Sabtu, 17 Januari 2015

Ajal

Suatu hari,ketika Nabi Sulaiman a.s telah selesai mengadakan kuliah atau kelas pengajian kepada umatnya datanglah seorang lelaki menemuinya dan berkata : 

Lelaki : "Wahai Nabi Allah,ketika tuan sedang memberi kuliah tadi saya perasaan ada seseorang asyik memandang saya dengan tidak berkelip-kelip dan saya tidak tahu siapakah dan mengapa lelaki itu asyik memandang saya sampai sebegitu rupa"

Nabi Sulaiman a.s : "Tahukah kamu siapakah orang yang kamu maksudkan itu?"

Lelaki : "Siapakah dia Wahai Nabi Allah?"

Nabi Sulaiman a.s : "Itulah malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawa mu"

Mendengar pernyataan Nabi Sulaiman itu lelaki itupun menjadi takut dan merayu kepada Nabi Sulaiman.

Lelaki :"Betulkah begitu wahai Nabi Allah?Jika begitu selamatkanlah aku hantarlah aku ke mana sahaja"

Nabi Sulaiman a.s : "Kamu mahu aku menghantarmu ke mana?"

Lelaki : "Hantarlah aku ke negeri Yaman"

Nabi Sulaiman a.s : "Baiklah,aku akan menghantar mu ke Yaman"

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan angin untuk menerbangkan lelaki itu ke negeri Yaman

Tidak berapa lama kemudian Nabi Sulaiman a.s telah didatangi lelaki yang dimaksudkan oleh lelaki tadi yang tidak berkelip memerhatinya itu.

Nabi Sulaiman a.s : "Apakah perkhabaran sahabat ku itu?"

Malaikat Maut : "Wahai Nabi Allah,aku telah mencabut nyawa di Yaman"

Nabi Sulaiman a.s :" Jika begitu mengapa kamu berada di sini tadi?"

Malaikat Maut : "Aku telah diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawanya di Yaman tetapi aku hairan kenapa dia masih berada di sini"

Pengajaran:
Firman Allah :
"Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan."

(Surat al-Jumu'a: 8)

Tiada ulasan: