Selasa, 1 Julai 2014

Perkara Makruh Ketika Berpuasa

Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa :
1)Menguyah sesuatu, tanpa terpisah dari bahan itu sesuatu masuk ke dalam rongga. Jika masuk, maka batallah puasanya.

2)Merasa makanan, tanpa sebarang keperluan serta tidak masuk sesuatu dari makanan itu kedalam rongga. Jika ada keperluan, maka tidak makruh hukumnya.

3)Berbekam, iaitu mengeluarkan darah dari tubuh bdan. Hukumnya makruh kerana mengelakkan khilaf pandangan yang mengatakan berbekam boleh membatalkan puasa, disamping ianya boleh melemahkan individu tersebut. Sebagaimana makruh untuk berbekam, begitu juga makruh hukumnya membekami orang lain.

4)Mengeluarkan air yang diminum dari mulut setelah berbuka, kerana akan keluar bersama air itu keberkatan puasa.

5)Mandi dengan cara menyelam, walaupun mandi itu adalah mandi wajib.

6)Bersiwak setelah matahari tergelincir, kerana ianya akan menghilangkan bau mulut yang ada disebabkan puasa. Namun Imam Nawawi memilih untuk mengatakan ianya tidak makruh.

7)Terlalu kenyang, banyak tidur dan melakukan perkara yang tidak bermanfaat, kerana perbuatan-perbuatan ini akan menghilangkan faedah berpuasa.

Melayan syahwat yang diharuskan seperti bauan, pandangan dan pendengaran.
KTS - Bab Puasa
Semoga bermanfaat untuk meningkatkan lagi mutu ibadah puasa kita

Tiada ulasan: