Selasa, 29 November 2011

Hadis Nabi Mengenai Fitnah(Kekacauan) Menjelang Hari Kiamat





Di Dalam sebuah hadis,Riwayat Abi Bakrah r.ahu katanya :


Berkatalah Rasulullah s.a.w "Menjelang kiamat,akan berlaku banyak fitnah(kekacauan),ketahuilah akan berlaku satu fitnah(kekacauan) yang teruk.Bila berlakunya kekacauan yang teruk itu,orang yang duduk (tinggal dirumahnya) lebih baik daripada orang yang berjalan(untuk pergi ambil tahu),Orang yang berjalan(pergi ambil tahu) lebih baik dari orang yang berlari(untuk terlibat dalam kekacauan tersebut).Ketahuilah,jika ditakdirkan fitnah itu berlaku ketika zaman kamu masih hidup,maka sesiapa yang ada unta maka sibukkanlah dirinya dengan mengembala unta,kalau kamu ada kambing jagalah kambing kamu itu.Sesiapa yang tidak ada unta dan tidak ada kambing tetapi dia ada tanah,maka sibukkanlah dirinya dengan membuat kerja tanah (bercucuk tanam,dsbgnya).


Kata Abu Bakrah :Seorang lelaki bangun dan bertanya kepada Nabi s.a.w "Ya Rasululllah, apa pula pendapat mu sekiranya orang itu tiada unta,tiada kambing dan tiada tanah untuk disibukkan pendek kata dia tiada kerja untuk dibuat?"


Maka berkatalah nabi s.a.w :" Jika dia tidak ada apa-apa untuk disibukkan bagi dirinya akan sesuatu,maka pergilah ia ambil pedangnya lalu tetakkanlah pedang itu ke batu agar ia menjadi sumbing,tumpul dan rosak kemudian dengan sedaya upayanya hindarkan diri dari terlibat dengan fitnah itu"kemudian nabi s.a.w bersabda : "Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh.Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh.Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh"


Lalu bangun seorang sahabat bertanya :"wahai rasulullah,apa pula pendapat kamu jika aku dipengaruhi oleh salah satu dari puak-puak yang berbalah itu dan aku terpengaruh dan aku turut serta di dalam perbalahan itu dan aku ditetak oleh puak yang satu lagi itu atau aku terlibat sehingga aku terkena anak panah dari puak yang satu lagi itu dan aku terbunuh di dalam perbalahan itu,apakah pendapatmu Ya Rasulullah?


Maka jawab Nabi s.a.w : "Si pembunuh itu akan kembali ke akhirat memikul dosa kamu dan dosa dirinya sendiri (akibat pembunuhan itu) dan dia akan jadi ahli neraka"




Hadis ini Hadis Sahih riwayat Imam Muslim

Tiada ulasan: