Khamis, 5 Jun 2014

Solat

"BELAJAR UNTUK SOLAT SEMPURNA SEPERTI RASULLULLAH S.A.W"
Pada suatu hari tatkala Nabi di dalam masjid, masuk seseorang lalu menunaikan solat. Rasullullah S.A.W memerhatinya. Selesai sahaja solat, dia menghadap Rasullullah.
"Ulangilah Solatmu Kerana Sesungguhnya Engkau Belum Bersolat" arah Baginda.
...
Lelaki itu pergi dan melakukan solat semula. Sama sahaja caranya dengan yang pertama. Usai solat, dia menghadap Nabi S.A.W semula.
"Ulangi Lagi Solatmu, Kerana Engkau Belum Melakukan Solat."
Hingga tiga kali hal tersebut berulang.
Lelaki itu berkata: "Demi Tuhan Yang MengutusMU Dengan Hak, Aku Tidak Dapat Melakukan Solat yang Lebih Baik Daripada Ini, Kerana Itu Perlihatkanlah kepadaku dan Ajarilah Aku."
Lalu Rasullullah mengajarkannya:
"Ketika Hendak Mendirikan Solat, Bertakbirlah, Kemudian Bacalah Umm Al-Quran (Al-Fatihah), Lalu Bacalah Apa-Apa Sahaja Ayat Yang Engkau Mahu, Kemudian Rukuklah Sehingga Engkau Tamakninah (Tenang) dalam Rukukmu.
Lalu Bangkitlah (Iktidal) Sampai Engkau Tegak Berdiri. Setelah Itu Sujudlah Sehingga Engkau Sujud Dengan Tamakninah. Kamu Tempatkan Dahimu Secara Tepat -Pada Tempat Sujud- Sehingga Sendi-Sendi Tenang. Kemudian Bangkitlah Sehingga Engkau Duduk Dengan Tamakninah. Kemudian Sujudlah Tamakninah Dalam Sujud. Lakukan Seperti Itu Dalam Solatmu Semuanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan: