Sabtu, 3 Januari 2015

Kisah seorang 'abid(ahli ibadah) membakar jarinya


Sumber Gambar : http://www.digaleri.com/2013/02/wallpaper-rumah-kayu-yang-sangat-indah.html

Tersebutlah sebuah kisah seorang lelaki ahli ibadah yang tinggal sendirian beruzlah(Menyendiri) di tengah hutan.Ahli ibadah itu seorang yang sangat taat dan takut kepada Allah s.w.t . Suatu malam yang gelap ketika beliau sedang sibuk beribadah pada ketika itu hujan telah turun dengan lebatnya,berdekatan dengannya ada sebuah pelita yang digunakan untuk menerangi malamnya setiap hari.Ketika beliau khusyuk berzikir dan bermunajat tiba-tiba beliau telah mendengar pintu rumahnya diketuk dengan kuat. "ahhh siapa pulak datang kerumah ku pada waktu-waktu begini" katanya di dalam hati. lantas beliau membuka pintu rumahnya.Alangkah terkejutnya dia apabila didapati ada seorang gadis yang cantik jelita berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Ahli Ibadah : "Siapa kamu dan apakah tujuan mu kemari?" tanya ahli ibadah itu.

Gadis : "Maafkan aku kerana mengganggu mu, sebenarnya aku adalah puteri kepada raja negeri ini, aku telah tersesat ketika asyik mengikut ayahanda ku pergi berburu. Di dalam keadaan gelap dan hujan semakin lebat,aku tidak punya arah untuk dituju bolehkah aku tumpang bermalam di rumah mu ini sementara menunggu hari siang? "

Ahli Ibadah : "Maaf tidak boleh,di rumah ini aku hanya tinggal seorang sahaja.Lagipun kamu perempuan dan aku adalah lelaki tidak manis jika diketahui orang " ujarnya

Gadis : "Tolonglah saya tuan,ke mana lagi saya hendak pergi dalam keadaan gelap gelita dan hujan lebat ini?Tumpangkanlah saya sehingga siang hari sahaja!" rayu wanita itu

Ahli ibadah : "Baiklah,tapi sampai esok pagi sahaja ya.Masuklah!"

Gadis: "Terima kasih tuan"

Setelah dibenarkan gadis itu masuk, ahli ibadah itu menunjukkan tempat untuk gadis itu berehat disebabkan rumah ahli ibadah itu kecil.Beliau telah menyuruh gadis itu tidur di tempatnya manakala dia membelakangi gadis itu.Akibat terlalu letih, gadis itu pun terlena dengan nyenyaknya.

Tiba-tiba datanglah bisikan syaitan datang membisikkan niat jahat ke telinga ahli ibadah itu.

Syaitan : "Hai kawan,lauk sudah terhidang apa lagi yang kamu nak tunggu?Dalam keadaan hujan yang lebat dan cuaca yang sejuk begini alangkah baiknya kalau ada tempat untuk memanaskan badan" bisik syaitan

Ahli Ibadah : "Astaghfirullahal'azim....Allah s.w.t telah menegah ku dari melakukan zina dan pasti aku akan mematuhinya " Tegas ahli ibadah itu di dalam hatinya

Syaitan : "Apalah kau ini,bodoh.Bukannya ada sesiapa pun di sini lagipun dia tidur sangat nyenyak sudah pasti dia tidak akan sedar apa yang kau lakukan terhadapnya!" kata bisikan syaitan itu

Ahli Ibadah : "Tidak,aku takut akan Allah s.w.t"

Syaitan : "Alahhhh...ianya bukan ambik masa yang lama pun.Setelah engkau puas menjamah tubuhnya engkau kembalilah ke tempat ibadat mu " bisik syaitan lagi

Ahli Ibadah: "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari kelingkingnya.Beliau sedaya upaya menahan bakaran api tu pada jarinya,setelah tidak tahan menahan panas beliau berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari api di dunia ini?"

Syaitan : " Dia cantik,muka dia ayu,kulitnya gebu masakan engkau tidak teringin untuk memegangnya?"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari manisnya.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Jika waktu ini engkau tidak ambik peluang bila lagi?aku tahu engkau pun suka juga kan?"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari hantunya pula.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya selama yang mungkin setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "engkau ini memang menolak tuah,lauk sudah terhidang di depan mata engkau menolak,alngkah ruginya diri kerana peluang sebegini sudah pasti tidak akan kau temui lagi"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! aku tidak mahu " lantas beliau membakar jari telunjuknya pula.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Engkau ini asyik beribadah tidak pernah memperdulikan nafsu mu, apalah salahnya jika kau ambik peluang ini untuk menganugerahkan diri mu dengan menjamah tubuh wanita itu?Kalau aku sudah pasti aku tidak melepaskan peluang keemasan yang sebegini" hasut syaitan lagi

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar ibu jari tangannya pula. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?" 

Ahli ibadah itu menangis dan berdoa "Wahai Allah,peliharalah diriku dari hasutan syaitan dan runtunan nafsu ku.Aku berlindung kepada mu dari zina dan kemungkaran.Bantulah aku seperti mana engkau membantu Nabi Yusuf ketika baginda di rayu oleh zulaikha "

Setelah itu,beliau pun tertidur dan terjaga setelah sekali lagi terdengar pintu rumahnya diketuk.Beliau pun lantas membuka pintu dan mendapati hari sudah siang dan rumahnya telah di kelilingi dengan pengawal.

Pengawal :"Kami sedang mencari seorang puteri raja yang telah hilang semalam adakah kamu ada melihat sesiapa sejak semalam?"

Ahli Ibadah : "Ya,ada!Aku tumpangkannya bermalam di rumah ku"

Pengawal : "Owh jika begitu engkau telah menculiknya ya??"

Ahli Ibadah : "Demi Allah,aku tidak menculik semalam semasa keadaan gelap gelita dan hujan lebat dia datang ke rumah ku untuk tumpang berteduh"

Tiba-tiba tuan puteri telah bangun dari tidurnya dan berlari ke arah pengawal

Gadis : "pengawal...Jangan apa-apakan dia kalau tak kerana dia sudah tentu aku akan semakin tersesat di dalam kegelapan atau mungkin aku sudah dimakan binatang buas!"

Pengawal : "Baginda raja telah menitahkan kami untuk membawa tuan puteri pulang ke istana"

Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih tuan puteri pun beredar dan pulang ke istana.Tidak beberapa hari kemudian ahli ibadah itu telah di datangi oleh rombongan di raja. Kali ini tuan puteri datang bersama ayahandanya.

Raja : "Apakah benar kamu yang menjaga puteri beta ketika anakanda beta itu tersesat di dalam hutan ini?"

Ahli Ibadah : "Maafkan patik tuanku,patik hanya menumpangnya sahaja tapi patik tidak berbuat apa-apa kepadanya"

Raja : "Wahai pemuda,janganlah kamu khuatir puteri beta telah menceritakan segala-galanya kepada beta engkau adalah manusia yang jujur dan taat kepada Allah sememangnya orang seperti kamulah yang beta cari selama ini untuk menjadi pasangan kepada putri beta.Adakah kamu bersetuju dengan tawaran beta ini?

Ahli Ibadah : "Patik bersetuju tuanku"

Raja :"Bendahara dan sekelian yang ada! beta akan kahwinkan puteri beta dengan pemuda yang soleh ini jadi persiapaknalah segala kelengkapan untuk hari bahagia anakanda beta ini"

Moral : Apa akan jadi sekiranya ahli ibadah itu mengikut pujukan syaitan itu?sudah pasti ahli ibadah itu akan ditangkap atau dibunuh.Tepuk dada tanyalah iman

Wallahu'alam...


Tiada ulasan: