Jumaat, 17 Oktober 2014

Kisah seorang penjual tapai

 sumber gambar :http://mamasya2.blogspot.com/2013/02/susah-buatsedap.html

Ini adalah merupakan kisah benar yang berlaku pada seorang hamba Allah penjual tapai yang bernama makcik Minah.Makcik Minah adalah seorang wanita lewat 50an yang miskin dan jujur dalam perniagaan.Beliau menyara kehidupannya dan keluarga dengan menjual tapai di pasar setelah kematian suaminya akibat kemalangan sejak beberapa tahun yang lalu.Pada suatu hari ketika Mak Minah hendak keluar menjual tapai beliau terkejut apabila mendapati tapai yang ingin dijualnya itu masih belum masak.Beliau amat bimbang dan memikirkan seandainya beliau gagal menjual tapainya mata pencariannya pada hari itu akan terjejas.Sungguhpun demikian,setiap kali ada pelanggan datang bertanya tentang tapainya itu Makcik Minah akan berkata "Maaf cik, tapai ini belum masak dan belum boleh dimakan lagi,kalau cik nak beli untuk dimasakkan dirumah boleh la" dengan jujurnya beliau memberitahu pelanggannya.Seorang demi seorang pelanggannya berlalu pergi selepas bertanya tentang tapainya itu.

Setelah beberapa lama beliau termenung,dengan keadaan sedih dan penuh pengharapan beliau mengambil keputusan untuk melakukan solat hajat untuk memohon pertolongan kepada Allah.Beliau pun pergi mengambil wudhuk dan bersolat hajat memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. dan mengadukan halnya itu.Selepas kali pertama Mak Minah melakukan solat hajat beliau pun membuka penutup bekasnya untuk melihat kalau-kalau dengan keajaiban Allah s.w.t tapainya itu akan segera masak.Namun Mak Minah hampa kerana apabila dibuka penutup tapainya itu tiada apa-apa perubahan berlaku dan Makcik Minah terus melakukan lagi solat hajat untuk kali kedua,ketiga dan ke empat.Setiap kali selesai solat hajat beliau akan membuka tudung bekas simpanan tapainya itu dan berharap dengan pertolongan Allah tapainya itu akan masak dan dapat menjualnya."Ya Allah,macam mana dengan nasib aku hari ini Ya Allah....bantulah aku" dengan hati yang hiba dan sedih beliau berdoa.Dari pagi membawa ke tengahari masih tidak ada yang sudi membelinya.Beliau terus bersabar,berdoa dan mengharapkan pertolongan dari Allah.

Bila mana beliau sudah hampir berputus asa,beliau pun mengambil keputusan untuk mengemas peralatan dan pulang sahaja ke rumah "Mungkin tidak ada rezeki ku pada hari ini"katanya.Dengan perasaan sedih beliau mengemas barang untuk pulang ke rumah fikirannya bercelaru memikirkan tentang anak-anaknya.Sebaik saja Mak Minah mula melangkah untuk pulang ke rumah tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya, dari kereta itu keluarlah seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an."Kakak,jual tapai ke?" "Ya" jawab makcik itu."Kawan saya memberitahu di pasar ini ada menjual tapai,sebab itu saya datang ke sini.Dah habis ke?"tanya wanita itu.Dengan wajah yang hiba dia berkata "Adik nak berapa bungkus?tapi maaf dik,tapai kakak belum boleh dimakan sebab belum betul-betul masak"."Baguslah kalau macam tu kak,kebetulan saya memang sedang mencari tapai yang belum di masak sebab nak hantar kepada anak saya yang sedang belajar di luar negara teringin sangat nak makan sebab dah lama tak makan tapai katanya".Berapa bungkus adik nak?Tanya Mak Minah."Semua sekali ada berapa bungkus?"tanya wanita itu."Ada seratus biji dik"Jawab Mak minah."ohhh...kalau macam bagi je la semua sekali,separuh nak hantar pada anak saya dan separuh lagi kami nak makan sekeluarga"kata wanita itu.Muka yang suram tadi bertukar menjadi girang hatinya tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t "Terima kasih wahai Allah atas rezeki Mu kepada ku pada hari ini.Setelah menjual tapainya itu.Beliau pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

-Tamat-

Moral:
1-Setiap orang telah ditentukan rezekinya oleh Allah s.w.t
2-Sesiapa yang mengharapkan pertolongan Allah pasti akan dibantuNya walaupun kadangkala tidak seperti yang kita sangkakan.
3-Bersangka baiklah dengan Allah s.w.t





1 ulasan:

suriani berkata...

Best.. tapai ni pulut la kot yer? Ehehe.. but i really like the moral of it.. setiap sesuatu usaha hendaklah gantungkan kpdNya kan.. cepat atau lambat.. rezki drNya takkan ke lain peginya kalu dah utk kita.. tq