AMBILLAH KESEMPATAN,PELUANG UNTUK MENGAJAK ORANG LAIN KEPADA KEBAIKAN KERANA TAK ADA SESUATU YANG SANGAT DIMULIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA BERBANDING DARIPADA SESEORANG ITU MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TA'ALA.
Di dalam berdakwah.Tugas pertama sekali adalah mengajak kepada yang baik dahulu.Kerana?Kerana mengajak kepada kebaikan itu adalah lebih mudah.Dan itu adalah kunci utama di dalam dakwah sebab fitrah manusia ini adalah suka kepada kebaikan.Walaupun tidak kira orang itu bagaimana sekalipun,jahat macam mana sekalipun.
Tetapi fitnahnya adalah suka kepada kebaikan.Yang mana Allah سبحانه وتعالى janjikan kepada orang yang berdakwah ini dengan ganjaran-ganjaran yang besar.Yang mana ianya juga disebutkan suatu jalan yang mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
Kita ini sebenarnya kita ingin mendekatkan diri kita kepada yang kita cinta yang kita sayang yang kita suka.Itu adalah ciri kita.Oleh kerana itulah tiada yang lebih kita cintai dan yang paling kita puja yang paling kita imani adalah Allah سبحانه وتعالى.
Sebab itu di antara seseorang yang berjaya yang hebat itu adalah apabila dia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah سبحانه وتعالى.Memang nak mendekatkan diri kepada Allah dengan solatnya,tahajud,zikir dan sebagainya.Itu adalah jalan untuk mendekatkan kepada Allah.
Tetapi di antara jalan yang dapat mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada Penciptanya yakni Allah itu adalah dengan berdakwah.Dengan mengajak orang kepada kebaikan kerana tak ada sesuatu yang sangat dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding daripada seseorang itu membawa kebaikan kepada orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
Kita mengajak orang lain kepada kebaikan.Hadir ke masjid,hadir ke majlis talim,majlis ilmu dan kepada perkara-perkara kebaikan.Kita tak mampu memberikan hidayah orang lain kerana itu adalah milik Allah سبحانه وتعالى.
Tetapi kita ini boleh menjadi asbab turunnya hidayah Allahسبحانه وتعالى kepada orang lain.Kita ajak sahaja orang nak pergi ataupun tidak itu terpulang kepadanya.
Hari ini ramai yang malu untuk mengajak kepada kebaikan.Memang malu itu adalah salah satu cabang daripada iman.Tapi malu untuk mengajak kepada kebaikan yang ada sekarang ini yang salah.
Nak ajak pergi masjid kita malu.Kita nak ajak orang buat baik kita takut nanti orang kata kita alim.Kita takut dengan label,gelaran yang orang berikan kepada kita tapi kita ajak kepada perkara yang bukan-bukan kita tak malu.
Nak ajak untuk tengok bola kita tak malu.Nak ajak untuk tengok wayang kita tak malu.Nak ajak orang kepada perkara-perkara lagho yang tak ada faedah kita tak rasa malu.
Malu itu kena letak pada tempatnya.Malu untuk bermaksiat kepada Allah سبحانه وتعالى.Malu untuk buat yang bukan-bukan.Malu dalam perkara yang mengaibkan yang bertentangan dengan syarak.
Jangan malu untuk mengajak kepada kebaikan.Itu merupakan satu anjuran kepada kita untuk berbuat baik,mengajak kepada kebaikan bukannya kita nak rasa bangga.
Tapi itu adalah peluang untuk kita dapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى.Bahkan kita nak keluarkan diri kita daripada orang yang rugi.Siapa orang yang rugi itu?
Iaitu orang yang tidak mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kepada kemungkaran.
Oleh itu barangsiapa yang menjadikan dakwah itu sebagai tujuan dan tugasan maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar pusaka-pusaka Rasulullah ﷺ.
Para Ulama mengatakan "Tiada yang menggembirakan hati Baginda Rasulullah ﷺ berbanding apabila kamu meneruskan tugasnya Baginda ﷺ iaitu berdakwah."
Yang di antara yang Nabi ﷺ gembira adalah apabila kita meneruskan tugas dakwah Baginda Rasulullah ﷺ.Ambillah pusaka itu dan itu akan menggembirakan hati kekasih mu Baginda Rasulullah ﷺ.
Yang mudah-mudahan gembiranya hati Rasulullah ﷺ itu Allah سبحانه وتعالى melihatnya.Dan apabila Allah سبحانه وتعال melihat hati Nabi ﷺ gembira maka Allah akan melihat siapa yang menggembirakan kepada Rasulullah ﷺ.
Dan apabila Allah melihat kita yang menggembirakan kepada Rasulullah ﷺ pasti kita akan memperolehi ganjaran,rahmat dan redho dari Allahسبحانه وتعالى.
Ambil dan gembirakan hati Rasulullah ﷺ dengan kita mengajak orang lain kepada kebaikan kerana mengajak kepada kebaikan itu adalah yang paling mudah berbanding daripada kepada keburukan.
Kalau kita tak ditipu oleh syaitan dan hawa nafsu.Sebenarnya mengajak kepada kebaikan itu yang paling mudah.Kenapa?
Kerana biasanya kebaikan ini FREE.Datang masjid FREE.Datang ke majlis talim,majlis ilmu FREE.Kita hadir pergi majlis selawat,majlis cinta Rasul ada kita kena bayar tiket nak masuk?Tak ada!!!!
Tapi kalau kita nak buat benda-benda yang bukan-bukan,benda-benda yang maksiat ianya memerlukan modal yang besar.
Imam Al-Haddad mengatakan "Orang yang amat dekat kepada Rasulullah ﷺ di dunia dan di akhirat.Orang yang paling dicintai,disayangi oleh Nabi ﷺ ialah orang yang mengambil berat terhadap tugas dakwah ini."
Tugas dakwah ini siapa?Kita semua automatiknya adalah seorang DAIE yang menyeru.Cuma yang menyeru ke mana?Kita nak menyeru kepada kebaikan.Kalau tidak takut-takut kita ini pergi menyeru kepada keburukan.
Maka kita kena membentuk diri kita DAIE.Orang-orang yang menyeru kepada kebaikan.Macam mana?Dengan kita mengetahui dan membuka jalan-jalan kepada kebaikan.
#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]
#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan