Rabu, 2 Julai 2014

Bagaimana Allah Menjalankan KeadilanNya

Tersebut sebuah kisah,Satu hari Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah s.w.t tentang bagaimanakah Allah s.w.t melakukan keadilan terhadap hamba-hambanya.
Maka firman Allah s.w.t wahai musa,adakah engkau tidak yakin dengan Ku.
Berkata Musa a.s :"Bukan begitu wahai Allah,aku hanya ingin menambahkan lagi keyakinanku."
Allah s.w.t berkata :"Kamu tidak akan dapat bersabar."
Nabi Musa a.s berkata :"InshaAllah dengan kudrat dan iradat mu aku akan dapat bersabar"
Berkatalah Allah s.w.t: "Jika begitu esok hari hendaklah engkau pergi ke tempat yang mempunyai mata air,engkau duduk di situ dan perhatikanlah apa yang akan berlaku."
Maka berjalanlah Nabi Musa a.s mencari tempat yang ada mata air maka bertemulah baginda dengan tempat yang diperintahkan itu.Tidak lama kemudian Nabi Musa a.s telah melihat seorang lelaki yang menunggang kuda berhenti untuk minum air dan bersembahyang dekat mata air itu,bersamanya dibawa satu bungkus wang dinar dan diletaknya disebelahnya.setelah selesai minum air dan sembahyang lelaki itu tergesa-gesa meninggalkan tempat itu tanpa mengambil bungkusannya.Tidak lama kemudian datanglah seorang budak lelaki minum air dan mengambil bungkusan itu lalu pergi.Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki tua yang buta datang untuk minum dan sembahyang.Setelah lelaki buta itu selesai solat,maka datanglah lelaki yang berkuda tadi ke tempat itu lalu bertanya kepada lelaki buta itu
Lelaki Berkuda:"wahai orang tua,Adakah kamu nampak bungkusan aku di sini tadi?"
Lelaki Buta:"Tidak" 
Lelaki Berkuda: "kamu berbohong!"
Lelaki Buta: "tidak!aku tidak berbohong masakan aku nampak sedangkan aku tidak dapat melihat?"
Lelaki Berkuda: "Kalau bukan engkau yang ambil siapa lagi tidak ada orang lain lagi melainkan engkau seorang sahaja di sini yang aku lihat!"
Lalu dibunuhnya lelaki buta itu oleh lelaki berkuda itu dan dia pun beredar meninggalkan mayat lelaki buta itu terbaring di situ.Melihat peristiwa itu maka Nabi Musa a.s pun bertanya kepada Allah apakah cerita disebalik kejadian itu.Maka Allah s.w.t memerintahkan malaikat jibril a.s menerangkan apakah hikmah disebalik kejadian itu.Maka berkatalah jibril a.s adapun budak lelaki itu ialah anak yatim,ayah budak lelaki itu pernah bekerja dengan lelaki yang berkuda itu tetapi lelaki berkuda itu tidak membayar gajinya,jumlah gaji ayah budak itu ialah sebanyak wang dinar yang ada dalam bungkusan lelaki itu maka Allah s.wt telah memberikan hak budak itu kepadanya.Ada pun lelaki yang buta itu ialah orang yang membunuh ayah budak lelaki itu ketika waktu celiknya dan dia telah dibunuh oleh lelaki yang menunggang kuda itu sebagai balasan dari perbuatannya membunuh ayah budak lelaki itu,dengan terjadinya peristiwa itu masing2 telah mendapat haknya.

Tiada ulasan: