Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad
SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku
telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan……..”
1-Aku telah melihat
seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg
amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang
dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan
oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS
kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana
umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku
ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di
halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku
cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di
sebelahku.
7-Aku melihat seorang
dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia
sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang-benderang.
8-Aku melihat umatku
cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas
bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku
sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya
dari bahaya api tersebut.
Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku
kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan