Sabtu, 26 November 2011

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun





Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarganya dan sahabatnya seluruhnya.
Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka


Doa Awal Tahun


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarganya dan sahabatnya seluruhnya.Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMU untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tiada ulasan: