Sabtu, 3 Januari 2015

Mengapa Doaku Tidak Diterima?

Menurut Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi yang terkenal telah menyatakan ada 10 sebab mengapa doa kita tidak diterima iaitu :

1)Engkau mengenal Allah tetapi engkau tidak menunaikan hakNya

2)Engkau mengaku engkau mencintai Rasulullah s.a.w tetapi engkau tidak beramal dengan sunnah-sunnahnya

3)Engkau selalu membaca Al-Quran tetapi engkau tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.

4)Engkau selalu mendapat nikmat daripada Allah s.w.t tetapi engkau tidak mensyukurinya.

5)Engkau tahu syaitan itu adalah musuh mu tetapi kamu tidak berusaha untuk menentangnya.

6)Engkau tahu syurga itu wujud di dalamnya terdapat bermacam-macam nikmat tetapi engkau tidak berusaha untuk mendapatkannya.

7)Engkau tahu neraka itu wujud di dalamnya terdapat pelbagai seksaan tetapi engkau tidak berusaha untuk menjauhinya.

8)Engkau tahu bahawa mati itu benar tetapi engkau tidak bersedia untuk menghadapinya.

9)Engkau sering menceritakan keburukan orang tetapi engkau melupakan keburukan diri sendiri.

10)Engkau mengkebumikan mayat tetapi engkau tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Tiada ulasan: