita dapat bertemu dengan si fulan itu utk kita memohon maaf.Ketahuilah wahai saudaraku sesungguh perbicaraan di hari akhirat itu amatlah panjang.Ada yang menunggu sekejap,ada yang menunggu bertahuan lamanya,ada yang menunggu teramat lama sehinggakan di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda"di padang mahsyar nanti semua orang akan dihimpunkan untuk menunggu perhitungan amalannya ada yang berpeluh sehingga kebuku lali,ada yang berpeluh sehingga ke paras lutut,ada yang berpeluh sehingga ke paras pinggang,ada yang berpeluh sehingga ke paras dada,ada juga yang berpeluh sehingga ke paras hidung malah ada yang tenggelam dengan peluhnya sendiri bergantung kepada amalan masing-masing ketika berada di dunia" inilah azabnya umat manusia terpaksa menanggung ketika menunggu di padang mahsyar.Jika kita lihat di dalam kehidupan kita di dunia skrg ni banyak di antara kita yang melakukan kesilapan sesama manusia.mengutuk,menghina,mengeji,menfitnah dan sebagainya semuanya ini kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Benar,kita akan terselamat jika kita terlepas di dunia ini tetapi ketahuilah kita akan berdepan dengan satu mahkamah yang amat adil iaitu mahkamah robbul jalil.Adilnya Mahkamah ini sehingga disebut oleh nabi kita s.a.w iaitu "kambing yang bertanduk jika ia menanduk kambing yang tidak bertanduk di atas muka bumi ini di akhirat nanti dia akan dibangkitkan dan Allah akan menumbuhkan tanduk kepada kambing yang tidak bertanduk itu supaya kambing itu dapat menanduk balas kambing yang menanduknya dahulu,kemudian kedua-duanya akan dimatikan semula".Demikian lah adilnya Allah s.w.t di hari akhirat nanti.Itu adalah perihal kambing inikan pula kita manusia yang sudah tentu banyak melakukan kesilapan sesama manusia.Di mahkamah ini saksi2 utama kita ialah tubuh badan kita.Kaki,tangan,mata,mulut,kemaluan semuanya akan menajdi saksi di atas segala perbuatan yang telah kita lakukan ketika berada di bumi Allah ini.peguam2 bela kita adalah amal-amal ibadat yang telah kita lakukan,anak pinak,suami isteri,ibu,ayah,sahabat handai walau sekarib mana pun di atas dunia ini takkan dapat membantu kita.Hanyasanya di antara kita dan pencipta kita dan amal-amal perbuatan kita di atas muka bumi ini dahulu dan peguam bela yang paling baik sekali di akhirat nanti ialah Nabi s.a.w dan kitabullah(Al-Quran).

Dikesempatan ini ada baiknya kita tinggalkan ruang-ruang gosip,ruang2 berita yang kite entah tahu betulnya entahkan tidak.kita duduk sebentar dan merenung sejenak asal kejadian kita,sebab apa kita diciptakan dan tujuan apa kita diciptakan.ketahuilah wahai saudara2 ku sekelian sesungguhnya Allah tidak mencipta kita ini dengan sia-sia.Semuanya ada tujuan,sebenarnya tujuan penciptaan kita ini ialah untuk menjadi hamba Allah,untuk menyembah Allah dan untuk mengabdikan diri kita kepadaNya.Kita telah di hantar ke dunia ini dan kita juga akan dipanggil balik ke tempat dari mana kita berasal.Teringat bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramle di dalam kisah labu dan labi iaitu "Tiap insan....hai tidak lah kekal...pastikan pulang di mana berasal...."

Jika kita lihat di dalam tubuh badan kita terdapat baaaaaanyakk kehebatan dan keagungan ciptaan Allah yang boleh kita lihat dan kita renung.Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki semuanya dapat menjadi bukti bagi kita untuk mengenali siapa pencipta kita,siapa Allah Tuhan yang kita sembah tu,Apa kehebatannya dan banyak lagi persoalan yang mungkin timbul.Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda "Untuk mengenali Allah hendaklah kita mengenali diri kita dahulu"(betulkan saya jika saya tersilap) ini membuktikan di dalam penciptaan manusia terdapat banyak keajaiban yang boleh kita lihat......





bersambung....

Tiada ulasan: