Suatu hari datanglah Nabi Musa a.s kepada seorang lelaki dan bertanya:
Nabi Musa :"Wahai orang muda, jika kamu diberi pilihan sama ada engkau ingin menjadi miskin dahulu baru kaya ataupun engkau mahu menjadi kaya dahulu baru engkau jadi miskin mana satukah yang engkau akan pilih?"
Pemuda : "Wahai Nabi Allah,jika aku diberi pilihan manakah yang perlu ku pilih untuk menjadi kaya dahulu baharu miskin atau menjadi miskin dahulu baharu kaya maka aku akan memilih untuk menjadi kaya dahulu barulah aku mahu jadi miskin"
Nabi Musa a.s : "Baiklah,jika begitu aku akan berdoa kepada Allah agar 30 Tahun pertama ini engkau akan menjadi seorang yang kaya raya tetapi selepas 30 tahun itu kau akan menjadi seorang yang miskin"
Setelah itu,Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada lelaki itu selama 30 Tahun.Dalam tempoh 30 Tahun itu lelaki tu telah menjadi seorang yang kaya raya.
Masa berlalu begitu pantas,30 tahun sudah berlalu maka Nabi Musa a.s menunggu ketika lelaki itu menjadi miskin tetapi lelaki itu tidak juga menjadi miskin.Terdetik di dalam hati Nabi Musa a.s mengapakah lelaki tu tidak miskin-miskin sedangkan tempoh 30 tahun telah berlalu lalu Nabi Musa a.s menanyakan kepada Allah tentang keadaan lelaki tu mengapa dia masih tidak miskin setelah tempoh kayanya sudah tamat.Maka Allah s.w.t berkata kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa,sesungguhnya Aku malu untuk memiskinkan dia disebabkan ketika Aku berikan kepadanya kekayaan dia sering bersedekah dan membantu sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan"
P/S : Kisah ini ialah kisah israeliat iaitu kisah-kisah yang berlaku pada zaman bani israel.Cerita israeliat ini diceritakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, ia boleh didengar dan diambil pengajaran,jangan ambik 100% ataupun menolaknya 100%.Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan