Khamis, 1 Disember 2011

Kecintaan Kanak-kanak di zaman Rasulullah pada syahid



Pada zaman Rasulullah,telah tercetus satu peperangan yang agak besar iaitu peperangan di antara tentera islam dan kafir.Sebelum pergi berperang,adalah menjadi kebiasaan Nabi menyeru seruan jihad kepada para sahabat.Baginda akan mengumpulkan para-para sahabat untuk dipilih siapa yang layak untuk pergi berjuang bersama-sama baginda.


Ketika mana baginda Nabi s.a.w melaungkan jihad(menyeru sahabat untuk pergi berperang) dengan bersabda:


Nabi s.a.w :"Di antara semua yang hadir ini,siapakah yang bersedia menyertai ku di dalam peperangan nanti?"


Maka ramai sahabat-sahabat nabi yang menawarkan diri ingin turut serta di dalam peperangan tersebut.Di dalam ramai-ramai yang menawarkan diri untuk pergi berperang itu ada seorang kanak-kanak lelaki melompat-lompat agar dirinya dapat dilihat oleh Rasulullah dengan harapan dirinya terpilih untuk menyertai peperangan itu.


Lalu baginda s.a.w bersabda : "Wahai Anak ku,buat masa sekarang engkau tidak lagi diwajibkan berperang atas dirimu"


Kanak-kanak Lelaki: "Boleh lah Ya Rasulullah kan aku sekarang sudah besar,izinkanlah aku menyertai peperangan ini bersama-sama dengan mu"


Rasulullah s.a.w bersabda : "Wahai anak ku, engkau terlalu kecil untuk menyertai peperangan"


Lalu semenjak itu, kanak-kanak itu tidak berhenti menangis,tidak memperdulikan siang atau malam.Bila ditanya kenapa jawapannya hanya satu "Aku ingin menyertai Rasulullah berperang".Lalu hal ini telah disampaikan kepada Nabi s.a.w,lantas baginda memanggil kanak-kanak itu dan bertanya :"Benarkah kamu benar-benar ingin mengikut ku berperang?"."Sudah tentu Ya Rasulullah,kerana itulah impianku"jawab kanak-kanak itu.Maka Rasulullah s.a.w pun berkata :"Baiklah,engkau boleh turuti aku".Maka kanak-kanak itu berhenti menangis dan bersorak gembira kerana dia telah diizinkan Nabi s.a.w untuk turut bersama-samanya pergi beperang.Beliau pun pulang ke rumah menyediakan peralatan peperangan seperti baju besi,pedang,perisai dan sebagainya.Namun pakaiannya terlalu longgar disebabkan tubuhnya yang masih kecil.


Ketika berlakunya pertempuran yang hebat itu,kanak-kanak tersebut adalah di antara sahabat Nabi s.a.w yang begitu berani melawan musuh.Namun, ketika pertempuran berlaku beliau telah ditetak oleh pedang salah seorang tentera musyirikin.Ketika mana beliau masih bernafas,Rasulullah s.a.w sempat memangkunya.Ketika Rasulullah memangku kanak-kanak tersebut dia senyum dan sempat bertanyakan Nabi s.a.w :"Ya Rasulullah,hajatku untuk menyertai mu di dalam peperangan telah tercapai,Bolehkah aku bertanyakan sesuatu pada mu?" Baginda s.a.w menjawab ; "silakan wahai anak ku" Lalu kanak-kanak itu pun bertanya "adakah aku akan dapat masuk syurga??" Rasulullah s.a.w bersabda "Bahkan wahai anak ku engkau pasti akan masuk syurga"Lalu kanak-kanak itu memberi senyuman dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.Allah yang Maha Berkuasa telah membuka hijab mata Nabi s.a.w.


Nabi s.a.w dapat melihat,roh kanak-kanak itu telah disambut oleh seekor burung yang berwarna hijau.Burung itu telah meletakkan roh kanak-kanak itu didalam mulutnya lalu membawa roh kanak-kanak itu terbang di dalam syurga.


Wallahu'alam....


P/S : Subhanallah....hebatnya semangat jihat para sahabat r.ahuma

Tiada ulasan: