Sabtu, 4 Ogos 2012

Kelebihan Beristighfar

 
 
KELEBIHAN ISTIGHFAR

~Peroleh keutamaan daripada ALLAH dan anugerahNya
~Meruntuh tipu daya Iblis dan menghancurkan kesesatan2 yang disuruhkannya.
~Hilangkan kesusahan,luaskan rezeki dan penuhi hajat.
...
~Hilangkan kemarahan dan ketidaksabaran.

~Mensucikan diri dari kesalahan.

~Mencegah Malaikat menulis kesalahan.Apabila seorg hamba berbuat dosa,maka berhentilah malaikat seketika dari menulis kesalahan itu dalam buku catatan amalan seseorang itu,menunggu sama ada orang yang berdosa itu beristighfar.Jika dia beristighfar,dan menyesali perbuatannya,maka tidaklah ditulis dosanya itu.
~Bersihkan hati dari lalai dan melicinkan hati dari kelupaan.
~Mendekatkan diri dengan ALLAH.
~Mengkifarahkan 10 dosa.
~Menjadi asbab/penyebab taubat diterima dan memperolehi "HUSNUL KHATIMAH".
~Memperolehi keselamatan dan kesejahteraan.

Rasulullah saw bersabda:

"Bahawasanya ALLAH mengangkat darjat seseorang hambaNya di dalam Syurga,maka si hamba itu bertanya dari manakah saya memperolehi darjat ini Ya Tuhanku?

Jawab ALLAH swt : "Darjat ini kamu perolehi dari istighfar yang dilakukan oleh anakmu."

Tiada ulasan: