KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan hidup. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.Saudara/i kena ingat,orang yang sentiasa berada di dalam wudhuk akan dijauhi dari gangguan syaitan yang mana syaitan akan sentiasa membisik kepada kita agar melakukan sesuatu diluar jangkaan yang kelak menyebabkan kita menyesal selama-lamanya.
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu kerana di dalamnya terdapat ayat-ayat yang dapat memujuk diri kita dengan syarat bila baca al-quran itu perlulah diikuti dengan membaca terjemahannya sekali.
Banyakkan solat sunat
Mengadulah apa sahaja yang berlaku kepada Tuhan kita iaitu Allah s.w.t , biar pun kita akan dikatakan seperti 'orang gila' namun kita disuruh membanyakkan doa dan pengaduan kepada-Nya dengan memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat,solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.Kita amat digalakkan untuk menunaikan solat sunat tahajjud kerana kesannya terhadap jiwa kita amat besar,jiwa kita akan menjadi kuat dan semangat kita akan menjadi kental.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Jangan menambah stress dengan melakukan maksiat
Ramai di antara kita yang tersalah memilih cara untuk menghilangkan stress,ada di antara kita yang menghabiskan masa semalaman di kelab-kelab malam dengan meminum arak,mengambil pil-pil khayal dan sebagainya dengan menyangka ianya akan dapat menghilangkan stress.Namun dengan tindakannya sedemikian akan menyebabkan stressnya itu akan makin bertambah.Mungkin stressnya akan hikang sekejap pada ketika itu tetapi ianya akan kembali semula.Jadi,elakkan dari lari dari stress dengan cara yang demikian.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh dan badan pun akan menjadi sihat.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Tekanan punya pasal ada di antara kita yang sanggup mengambil makanan secara berlebihan.Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Menangislah dengan sepuas hati
Berilah peluang kepada diri mu untuk menangis semahunya,kerana dengan menangis akan dapat mengurangkan tekanan.Biarkan tekanan itu mengalir bersama dengan air mata.Namun kita dilarang meratapi apa yang telah berlaku tetapi kita tidak dilarang untuk menangis.Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.Apabila kita gagal,kita perlu bangkit kembali memperbaiki diri.Seandainya kita kurang ilmu pelajarilah,seandainya kita kekurangan penampilan perbaikilah mudah-mudahan keesokannya kita akan bangun sebagai diri kita yang baru.
Cintai diri sendiri tetapi jangan pentingkan diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.Namun jangan pula kita ambil sikap pentingkan diri sendiri kerana nanti kita akan bertambah dibenci oleh orang lain ini akan mengakibatkan hidup kita kembali stress.
Pandanglah ke hadapan
Yang lepas tu biarlah lepas pandanglah kehadapan janganlah anda toleh lagi ke belakang melihat perkara yang telah berlaku kerana semua itu telah ditetapkan oleh Allah untuk berlaku ke atas diri anda.Janganlah dilihat dan dikenang kerana orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa memandang ke hadapan sebab ada perkara yang lebih besar yang perlu kita hiraukan iaitu ke manakah kita selepas kita mati nanti.Jadi,baba dunia ini adalah bab yang kecil bab yang besar ialah mengenai alam akhirat kita.Oleh itu,sementara masih bernyawa teruskanlah kehidupan mu.seperti kata Umar Al-Khattab r.a :
"Seandainya kamu mengetahui esok itu akan berlakunya kiamat tetapi hari ini kamu mempunyai benih pokok untuk ditanam maka tanamlah kerana janganlah engkau hiraukan dengan perkara yang tetap akan berlaku"
Kesimpulannya, tekanan hidup bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
wallahu'alam....
Di olah dari sumber :http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/tips-menghadapi-tekanan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan