SUNNAH YANG SUNNAH !
“Dari Ibnu Abbas ra. Bahawa Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid”. (HR : Baihaqi)
Al-Sunnah pada lughah (bahasa) membawa maksud perilaku, norma, peraturan dan amalan. Al-Sunnah juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan atau tindak tanduk sama ada baik atau buruk. Juga diertikan sebagai lawan kepada perkataan bid’ah (Al-Siba’i 1978: 48)
PENCERAHAN :
Dari segi istilah syarak pula, ia ditakrifkan dengan definisi yang berbeza mengikut pandangan ulama yang berlainan iaitu pandangan Ulama Fiqh, Ulama Usul dan Ulama Hadis :
1) Al-Sunnah Menurut Ulama Fiqh.
Ulama fiqh mentakrifkan al-Sunnah sebagai sesuatu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW yang menetapkan hukum yang termasuk dalam Ahkam Al-Khamsah (hukum yang lima) seperti wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Pengertian ini sesuai dengan ulama fiqh yang melihat kedudukan Rasulullah itu sendiri yang merupakan sebagai seorang pembuat dasar atau Musyarri’.
2) Al-Sunnah Menurut Ulama Usul.
Ulama usul mentakrifkan al-Sunnah sebagai setiap yang datang daripada Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sebagai dalil hukum syarak (Wahbah al-Zuhaili 1986 1:450). Dalil-dalil ini dapat daripada kata-kata, perbuatan dan perakuan yang bukan merupakan mukjizat. Mereka melihat Nabi sebagai Sahib al-Tashri’ yang menetapkan kaedah-kaedah bagi para mujtahid untuk mengambil hukum.
3) Al-Sunnah Menurut Ulama Hadis.
Al-Sunnah adalah setiap yang diriwayatkan daripada Nabi sama ada kata-kata, perbuatan, perakuan, kelakuan, sifat kejadian, sifat akhlak dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sebelum kerasulannya mahupun selepasnya dan sama ada sunnah tersebut mensabitkan hukum syarak atau sebaliknya (Abbas Mutawalli t.t: 23).
Ulama hadis masing-masing memandang Nabi itu sebagai Al-Imam Al-Hadi iaitu pemimpin yang membawa petunjuk ke jalan yang benar.
Menurut Dr. Abd. Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Sunnah terbahagi kepada tiga, iaitu:
1. Sunnah QAULIYYAH.
Segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi SAW yang bertujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu hukum atau sesuatu tindakan agar umatnya melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.
2. Sunnah FI'LIYYAH.
Segala bentuk perbuatan Nabi SAW, sama ada dari segi ibadah, muamalah, pemerintahan seperti solat, berwuduk dan sebagainya. Namun tidaklah semua perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah. Ini kerana Sunnah Fi’liyyah terbahagi kepada tiga iaitu :
a) Perbuatan semula jadi (الأفعال الجبليه). Iaitu perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Nabi SAW secara semula jadi dan tabiat manusia seperti makan, minum dan sebagainya. Secara hukumnya, perbuatan ini tidaklah dianggap sebagai syariat tetapi ia harus diikuti.
b) Perbuatan-perbuatan yang mempunyai dalil yang hanya ditentukan untuk Rasul sahaja. Hukumnya adalah haram bagi umatnya. Contohnya, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih daripada empat dan lain-lain lagi.
c) Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Rasulullah SAW yang bertujuan untuk disyariatkan dan dijadikan sebagai rujukan.
3. Sunnah TAQRIRIYYAH.
Perakuan Nabi SAW terhadap percakapan, perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabatnya sama ada melalui perakuan Baginda secara terus terang atau dengan mendiamkan diri. Contoh, perakuan Nabi SAW terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sahabatnya Muaz b. Jabal iaitu berijtihad ketika ketiadaan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga tentang hukum memakan Dabb (biawak padang pasir)
Ada juga ulama yang membahagikan sunnah kepada tiga seperti di bawah :
1) Sunnah SURAH : Iaitu fizikal atau luaran nabi seperti rambut nabi, janggut nabi, pakaian nabi, serban nabi, shawl nabi, selipar nabi, celak nabi dan sebagainya.
2) Sunnah SIRAH : Iaitu aktiviti harian nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara berist injak, bacaan al-Quran nabi, solat nabi, qiamullail nabi dan lain-lain lagi.
3) Sunnah SARIRAH : Iaitu perkara spiritual atau dalaman nabi seperti zikir nabi, pedih hati nabi, tangisan hati nabi, kerisauan nabi terhadap umat, kepedihan hati nabi melihat kerosakan umat, kebencian nabi terhadap kemungkaran dan seumpamanya lagi.
KESIMPULAN :
Pastinya besar ganjaran bagi mereka yang dapat amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW di akhir zaman ini. Semoga kita sama-sama mengamalkan sunnah seberapa banyak yang mungkin, dengan istiqamah.
Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Wallahu A'lam.
Sumber : FB Ustaz Hasnan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan