Seorang gadis datang
menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket
bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku,
kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu
sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang
berlaku padanya."Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan
aku menanggung kesakitan ini."
"Jika tidak jadi keberatan,
ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan
penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana
dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak
sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala
kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus
mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu
penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal.
Lalu aku bertanya kpd ayahku "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya "Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik
air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang
diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah
bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,
"Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya
terampun..INSYAALLLAH."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan