Sabtu, 8 Oktober 2011

Adab Murid Terhadap Guru




  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan(mengikut jantina)


  • Jangan bercakap ketika guru sedang mengajar


  • Jangan bertanya jika tidak diarahkan oleh guru


  • Jangan bercakap jika tidak ditanya/disuruh


  • Jangan membangkang kata-kata guru


  • Jangan mengumpat pelajar lain di hadapan guru


  • Jangan berbisik-bisik di hadapan guru


  • Jangan menoleh ke tempat lain ke kiri atau ke kanan ketika guru sedang mengajar


  • Berikan sepenuh tumpuan dan perhatian ketika guru sedang mengajar walaupun guru itu mengajar perkara yang sama 1000 kali.


  • Jangan menyoal guru ketika guru kepenatan


  • Berdiri apabila guru bangun sama ada ketika guru bangun untuk keluar atau masuk


  • Rujuk guru dalam memilih ilmu


  • Jangan duduk di tempat guru duduk


  • Jangan berjalan di hadapan guru tanpa meminta keizinan terlebih dahulu


  • Jangan memanggil guru datang menemuinya sebaliknya dialah yang perlu pergi mendapatkan guru


  • Selalulah minta halal akan segala ilmu yang guru telah berikan padanya,lebih-lebih lagi ketika hampir musim peperiksaan.


  • Hormati guru dan anak-anak mereka.

P/S:Buat guruku yang ku hormati cikgu rodziah,cikgu ghani,cikgu zubir,cikgu zaharah,ustaz roslan,ustaz shahbuddin,ustaz yusof,cikgu rashid,cikgu fairus,cikgu om,cikgu salehuddin,cikgu basharuddin,cikgu murad,cikgu mazlan dan banyak lagi guru2ku dari sekolah kebangsaan Tunku Raudzah,Sekolah Menengah Dato' Syed Omar,Sekolah Menengah Vokasional Jalan Stadium,Kolej Sultan Abdul Hamid dan pensyarah-pensyarah ku di POLIMAS hanya satu ungkapan ku "Semoga Allah Merahmati Kalian Semua Di Dunia dan Di Akhirat" tanpa kalian semua siapalah aku pada hari ini..... :).




Kepada pembaca semua sayangilah guru anda kerana mereka adalah 'insan kedua' yang telah mendidik anda selepas kedua ibu bapa anda untuk menjadi manusia.Tiada guru yang nak tengok anak muridnya menjadi rosak.Buat guru-guru semua teruskanlah perjuangan mendidik anak bangsa mu.

Tiada ulasan: