Jumaat, 6 Jun 2014

BERKAT SEDEKAH


 
Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas di berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain amat menyayangi anaknya itu.
Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman ALLAH SWT

"Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar da...n mengerjakan solat - Surah Al Baqarah ayat 45.

Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili ra yang menyebut sabda Rasulullah SAW "ubatlah orang sakit diantara kalian dengan bersedekah"

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau hari bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga ALLAH SWT segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberikan daging itu kepada kucing yang lapar tadi.

Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita...
"Ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba se-ekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun secara tiba-tiba datang se-ekor kucing yang menerkam. Burung itu lari"

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokkanya dengan izin ALLAH, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya : "Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Rasulullah SAW menjawab : Bersedekahlah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si polan.. sekian untuk si polan dan sekian lagi untuk si polan "- Hadis Riwayat Al-Bukhari

Tiada ulasan: