"Maka kerana demikian itu, di sini
pula hendak diketahui orang, "mujahadah dgn syaitan" dan SABAR atasnya,
tetapi di sini terlebih lagi, daripada perang sabil dengan kafir. Kemudian
bahawasanya, adalah berperang akan dia (yakni syaitan), dan mengeras
akan dia pada barang yg dikata ulama', di dalam 3 perkara, [iaitu]:
1. Bahawa engkau ketahui, dan belajar akan tipu dayanya, dan helahnya.
Maka jangan ia mendahulu ketika itu atasmu, seperti pencuri apabila
diketahui bahawasanya empunya kampung sanya telah tahu, lari ia.
Maksud "mujahadah" iaitu melawan sesuatu KEBURUKAN menjadi KEBAIKAN.
2. Bahawa engkau MUDAH dan engkau ringankan dengan seruannya (yakni hasutan syaitan). Maka jangan engkau bergantung pada hatimu dengan yang demikian itu, dan jangan engkau ikut akan dia. Maka bahawasanya ia menempati anjing menyalak, jika engkau berhadap atasnya bersungguh2 dengan dikau, tetapi ditempuhnya dengan menerkam, dan jika kamu berpaling daripadanya, diam ia.
3. Bahawa engkau berkekal menyebut ALLAH, dengan lidahmu, dan hatimu, dan sesungguhnya telah bersabda Nabi sallaLlahu alaihi wassallam:

"Bahawasanya ZikruLlah Ta'ala pada tepi syaitan itu seperti penyakit yg
di makan "akilah" (nama sejenis penyakit) sentiasa dimakan daging pada
lambung anak Adam."
SOAL: Maka jika engkau kata: "Maka betapa kami ketahui akan TIPU DAYANYA dan betapa kami mengetahui akan jalannya kpd yg demikian itu?
JAWAB: Ketahui olehmu, bahawasanya baginya WAS-WAS, dan iaitu menempati anak panahnya yg dipanah akan dia, dan yg demikian itu sungguhnya; kenyataannya (nyata) bagimu, mengenal akan khuwatir, dan bahagiannya, dgn mengenal tipu dayanya, bahawasanya baginya dayanya itu seperti menempati pukatnya yg ia dirikan dia.
Kata Mu'allif lagi tentang "bisikan" SYAITAN
"Bahawasanya syaitan, sanya terkadang menyeru kpd KEBAJIKAN dan menyahaja akan dia, pada yang demikian itu, akan kejahatan, seperti ia menyeru akan dia, kepada yang mafdhul (yakni lawan kpd afdhal), yg kurang afdhalnya, atau menyeru akan dia kpd kebajikan supaya menghela akan dia kpd DOSA yg BESAR, yg tiada memadai kebajikan, demikian kejahatan, drpd [sifat] UJUB atau lainnya."

"Maka inilah 2 SERUAN yg
berdiri keduanya, atas hatinya, menyeru keduanya, dan iaitu mendengar,
dan hatinya berasa yang demikian itu, atas barang yg diriwayatkan pada
akhbar bahawasanya apabila diperanak bagi anak Adam, atas anak, diserta
dgn dia [oleh] ALlah Ta'ala malaikat dan diserta dgn dia syaitan, maka
SYAITAN berdiri atas TElINGA HATI [anak] Adam sebelah KIRI, dan MALAIKAT
berdiri atas telinganya yg KANAN, maka keduanya menyeru keduanya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan