Sabtu, 4 Ogos 2012

Petua Rasulullah Untuk Pesakit Kronik


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

...
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.Amin..
 
Sebenarnya dari sudut perubatan apabila kita melakukan solat malam,perasaan kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.Ini akan memberi masa kepada sistem imunisasi badan kita untuk melakukan 'kerja'nya iaitu merawat tubuh badan kita dengan lebih berkesan.Bagi mereka yang menghidap kanser, menghadapinya dengan tenang akan dapat memanjangkan jangka hayatnya.
 
Terdapat juga kes-kes ade pesakit-pesakit kanser telah sembuh sepenuhnya,yang penting kita perlu berusaha mencari ubat dan bertawakkal kerana sabda Nabi s.a.w "Tidak diturunkan sesuatu penyakit itu melainkan diturunkan bersama-samanya ubat".Solat malam adalah salah satu cara untuk mengubati penyakit.

Tiada ulasan: