Selasa, 2 Disember 2014

Kisah seorang kaya dan seorang miskin

Di dalam sebuah kampung, ada dua buah keluarga yang tinggal bersebelahan.Keluarga yang pertama ialah keluarga yang kaya manakala keluarga yang kedua pula ialah keluarga yang miskin.Namun, keluarga yang miskin ini mempunyai ahli keluarga yang memiliki badan yang agak berisi. Hal tersebut telah menjadi kehairanan kepada jirannya yang kaya itu.Suatu hari,si kaya telah bertanya kepada si miskin....

Si Kaya : "Wahai orang miskin, aku melihat kamu dan ahli keluarga mempunyai badan yang agak berisi jika nak dibandingkan dengan keluarga aku kenapakah jadi begitu?"

Si Miskin : "Oh itu senang saja,sewaktu isteri mu memasak bau masakan isteri mu itu telah sampai ke rumah kami jadi pada ketika itulah kami makan nasik"

Si kaya : "Adakah itu sebabnya keluargamu memiliki badan yang gemuk?

Si Miskin : " Ya!"
 
Si kaya : "Oh...jika begitu kamu telah mencuri bau makanan dari rumah aku. Aku akan adukan hal ini kepada Hakim "

Maka pergilah si kaya membuat aduan kepada hakim mengenai hal itu.Dia telah menuduh si miskin telah mencuri bau makanan dari rumahnya sehingga menjadikan mereka seisi keluarga berbadan gemuk.Setelah menceritakan apa yang telah berlaku hakim pun memerintahkan si miskin di tangkap untuk dibicarakan.

Tuan Hakim : "Wahai kamu yang miskin,benarkah kamu mencuri bau masakan dari rumah si kaya? "

Si Miskin : "Benar tuan hakim,tapi saya tidak mengambil apa-apa makanan dari rumah nya hanya baunya sahaja"

Tuan Hakim : "Tahukah kamu,itu juga dikira sebagai mencuri! Oleh itu kamu akan didenda! Jumlah denda yang dikenakan ke atas kamu ialah sebanyak 6000 dinar dan cara kamu membayar denda itu ialah kamu hendaklah menghempaskan duit dinar itu satu persatu ke atas batu dan pastikan si kaya ini dapat mendengar bunyi jatuhan wang dinar itu"

Si kaya : " Terima kasih tuan hakim,tapi kenapa pulak si miskin ini perlu menghempaskan wang dendanya itu ke batu kenapa tidak diberikan sahaja kepadaku? "

Tuan Hakim : "Padanlah dengan hukuman itu!Disebabkan si miskin itu hanya ambik bau saja dari rumah kamu jadi engkau pun ambiklah bunyinya sahaja! "

Si kaya : @#$%^&*!!

Moral : Berbuat baiklah sesama jiran lebih-lebih lagi jiran yang miskin

Tiada ulasan: