Isnin, 30 Jun 2014

SUNNAH BUKA PUASA DENGAN RUTAB

 

Nabi s.a.w berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).
Dalam hadith daripada Anas katanya:...

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ
مَاءٍ

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan)
Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): "Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Solat Tarawih 11 atau 20 rakaat?

Hal ini ada keluasannya. Jangan berbalah sehingga menafikan solat 11 ataupun 20 rakaat.
Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah untuk dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).

Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat (sanad), riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka kalangan ulama hadis ada yang menganggap riwayat dua puluh shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat 20 rakaat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan 20 puluh.
Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah.
Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah tidak sepatutnya. Bahkan ramai juga ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

Perlukah berpuasa atau tidak?

Para ulama berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika bermusafir; puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Ini kerana dalam hadis Jabir r.a:
“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai tur...ut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini menunjukkan, jika tidak kerana bebanan ke atas para sahabah, tentu baginda terus berpuasa. Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.

Adapun jika puasa menjadi beban sehingga boleh membawa mudarat, maka seseorang wajib membuka puasanya. Nabi s.a.w melarang para sahabah berpuasa sehingga memudaratkan diri. Ini seperti hadis di atas yang mana Nabi s.a.w menyatakan bahawa mereka yang enggan berbuka puasa sekalipun telah menjadi bebanan kesusahan kepada diri itu sebagai menderhakai arahan atau teladan baginda s.a.w.

 Dalam riwayat al-Bukhari:
“Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa?. Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir!”.
Maka hendaklah sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan kesihatan atau keadaannya, maka dia wajib membuka puasa.

Jika Nabi s.a.w menyuruh membuka puasa apabila bimbang mudarat atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah pasti dia lebih patut membuka puasa jika memudarat pihak-pihak lain. Ini seperti pemandu kenderaan awam yang jika mereka berpuasa boleh menghilangkan tumpuan mereka dalam perjalanan seterusnya boleh mengundang kemalangan, maka mereka hendaklah berbuka puasa. Jika ia tidak mengganggu tugas dan mengancam keselamatan awam, maka mereka tidak diwajibkan berbuka, namun mempunyai pilihan.

Solat Tarawih secara berjemaah



Solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:
“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam Ramadan atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.

Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Sahabat selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.

Di bulan ramadhan doa sangat mustajab.Berdoalah!

 



 

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai... para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dal...am jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.

Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).
Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya)
“Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”.
(Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.

Jangan Makan Dengan Tangan Kiri

Sempena puasa dan adab berbuka puasa hal ini perlu diingatkan.
Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:

“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”
(Riwayat Muslim).

Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.
Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.

Latih anak-anak berpuasa

Anak-anak yang belum baligh tidak wajib berpuasa. Tidak boleh juga memaksa mereka berpuasa secara kekerasan. Pun begitu mereka wajar dilatih berpuasa. Ia akan menjadikan mereka terbiasa dengan ibadah dan turut bersama merasai serta menghormati suasana Ramadan.
Dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi' bint Mu'awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُم...ُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
(Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa"

Maka, ibubapa boleh memberikan apa-apa mainan yang boleh membantu anak-anak mengurangkan perasaan lapar sehingga menyempurnakan puasa. Hal ini telah dicontohi oleh para sahabat Nabi s.a.w.
Apapun, biarlah mereka menghayati puasa dengan tarbiyah yang baik dan penuh kasih sayang dari ibubapa yang beriman.

Hukum Memberus gigi semasa berpuasa

Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.
Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

Selasa, 24 Jun 2014

Zikir,syukur dan cinta

Segala puja dan puji hanyalah untuk Allah swt, Hanya Dia sahaja yang layak untuk menerima pujaan,pujian dan sanjungan. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,ahli keluarga baginda,para sababat,para tabien,para alim ulama,para pejuang, para syuhada dan para auliya’ yang tiada putus-putus melaksanakan amanah Allah swt.

            Di antara pesan nasihat Shaykh yang telah diperdengarkan kepada kami ialah betapa pentingnya diri kita mempelajari ilmu tauhid,fekah dan tasauf. 3 pecahan ilmu ini sama sekali tidak boleh dipisah atau diceraikan. Perpisahan ilmu ini akan menyebabkan amalan beragama kita tidak akan sempurna.
Ramai manusia hari ini hanya mempelajari ilmu tauhid dan fekah sahaja tanpa menghiraukan ilmu tasauf. Perumpamaan yang diberikan ialah solat. Solat syariat dan solat hakikat. Ramai yang belajar rukun solat feeli dan qauli sahaja dengan meninggalkan rukun qalbi. Semua orang bersolat mengikut cara perangai Nabi tetapi qalbi/hati nabi ketika bersolat ramai yang tidak belajar. Bila takbir bermula..apa yang ada dalam batin Nabi ketika itu? Inilah ilmu tasauf/hakikat yang perlu dipelajari agar dalam solat kita siang dan malam, kita tidak syirik pada Allah swt. Allahukbar kita bertakbir...adakah hati kita ketika takbir itu sudah tengelam dan hancur dalam sifat Al-QAHHARNYA?

             Bila kita tidak rasa, maka kesannya kita akan lihat diri kita yang kuat dan hebat...sebab itulah solat tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam kehidupan kita.Kita syirik dengan Allah kerana kesombongan dan keangkuhan kita ketika mendirikan solat. Hati tidak nampak dan rasa bahawa semua gerak dan diam hanya dari Qudrat dan Iradat Allah..Allahukbar....Bila mendengar kata-kata Shaykh itu...menitis air mata...zikir dan solat masih dalam kelalaian/ghoflah...hati masih ada sifat keakuan (ananiyyah). Tidak ada rasa fakir dalam hati bila datang mengadap Allah swt. Bacaan dan doa dalam solat terus menerus dalam kelalaian dan kesombongan dengan Allah swt.....kena faham betul-betul apa itu Laahaulawala quwwataillahbillah (tiada daya dan kuasa melainkan kekuasaan Allah).Solat kita tiada makam ihsan.

            Kita menyembah Allah seolah-olah kita menyaksikan Allah. Inilah martabat ihsan. Martabat ini sampai mati kita tidak akan dapat mencapainya tanpa mempelajari ilmu tasauf dengan mencari seorang guru rohani (yang Arif dengan ruhani) serta bersungguh-sungguh di jalan menuju Allah ini (salik).

Seterusnya kata as-Shaykh lagi, 3 perkara penting yang perlu ditekankan ketika ini.

1) Zikrullah(Mengingati Allah)

Tujuan semua dan apa jua kerja kita samada kerja dunia, ibadah,solat, haji, puasa, zakat adalah semata-mata kerana zikirullah (ingatan hati pada Allah swt). Solat kita tiada makna jika tiada hadir hati kita kepada zikrullah sehingga diri kita fakir dengan sifat KEAGUNGANNYA. Puasa kita tiada makna jika penghujungnya tiada menjadikan diri kita golongan zikrullah sehingga kita bertakwa pada Al-QAHHARNYA. Zakat kita tiada makna jika tiada zikrullah, sehingga jiwa kita bersih dari sifat cinta dunia lantaran kerana mencari AL-QUDDUS. Haji kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita mengembara dalam kerinduan mencari AL-GHAFUR AR-RAHIM. Ilmu kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita merasa bodoh dalam sifat Al-ALIMNYA. Ibadah kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita merasa lemah dalam sifat QUDRAT DAN IRADATNYA.

Firman Allah SWT:
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya."

(Al-Ahzab: 41)

2) Syukur

Mujahadah dengan bersyukur kepada Allah swt. Apa jua yang Allah telah takdirkan untuk kita, kita mesti bersangka baik dan terima dengan redha. Didik diri kita sentiasa dalam keadaan bersyukur padaNya dalam keadaan sikit atau banyak, susah atau senang, sakit atau sihat, payah atau mudah, lalai atau ingat, dimakbul doa atau dilambatkan, dalam ujian musibah atau ujian kenikmatan, dalam kegagalan atau kejayaan. Hari ini, kita dan masyarakat tiada bersyukur kepada Allah, benarlah firmanNya:

"Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur"
(Al-Mukmin: 61)

                Kita hanya mahu bersyukur apabila berjaya atau ketika banyak atau ketika kaya atau ketika tercapai hajat. Ini lantaran tiada makrifat hati kita terhadap kasih sayang Allah pada diri kita. Apakah apabila Allah memberi kita sedikit, tiada tercapai hajat, gagal atau lainnya bermakna kita tiada dikasihiNYA? Siapakah kita untuk mengetahui rahsiaNYA? Apa yang penting bagi kita hendaklah faqir dalam sifat keAgunganNYA, bersangka baik dan sentiasa bersyukur pada takdirNYA.

                Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan diri kita tiada akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan. Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan. Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya. Syukurlah jika diri kita tiada dikenali kerana ia menyelamatkan diri kita dari sifat riak. Syukurlah jika diri kita dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan hancur. Syukurlah diri kita diberi sedikit kerana selamat diri kita daripada ketamakan dan panjang angan-angan. Syukurlah diri kita dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana kita dapat menaiki tangga kewalian dengan kesabaran dan istiqamah. Belajar bersyukur yang sedikit, nescaya Alah akan menambah nikmat kepada kita.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

3) Mahabbah (Cinta)

Bermujahadahlah diri kita dengan MAHABBAH. Cinta hanya pada Allah swt. Untuk memiliki cinta Allah, cintailah Nabi SAW. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Ali-Imran: 31).

Untuk memiliki cinta Nabi, cintailah alim ulama yang membawa amanah Nabi. Cinta boleh menyebabkan sang Raja meninggalkan istana, yang jauh menjadi dekat, yang payah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan, yang sengsara merasa gembira. Cinta bagaikan siraman air bagi bumi yang kegersangan. Cinta dapat memadamkan ammarah, dendam, marah, dengki, sombong, khianat dan lainnya. Segala mazmumah akan lemah apabila berhadapan dengan cahaya cinta yang bertunjang Illahi.

                Nabi SAW menyebarkan cahaya cinta, cahaya cintanya memaafkan segala mereka yang menghalaunya daripada Mekah, cahaya cintanya menghalang malaikat dari membalikkan bukit Thaif kepada penduduk yang menzaliminya, cahaya cintanya dapat menyatukan segala kabilah, cahaya cintanya dapat menundukkan segala musuhnya.Suburkan cahaya Asmaâ Ar-Rahman dan Ar-Rahim pada diri kita, maka berjalanlah dengan cahaya itu. Kemudian kita pantulkan pula pada ahli keluarga, alim ulama, para sahabat, masyarakat dan ke seluruh alam. Jika cinta pada keluarga atau wanita atau lelaki atau lainnya bukan disandarkan pada cinta Allah, kita akan terkurung dalam kegelapan neraka yang mengoyakkan hati kita. Semua cinta itu akan membinasakan kita. Maka bebaskan diri kita dari segala belenggu cinta yang lain, jadikan cinta sebagai buraq untuk diri kita mikraj kepada Allah, maka cinta disuburkan kepada Allah dan Rasul.

                 Cinta perlukan pengorbanan. Berbaik sangka adalah serendah-rendah cinta, bersama merasa senang dan susah adalah pertengahan cinta, dan mendahului yang dicintai adalah setinggi-tinggi cinta. Maka beramallah kamu salah satu antaranya dalam pergaulanmu dengan manusia, dan bermujahadahlah sehingga sampai kepada yang ketiga. Insya Allah, inilah jalan yang membawa dirimu menjadi para kekasihNya.

Bersabda Rasulullah SAW:

"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat nanti.)"
(Bukhari & Muslim)

Bersangka baiklah terhadap Allah s.w.t

Adab orang yang sedang sakit.
Afdalnya bagi seorang yang sakit dituntut supaya membaca surah al ikhlas sebanyak seratus kali kerana diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" sesiapa yang membaca surah qul huwallahu ahad (al ikhlas) hingga akhir surah sebanyak seratus kali ketika sakit, dan jika ia meninggal dunia selepas itu maka tidak akan disempitkan kuburnya dan diselamatkan ia daripada kesempitan kubur dan para malaikat akan mengusungnya ketika melalui titian siratul mustaqim "

Antaranya lagi hendaklah ia baik sangka terhadap tuhannya dengan harapan supaya Allah swt akan mengasihinya dan mengampuni segala dosanya.Mengikut pendapat syaikh abdul wahab sya'rani, sesiapa yg meninggal dunia dalam keadaan ia yakin yg Allah swt tidak akan menyeksanya ketika mati pasti ia akan perolehnya. Sesiapa yg baik sangka terhadap Allah yg mana Allah tidak akan menyeksanya ketika di dalam kubur pasti ia akan memperolehnya dan sesiapa yg sangka baik terhadap Allah yg Allah akan menghidupkannya semula pada hari kiamat dengan keadaan auratnya tertutup dan tidak akan dahaga pasti ia akan mendapatkannya dan sesiapa yg baik sangka terhadap Allah yg mana Allah akan menetapkan kedua kakinya ketika meniti titian sirat dan tidak akan tergelincir ke dalam api neraka maka ALLAH akan melakukannya yang sedemikian terhadapnya.

Adapun dalilnya adalah berpandukan hadis qudsi yg bermaksud :

" (keadaan) aku terletak kepada keadaan sangka hambaKU terhadapKU maka sebab itu hendaklah mereka baik sangka terhadapKU "

Mengikut kata syaikh abdul wahab sya'rani lagi, apabila berlaku yg mana seorang hamba memohon kepada tuhannya supaya ia berbaik sangka terhadap tuhannya ketika mati dengan bertawassul melalui nabiNYA Muhammad saw maka sesungguhnya Allah swt berasa malu untuk menolak permintaannya kerana kemuliaan nabiNYA dan pasti akan dikabulkanNYA. Intaha

Rujuk kitab Furu' Al Masail Wa Usul Al Wasail / maulana syaikh daud al fathani

Hubungan Harta dan Ibadah

Dengan harta, anda boleh makan dan minum, sehingga dengannya mampu untuk melaksanakan solat.Dengan harta, anda mampu mendirikan rumahtangga, sehingga dengan perkahwinan itu anda akan dapat  menyempurnakan setengah agama anda, mampu menahan pandangan anda dan menjaga kemaluan anda dari perkara yang haram, yang dengannya akan membantu anda untuk solat dengan khusyu’ dan menghadap Allah dengan sepenuh hati. Karena sebaliknya tidak menundukkan pandangan (dari perkara yang haram) dan tidak menjaga kemaluan benar-benar akan menghancurkan kekhusyu’an di dalam sholat.
 
Dengan harta juga, anda boleh menjaga pola hidup anda agar kesehatan terjaga, juga untuk berubat agar kondisi badannya kembali sehat setelah sakit. Dan dengan kesehatan anda mempergunakan tubuh anda untuk sholat dengan lebih baik berbanding ketika anda sakit.
 
Begitulah adanya harta yang diberikan oleh Allah, hakikatnya Allah menginginkan harta yang ada ditangan anda adalah sebagai sarana untuk beribadah kepadaNya. Allah berfirman,
 
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu,”
{QS. Adz-Dzaariyaat: 56.}

 
Rasulullah sollallaahu ‘alayhi wa’alaa aalihi wasallam bersabda,
 
إِنَّا أَنْزَلْنَا الْمَالَ لِإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَلَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ لَأَحَبَّ أَنْ يَكُونَ إِلَيْهِ ثَانٍ وَلَوْ كَانَ لَهُ وَادِيَانِ لَأَحَبَّ أَنْ يَكُونَ إِلَيْهِمَا ثَالِثٌ وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ ثُمَّ
يَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
 
“Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Kami menurunkan harta agar sholat ditegakkan dan zakat dilaksanakan. Seandainya seorang manusia memiliki satu lembah niscaya dia akan menginginkan agar memiliki dua lembah, dan jika dia memiliki dua lembah niscaya dia akan berharap agar memiliki tiga lembah. Tidak ada satu pun yang dapat memenuhi perut manusia kecuali tanah, dan Allah akan mengampuni orang yang bertaubat’.”
{HR. Ahmad dan Ath-Thobroni. Ash-Shohiihah (1639).}

 
Namun, banyaknya manusia lupa bagaimana kedudukan harta yang seharusnya. Sebagaimana yang disebutkan Nabi s.a.w dalam hadits di atas, manusia bertabiat rakus dan tidak pernah puas. Ketika mereka lalai dan melupakan bahwa harta diturunkan agar dia dapat beribadah (solat dan zakat), semua itu bermula dari hanyutnya mereka di lautan kesibukan-kesibukan mencari dunia, perniagaan, dan lautan ketamakan akan memahat di hati.
 
Berapa banyak kekhusyu’an sholat itu hilang akibat sikap berlebihan dalam mencari dunia, hanya karena ingin mendapatkan yang lebih dari keperluannya.Sebagaimana kerakusannya telah menguasainya, satu lembah tidak cukup lalu ingin yang kedua, yang kedua pun tidak membuatnya merasa cukup lalu ingin yang ketiga, begitu terus hingga yang membuatnya berhenti hanyalah kematian.

Firman Allah dalam surah At-Takaatsur
 
Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
 
A002
Sehingga kamu masuk kubur.
      
A003

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
      
A004

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
 
A005

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
 
A006
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
      
A007

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
      
A008

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
 
Maka begitu pula kelalaiannya pun akan berlanjutan bagi mereka yang terus hanyut dalam lautan kesibukan mencari dunia. Bermula dari melalaikan kekhusyu’an di dalam solatnya, sehingga membawa melalaikan berjama’ahnya, melalaikan waktunya, dan sampai akhirnya mereka melalaikan solat hanya karena sibuk untuk mengumpulkan harta.
Mereka hanyut dan terus terombang-ambing dalam arus deras hingga tenggelam, ketika mereka lupa dan tak segera sadar bahwa harta ada di tangannya adalah untuk beribadah kepadaNya.Gunakanlah rizki, nikmat, dan harta anda untuk sesuatu yang dapat mendekatkan diri anda kepada Allah ‘azza wajalla, semoga Allah membimbing kita semua di atas hidayah.

pesanan luqman al-hakim kepada anaknya

"Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."

Namun demikian, islam tidak melarang umatnya memiliki kekayaan kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki tetapi kita perlu ingat harta yang dimiliki itu haruslah dipergunakan untuk mencari keredhaan Allah azzawajalla dengan mengeluarkan zakat, dan membanyakkan sedekah dan membantu mereka yang memerlukan,mudah-mudahan kita akan menjadi manusia yang ditinggikan darjat kita dengan harta yang kita miliki itu inshaAllah....

Al-Faqqir Illallah

Islam Kembali Asing?

Daripada Abu Hurairah RA.
Nabi SAW bersabda bermaksud :“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)”
( Hadith Riwayat Muslim )

Islam bermula dengan keadaan asing di mana ketika Nabi Muhammad SAW. menyampaikan ajarannya, tiada manusia pun yang mengetahui mengenai Islam sehinggalah berkembangnya Islam, namun Islam dapat disebarkan sehingga ke hari ini sekalipun di dalam keadaan asing.
Benarlah. Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing (pelik) itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.”
(HR. Muslim)

Orang asing sering diertikan sebagai suatu golongan yang tidak mengikut perkembangan dunia sekitar, meskipun sikap yang diambil itu adalah benar. Hanya kerana tidak ingin dianggap sebagai seseorang yang asing, maka seseorang itupun akan berusaha beradaptasi dengan dunia sekitarnya meskipun dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Padahal menjadi asing (pelik) di mata orang lain tidak menurunkan tingkat darjat seseorang di hadapan Allah SWT. Oleh kerana itu, beradaptasilah dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syariat Islam yang sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW.

Kadang kala seseorang itu malu untuk membawa akhlak islam di dalam dirinya hanya kerana takut digelar ketinggalan zaman.ketahuilah bahawa ajaran islam itu relevan untuk semua zaman baik zaman dahulu mahupun zaman sekarang.Islam itu adalah agama yang benar.Pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w ketika hari pertama Umar Al-Khattab memeluk agama Islam belia bertanyakan kepada baginda Nabi s.a.w :

"Ya Rasulullah,adakah agama yang engkau bawa ini benar?"

Jawab Baginda: "Ya"

Berkatalah Umar r.a "Jika begitu mari ikut aku,kita bersolat di ka'abah"

Ini membuktikan bahawa,jika sesuatu itu benar mengap kita perlu khuatir akan dihina,dicaci dan dipulaukan orang dan seandainya 'Ya' sekalipun kita tidak rugi apa-apa melainkan mereka yang menolaklah akan rugi di akhirat nanti.
Wallahu'alam...

Isnin, 23 Jun 2014

Kisah Cinta Imam Al-Syafie

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?"
Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku."
Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai ALLAH? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku?"
 
Imam Syafie tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. "Aku mencintaimu kerana cintaku kepada ALLAH."
 
- disyarahkan oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany

Suami Isteri selalu bergaduh?Perbaikilah Hubungan kamu dengan Allah

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pergaduhan hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk membincangkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah. Akhirnya mereka menemui seorang Imam kampung dan meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang terbaik yang harus mereka tempuhi.

Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menangguhkan perceraiannya selama satu tahun dan dikehendaki memperbetulkan hubungan mereka dengan ALLAH. Dalam masa yang sama mereka juga disarankan untuk menambah seorang anak. Dengan harapan sekiranya terjadi dengan izinnya ALLAH sekiranya ALLAH izikan tambahan lagi seorang anak, maka jumlah keseluruhan anak mereka akan menjadi 4 anak, jadi mudahlah untuk dibahagikan di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil nasihat daripada Imam dan tetap berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.
Setahun kemudian, ketika Imam sedang berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra bagaikan orang bercinta...
Lalu Imam pun bertanya, :
"Dah baik.... Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian tidak bercerai?".
Suami lalu menjawab : "
ALLAH maha pengasih dan penyayang kepada hamba-NYA, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan banyak pengajaran kepada kami agar kami saling maaf memaafkan dan saling kasih mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai...Imam.
"Bagaimana itu boleh berlaku ?", tanya Imam lagi.
"Alhamdulillah ALLAH memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".

MORAL OF THE STORY:
1. Menangguhkan tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi dan nafsu. Ada baiknya jika kita sedang marah kita tangguhkan sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas dengan nafsu.

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,
sehingga Rasulullah saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Rasulullahﷺ menasihatinya. Rasulullahﷺ bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).

Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang ALLAH, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yakni pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum,meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumahtangga. Dengan pertengkaranlah
membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dengan tenang kerana mereka tahu pertengkaran itu akan membuatkan mereka lebih mengenali pasangan masing2.

Pertengkaran itu seperti api: sedikit ianya akan beri bermanfaat tetapi besar dan luasnya akan membinasakan.
Firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah Ayat 269
"ALLAH memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA (menurut aturan yang ditentukan-NYA). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pangajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."

Badwi Bertanya Rasulullah s.a.w menjawab

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:

“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!

Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Sodaqta Ya Rasulullah S.a.w.

SOLAT JAMAK


SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.

Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 
 
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

 Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
  
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

 
Gambar Hiasan

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang ...yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Jumaat, 20 Jun 2014

APAKAH ITU ISTIJRAJ


Ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat ya...ng lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Kenapa begitu?

Adakah anda tahu apakah itu istidraj?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”.

(Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?
Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..
Rasanya, persolan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.
Subhanallah..Wallahua'lam.

Hikmah Al-Quran: Tiga sifat golongan fasik

 Surah Al-Baqarah: Mencabuli perjanjian, putuskan silaturahim, tidak amanah



Firman Allah SWT yang bermaksud:

Ayat ini memberi penjelasan siapakah dikatakan orang fasik. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi memberi takrifan orang fasik ialah mereka yang menjauhi daripada manhaj Allah SWT.      

Berdasarkan ayat itu, Allah SWT menjelaskan tiga ciri orang fasik, pertama, mencabuli perjanjian dengan Allah SWT. Perjanjian dicabuli itu ialah keimanan kepada Allah SWT iaitu fitrah bertuhan yang wujud dalam diri manusia. Mereka meletakkan diri lebih tinggi daripada janji yang sepatutnya dipatuhi.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
 
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
(Surah al-A’raf, ayat 172)
 
Kedua ialah memutuskan persaudaraan dan silaturahim. Sheikh Muhammad Syed Tantawi dalam tafsirnya berpandangan, memutuskan apa yang disuruh Allah SWT itu adalah berbentuk umum termasuk memutuskan hubungan silaturahim.

Bina hubungan baik sesama manusia(Habblum Minannas)
Allah SWT memerintahkan supaya dibina hubungan antara manusia merangkumi hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan selain ikatan hubungan atas akidah dan persaudaraan Islam. Apabila hubungan itu diputuskan, berlakulah kerosakan dan keadaan huru-hara yang berleluasa.Mereka tidak akan menunaikan hak terhadap keluarga, anak yatim dan fakir miskin, malah mereka sanggup membelakangkan hak siapa saja asalkan kepentingan mereka tercapai.

Untuk mewujudkan persaudaraan sebenar dan menghapuskan perbezaan yang sengaja diada-adakan ialah dengan menekankan sebenarnya tiada perbezaan keturunan dan bangsa. Bahkan berbangga-bangga dengan nasab dan keturunan adalah perbuatan batil. Perkara yang sentiasa ditekankan al-Quran ialah menegakkan keadilan sosial dalam pembahagian kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada rakyat, mendekatkan jurang antara kaya dan miskin, membataskan monopoli orang kaya serta mengangkat taraf hidup orang miskin. Namun, persaudaraan Islam bukan secara membuta tuli, tetapi atas dasar menegakkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan seperti mencegah pencerobohan serta mengembalikan hak orang yang teraniaya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Jangan kamu tercegat berdiri melihat seseorang dipukul dengan penuh kezaliman kerana laknat akan turun ke atas sesiapa yang melihatnya tanpa mencegah perbuatan itu.”
(Riwayat At-Tabrani)

Perasaan sedih terhadap orang lain yang ditimpa kesusahan menyebabkan seseorang berusaha menolong dan tidak akan berasa tenang selagi penderitaan orang itu tidak dapat dikurangkan atau dihilangkan.Jika kita melihat sesuatu keburukan dilakukan kepada saudara seislam lain atau berlaku penghinaan dan pengaiban ke atas dirinya, maka kita bersedia membantu sehingga dia duduk kembali ke tempat selayak untuknya atau mengambil balik haknya yang telah dirampas.

Dabik dada dengan kuasa
Sudah tentu kewajipan itu menjadi semakin berat bagi mereka yang mempunyai pangkat dan kuasa dalam masyarakat kerana kuasa bukan bererti seseorang itu boleh mendabik dada dan berbangga, tetapi hendaklah dia menggunakan pengaruh untuk membantu orang lain dengan penuh keikhlasan.
Ajaran Islam dalam semua sudut memupuk persaudaraan supaya ia tidak dicemari unsur yang boleh mengeruhkan. Justeru tidak dibenarkan seseorang itu walaupun sekadar mengganggu fikiran atau perasaan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak halal bagi seorang Muslim menakutkan Muslim yang lain.”
(Riwayat Abu Daud)

Bagi meneguhkan persaudaraan, Islam mengharamkan seseorang berbangga-bangga dan membesar-besarkan dirinya sehingga melahirkan sifat mazmumah seperti mengeji, menghina serta merendahkan orang lain.

Ciri ketiga orang fasik ialah membuat kerosakan dan bencana di bumi. Terdapat pelbagai bentuk kerosakan hasil penyelewengan manusia daripada kebenaran.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah saatnya (kehancuran). Abu Hurairah bertanya: Bagaimana amanah itu disia-siakan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Jika suatu urusan diserahkan pada orang yang bukan ahlinya (tidak memenuhi syarat).”
(Riwayat Bukhari)

Umat yang tidak amanah terbabit dengan kegiatan rasuah dalam urusan umum tanpa memikirkan kepentingan orang ramai, akhirnya mereka yang layak dan berkebolehan diketepikan dan yang tidak layak mengambil tempat.          







Buat persediaan hadapi kematian

 
 

 Sesungguhnya mati itu adalah benar, kenikmatan dan seksa di alam kubur adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nankir adalah benar.
"Didiklah hati yang terlalu memikirkan kesenangan hidup di dunia kerana akhirnya kita akan melupakan hakikat kematian bahkan membawa kepada penyakit takutkan kematian"

Sememangnya kita melalui saat waktu malam dengan bersenda gurau bersama anak dan isteri, merasai nikmat kehidupan seolah-olah tiada penghujungnya dan merehatkan badan selepas penat mengharungi liku-liku kehidupan di siang hari.

Namun, janganlah kita lupa kepada satu malam yang pasti akan tiba. Itulah malam pertama di alam kubur yang belum pasti keadaannya. Orang soleh sering membayangkan malam pertama di alam kubur dan menangis memikirkan nasib mereka di sana.

Leka dunia, tak peduli kematian

Bagi yang masih leka dengan dunia, langsung tidak ambil peduli mengenai kematian, apatah lagi merenungi bagaimana nasibnya di sana nanti. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 78 bermaksud:
“Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?”

Marilah kita mempersiapkan bekalan menghadapi alam kubur dengan melakukan amal soleh dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya ia akan menjadi penerang kegelapan dan pendamping di kala menghadapi malaikat Munkar dan Nakir yang bengis dan pemarah.

Bukan hanya dengan amal soleh, lakukan juga beberapa persediaan antaranya segerakan bertaubat, memperbanyakkan mengingati mati, meminta maaf sesama manusia dan memaafkan, melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan memupuk cinta kepada akhirat melebihi dunia.

Justeru, didiklah hati yang terlalu memikirkan kesenangan hidup di dunia kerana akhirnya kita akan melupakan hakikat kematian bahkan membawa kepada penyakit takutkan kematian.

Perlu diingatkan, sebelum tiba saat dipisahkan roh daripada jasad, bersegeralah menyelesaikan hutang, menulis wasiat dan mengembalikan harta amanah.

Jika tidak mampu menyelesaikan hutang atau tidak sempat mengembalikan harta amanah, tinggalkan wasiat kepada waris di samping wasiat harta pusaka. Perkara inilah yang sering diabaikan sehingga menjadi kesusahan kepada ahli waris menyelesaikannya.

Alangkah ruginya jika kita termasuk dalam kalangan mereka yang leka tanpa berbuat bekalan menghadapi mati. Usahlah dibanggakan dengan kekayaan dunia kerana harta yang akan dibawa hanya kain kapan yang tidak berjahit.

Usahlah dibanggakan dengan rumah besar dan mewah kerana tempat tinggalnya nanti hanyalah sebuah lubang sempit dan gelap gelita.

Usahlah dibanggakan dengan kereta mewah dan mahal kerana kenderaan yang akan dinaiki ke kubur hanyalah sebuah keranda.

Justeru, ayuh kita meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam setiap perkara agar Allah juga memberikan keutamaan dan keistimewaan kepada kita apabila kita datang menghadap-Nya nanti.

Kubur boleh jadi taman Syurga atau lubang neraka

Ingatlah lubang kubur akan menjadi salah satu daripada taman Syurga atau salah satu daripada lubang neraka. Hanya amal ibadah, jariah, sedekah, ilmu yang bermanfaat dan setiap perbuatan baik di dunia yang dapat menentukan nasib kita ‘di sana’.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

* Bersedia untuk menghadapi kematian yang pasti akan tiba saatnya.

* Buat sebaik mungkin setiap amal ibadah wajib dan sunat, di samping memperbanyakkan amal soleh, jariah dan sebagainya sebagai bekalan menuju ke alam barzakh.

* Suburkan perasaan cinta kepada akhirat melebihi dunia supaya hilang rasa takut untuk mati.

Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat ke-61 bermaksud:
 
“Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-Nya; dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).”

Sumber: Daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Khamis, 19 Jun 2014

Antara Kelebihan Orang Menjaga Solat

1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas dan otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa

4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah,warahmah)
5. Di padang Masyhar tidak kepanasan malah sebaliknya
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Doanya sering di kabulkan
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak (baik).
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Dipermudahkan meniti titian sirat.

11.Akan diberi keberkatan pada umurnya(walau umurnya pendek tapi dipenuhi dengan amal-amal soleh)

 

Allah Lebih Tahu Apa Yang Kita Perlukan

Bayangkan.Kita ada anak kecil.Umur 3 tahun.
Satu hari..Kita tengah masak di dapur.Si anak ternampak pisau.Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.Agak-agak kita bagi?Tentu lah tidak, kan.Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan..Walaupun di mata anak...Pisau itu 'menyeronokkan'Tapi kita lebih tahu..Ia merbahaya untuk anak kita.Kita lebih tahu.Anak tidak tahu.Begitu juga.Kita dengan Allah.Kita 'merengek' nakkan ...sesuatu.

Tetapi Allah s.w.t tidak izinkan.Adakah Allah s.w.t tidak sayangkan kita?Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.Malah diganti dengan yang lebih baik.Kerana mungkin apa yang kita mahukan itu kelihatan baik pada pandangan kita.Tapi tidak pada pengetahuan Allah...Allah lebih tahu.Kita tidak tahu...kerana Allah Maha Mengetahui.Oleh itu,Marilah kita bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.

Jika tiada rezeki anak,mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezeki kesihatan.Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.Jika tiada rezeki kereta mewah,mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

MORAL OF THE STORY
Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Sumber : Cikgu Dah
TAUSIYAH @ Rahsia Perkahwinan

Kezuhudan Rasulullah S.A.W

Apabila Umar r.a memasuki rumah dan bilik Nabi s.a.w dan dilihatnya keadaan uzurnya, beliau berkata :
“Wahai rasulullah, berdoalah moga kamu diberikan keluasan dan kesenangan buat umatmu kerana Parsi dan Rom telah disenangkan dunia mereka serta menikmati kemewahan dunia sedangkan mereka tidak beribadah kepada Allah.”
Lalu nabi memberi menjawab ...
يا ابن الخطاب ، إن أولئك قوم عجلوا طيباتهم في الحياة الدنيا
"Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan mereka di dunia ini. " ( Riwayat Al-Bukhari)

Lalu bersegera Umar beristighfar..MARILAH kita beristighfar setiap kali 'terkagum' & terpesona dengan kekayaan mereka yang tidak beriman.

Rabu, 18 Jun 2014

Dah tu,bila nak belajarnya?

 
 

Apakah perlu dibuat bila telinga berdesing?

Bismillah...
Banyak orang bertanya kenapa terkadang telinga bersuara "Nging" ?
Apa sebab musababnya, karena musababnya ada yang mengatakan dengan tidak berpedoman, bertahayul dan sangkaan buruk terhadap hal itu ?
...
Sesungguhnya suara "NGING" dalam telinga, itu ialah Sayyidina Rosululloh Saw sedang menyebut orang yang telinganya bersuara "NGING" dalam perkumpulan yang tertinggi (malail a'laa) dan supaya ia ingat pada sayyidina rosululloh Saw dan membaca sholawat.

Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab ( AZIZI 'ALA JAMI'USH SHAGHIR)
"Jika telinga salah seorang kalian berdengung(nging) maka hendaklah ia mengingat aku (Sayyidina Rosululloh Saw) dan membaca sholawat kepadaku.Serta mengucapkan "DZAKARALLOHU MAN DZAKARONII BIKHOIR"; (artinya, Alloh ta'ala akan mengingat yang mengingatku dengan kebaikan)".

Imam Nawawi berkata : Sesungguhnya telinga itu berdengung Hanya ketika datang berita baik ke Ruh.Bahwa sayyidina Rosululloh Saw telah menyebutkan orang ( pemilik telinga yang berdengung"Nging") tersebut dengan kebaikan di al mala'al a'la (majlis tertinggi) di alam ruh.
[ Kitab AZIZI 'ALAL JAMIUSH SHAGIR ]
wallohu a'lam bishowab