Sabtu, 17 Januari 2015

Ajal

Suatu hari,ketika Nabi Sulaiman a.s telah selesai mengadakan kuliah atau kelas pengajian kepada umatnya datanglah seorang lelaki menemuinya dan berkata : 

Lelaki : "Wahai Nabi Allah,ketika tuan sedang memberi kuliah tadi saya perasaan ada seseorang asyik memandang saya dengan tidak berkelip-kelip dan saya tidak tahu siapakah dan mengapa lelaki itu asyik memandang saya sampai sebegitu rupa"

Nabi Sulaiman a.s : "Tahukah kamu siapakah orang yang kamu maksudkan itu?"

Lelaki : "Siapakah dia Wahai Nabi Allah?"

Nabi Sulaiman a.s : "Itulah malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawa mu"

Mendengar pernyataan Nabi Sulaiman itu lelaki itupun menjadi takut dan merayu kepada Nabi Sulaiman.

Lelaki :"Betulkah begitu wahai Nabi Allah?Jika begitu selamatkanlah aku hantarlah aku ke mana sahaja"

Nabi Sulaiman a.s : "Kamu mahu aku menghantarmu ke mana?"

Lelaki : "Hantarlah aku ke negeri Yaman"

Nabi Sulaiman a.s : "Baiklah,aku akan menghantar mu ke Yaman"

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan angin untuk menerbangkan lelaki itu ke negeri Yaman

Tidak berapa lama kemudian Nabi Sulaiman a.s telah didatangi lelaki yang dimaksudkan oleh lelaki tadi yang tidak berkelip memerhatinya itu.

Nabi Sulaiman a.s : "Apakah perkhabaran sahabat ku itu?"

Malaikat Maut : "Wahai Nabi Allah,aku telah mencabut nyawa di Yaman"

Nabi Sulaiman a.s :" Jika begitu mengapa kamu berada di sini tadi?"

Malaikat Maut : "Aku telah diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawanya di Yaman tetapi aku hairan kenapa dia masih berada di sini"

Pengajaran:
Firman Allah :
"Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan."

(Surat al-Jumu'a: 8)

Jumaat, 16 Januari 2015

KONSEP MALU DALAM ISLAM

Riwayat: al-Bukhari dan Muslim Hadith:
Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”

Huraian Hadith:

1. Hadith menunjukkan kelebihan sifat malu, sifat malu adalah antara kesempurnaan iman, kerana sifat malu menghalang seseorang daripada melakukan maksiat, dan mendorongnya melakukan taat dan ibadat.
2. Malu adalah semulajadi (fitrah) dalam diri manusia, ianya boleh diasuh dan boleh dididik supaya sesuai dengan tuntutan syarak.
3. Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu kerana malu itu sebahagian daripada iman.
Pencerahan:
Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah?
1. Ingatlah kurniaan Allah SWT.
Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam hati yang terdetik secara tiba-tiba. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu semakin banyak dilimpah seiring dengan semakin tebalnya buku catatan dosa yang kita lakukan?
Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak, pujian manusia yang semakin melambungkan nama, jawatan yang semakin kukuh, kehidupan yang meningkat sejahtera padahal dosa yang dibuat berganda-ganda banyaknya?
Orang-orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati firman Allah Taala yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah Hud ayat 15-16)

Ayat inilah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi sakaratul maut sambil mengulang-ulangi bacaan ayat ini.
Mengapa Allah tidak terus menyiksa manusia pada kali pertama dia mengulangi dosanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan dari hidupnya, ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh-tangguh? Maha Suci Allah yang sentiasa memberi peluang untuk manusia mengingati kurniaan-Nya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka bersyukur dan kembali pulang, Dia menangguhkan siksa kerana sayang kepada kita sedangkanl orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah.
Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu milik hamba Allah yang beruntung ini?
Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa beliau melakukan solat malam sehingga kaki baginda bengkak sedangkan Allah Taala telah mensucikan dirinya? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak bolehkan aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?” (Hadis riwayat al-Bukhari)
2. Telitilah aib diri.
Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang perisainya dikoyakkan dengan dengki, pertengkaran dan perbuatan keji, Haji yang dilakukannya tanpa reda dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.
Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat, matanya mengintai-intai taman syurga tapi kabur oleh gelapnya bayang-bayang zina mata yang pernah dilakukannya ketika melayari web lucah, sms mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.
Kalau tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, sekurang-kurangnya malulah bila melakukannya secara terang-terangan. Apa akan jadi dengan dunia ini apabila semua manusia berbuat maksiat secara terbuka dan tiada seorangpun memiliki rasa malu melakukannya. Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang menegakkan amar makruf nahi munkar di tengah-tengah mereka.
Kemaksiatan dan kejahatan manusia yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula dari hilangnya rasa malu, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hamba-Nya, pasti Dia mencabut rasa malu dalam dirinya, jika telah dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan dibenci.
Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah darinya, maka jika dicabut rasa amanah, kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianat kemudian jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianat, dicabutlah kasih sayang darinya, jika kasih sayang dicabut maka kamu tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah ikatan keislaman darinya”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Lihatlah iman dan amal orang lain.
Apabila seorang hamba merasa dirinya berada di bawah titik paling rendah dalam kadar hitungan imannya, hendaklah ia melihat kepada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikanlah hamba-hamba Allah yang kusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tetapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis. Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan para ulama, kemalasan kita dengan orang yang ihsan, riyak yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain.
Orang kaya yang bersedekah satu gantang berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah sepuluh kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita. Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, di manakah silapnya diri kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang-gemintang kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri saja.
Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah Taala yang memandangnya.

PELIHARALAH LIDAHMU!

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...." Berapa ramai di kalangan kita, dapat menjaga lidahnya, setelah menbaca tajuk di atas? Bla bla bla..huhuhu ! Kita pun kadang-kadang ada juga mengeluarkan kenyataan yang lazer, yang mungkin mengguris mata yang membaca. Tapi harus percaya, jika mereka membacanya secara positif atau cuba berfikiran positif, pasti mereka tidak akan terasa hati.

Imam Nawawi ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada bercakap yang sia-sia, kecuali jika percakapan itu mendatangkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baiklah berdiam diri. Hal ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatan lidahnya."
(HR : Ibnu Abib-Dunya).

Hadis-hadis Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud ; "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (HR : Abu Naim) "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam." (HR : Bukhari dan Muslim) "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya." (HR : At-Tirmizi)
Bagai ‘Mulut Ayam’ tiada henti bercakap. Mulut ayam atau dari erti kata lain dalam peribahasa yang berbunyi “Mulut bagai ekor ayam dihembus” atau lebih dikenali dalam peribahasa yang lain, “Moncong seperti ekor ayam” bermaksud seseorang yang tidak berhenti-henti bercakap dan juga yang tidak tahu erti diam. Individu ini juga mungkin lebih dikenali dalam masyarakat melayu kita sebagai “Mulut Murai” atau “Banyak mulut”. 

Ada pepatah juga mengatakan ; 'Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik.' Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan mendiamkan lidahnya. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang LIMA perkara berkaitan hal ini iaitu ;
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan semata-mata.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikkan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita.
5. Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kelak keaiban diri juga dikatakan orang.

Baginda SAW juga pernah bersabda ;
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai diantara kalian dan yang paling dekat kedudukannya dengan ku pada hari Kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dari ku diantara kalian pada hari kiamat kelak adalah Tsarsarun, Mutasyaddiqun dan Mutafaihiqun.” Para Sahabat bertanya : “Kami sudah tahu siapa Tsarsarun dan Mutasyaddiqun, tapi siapakah Mutafaihiqun?” Baginda menjawab : “Orang yang sombong.” (Ash-Shahihah no 791 dan Mukhtashar no 84)
Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap dan maksud Mutasyaddiqun pula ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai oleh Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN :
Bercakap-cakap kosong atau perka
ra-perkara yang sia-sia adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak. Bercakap-cakap kini telah ditransfer kepada bentuk-bentuk moden seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Instagram, facebook dan sebagainya... Ancaman dan bahayanya tetap sama seperti bercakap biasa atau mungkin lebih bahaya. Betul tak?
Sama-sama kita fikirkan...
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah..

KISAH MIMPI SEORANG GADIS

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya."Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kpd ayahku "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH."

KELEBIHAN MEREKA YANG BERILMU

Sayidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan kelebihan orang yang berilmu iaitu :

1- Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"


2- Pengawal yang setia
Saidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"


3- Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"


4- Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."


5- Ilmu tidak boleh dicuri
ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu."


6- Tidak pernah habis
tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, "apakah barang yang boleh disimpan lama?" jawab mereka, " iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki."


7- Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit"

Penjelasan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, " sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

8- Tiada terbatas, sentiasa bertambah Taat kepada Allah SWT. 

Firman Allah, Surah Al-Fathir, ayat 28, " sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu"
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu abdil Birri, " orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"
Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, "sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"

Wallahu a'lam.

Sumber : FB Ustaz Hasnan

INFO: Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat ialah:
* Ucapan atau seruan mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran berteraskan al-Quran dan hadis yang disampaikan oleh imam sebelum mendirikan solat Jumaat secara berjemaah.
* Hukumnya adalah wajib dan menjadi satu daripada syarat sah solat Jumaat. Tanpanya, solat Jumaat tidak sah.


Rukun khutbah
* Memuji Allah
* Membaca selawat ke atas Nabi SAW
* Mengingatkan jemaah supaya bertakwa kepada Allah (seruan Taqwa)
* Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
* Mendoakan kesejahteraan kaum Muslimin

Ahad, 11 Januari 2015

Apakah itu Sunnah?

SUNNAH YANG SUNNAH !
“Dari Ibnu Abbas ra. Bahawa Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid”. (HR : Baihaqi)

Al-Sunnah pada lughah (bahasa) membawa maksud perilaku, norma, peraturan dan amalan. Al-Sunnah juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan atau tindak tanduk sama ada baik atau buruk. Juga diertikan sebagai lawan kepada perkataan bid’ah (Al-Siba’i 1978: 48)

PENCERAHAN :
Dari segi istilah syarak pula, ia ditakrifkan dengan definisi yang berbeza mengikut pandangan ulama yang berlainan iaitu pandangan Ulama Fiqh, Ulama Usul dan Ulama Hadis :

1) Al-Sunnah Menurut Ulama Fiqh.
Ulama fiqh mentakrifkan al-Sunnah sebagai sesuatu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW yang menetapkan hukum yang termasuk dalam Ahkam Al-Khamsah (hukum yang lima) seperti wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Pengertian ini sesuai dengan ulama fiqh yang melihat kedudukan Rasulullah itu sendiri yang merupakan sebagai seorang pembuat dasar atau Musyarri’.

2) Al-Sunnah Menurut Ulama Usul.
Ulama usul mentakrifkan al-Sunnah sebagai setiap yang datang daripada Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sebagai dalil hukum syarak (Wahbah al-Zuhaili 1986 1:450). Dalil-dalil ini dapat daripada kata-kata, perbuatan dan perakuan yang bukan merupakan mukjizat. Mereka melihat Nabi sebagai Sahib al-Tashri’ yang menetapkan kaedah-kaedah bagi para mujtahid untuk mengambil hukum.

3) Al-Sunnah Menurut Ulama Hadis.
Al-Sunnah adalah setiap yang diriwayatkan daripada Nabi sama ada kata-kata, perbuatan, perakuan, kelakuan, sifat kejadian, sifat akhlak dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sebelum kerasulannya mahupun selepasnya dan sama ada sunnah tersebut mensabitkan hukum syarak atau sebaliknya (Abbas Mutawalli t.t: 23).
Ulama hadis masing-masing memandang Nabi itu sebagai Al-Imam Al-Hadi iaitu pemimpin yang membawa petunjuk ke jalan yang benar.


Menurut Dr. Abd. Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Sunnah terbahagi kepada tiga, iaitu:

1. Sunnah QAULIYYAH.
Segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi SAW yang bertujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu hukum atau sesuatu tindakan agar umatnya melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.


2. Sunnah FI'LIYYAH.
Segala bentuk perbuatan Nabi SAW, sama ada dari segi ibadah, muamalah, pemerintahan seperti solat, berwuduk dan sebagainya. Namun tidaklah semua perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah. Ini kerana Sunnah Fi’liyyah terbahagi kepada tiga iaitu :

a) Perbuatan semula jadi (الأفعال الجبليه). Iaitu perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Nabi SAW secara semula jadi dan tabiat manusia seperti makan, minum dan sebagainya. Secara hukumnya, perbuatan ini tidaklah dianggap sebagai syariat tetapi ia harus diikuti.
b) Perbuatan-perbuatan yang mempunyai dalil yang hanya ditentukan untuk Rasul sahaja. Hukumnya adalah haram bagi umatnya. Contohnya, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih daripada empat dan lain-lain lagi.
c) Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Rasulullah SAW yang bertujuan untuk disyariatkan dan dijadikan sebagai rujukan.

3. Sunnah TAQRIRIYYAH.
Perakuan Nabi SAW terhadap percakapan, perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabatnya sama ada melalui perakuan Baginda secara terus terang atau dengan mendiamkan diri. Contoh, perakuan Nabi SAW terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sahabatnya Muaz b. Jabal iaitu berijtihad ketika ketiadaan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga tentang hukum memakan Dabb (biawak padang pasir)

Ada juga ulama yang membahagikan sunnah kepada tiga seperti di bawah :
1) Sunnah SURAH : Iaitu fizikal atau luaran nabi seperti rambut nabi, janggut nabi, pakaian nabi, serban nabi, shawl nabi, selipar nabi, celak nabi dan sebagainya.
2) Sunnah SIRAH : Iaitu aktiviti harian nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara berist injak, bacaan al-Quran nabi, solat nabi, qiamullail nabi dan lain-lain lagi.
3) Sunnah SARIRAH : Iaitu perkara spiritual atau dalaman nabi seperti zikir nabi, pedih hati nabi, tangisan hati nabi, kerisauan nabi terhadap umat, kepedihan hati nabi melihat kerosakan umat, kebencian nabi terhadap kemungkaran dan seumpamanya lagi.

KESIMPULAN :
Pastinya besar ganjaran bagi mereka yang dapat amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW di akhir zaman ini. Semoga kita sama-sama mengamalkan sunnah seberapa banyak yang mungkin, dengan istiqamah.

Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Wallahu A'lam.

Sumber : FB Ustaz Hasnan

Khamis, 8 Januari 2015

Kisah Nabi Musa a.s dengan seorang lelaki

Suatu hari datanglah Nabi Musa a.s kepada seorang lelaki dan bertanya:

Nabi Musa :"Wahai orang muda, jika kamu diberi pilihan sama ada engkau ingin menjadi miskin dahulu baru kaya ataupun engkau mahu menjadi kaya dahulu baru engkau jadi miskin mana satukah yang engkau akan pilih?"

Pemuda : "Wahai Nabi Allah,jika aku diberi pilihan manakah yang perlu ku pilih untuk menjadi kaya dahulu baharu miskin atau menjadi miskin dahulu baharu kaya maka aku akan memilih untuk menjadi kaya dahulu barulah aku mahu jadi miskin"

Nabi Musa a.s : "Baiklah,jika begitu aku akan berdoa kepada Allah agar 30 Tahun pertama ini engkau akan menjadi seorang yang kaya raya tetapi selepas 30 tahun itu kau akan menjadi seorang yang miskin"

Setelah itu,Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada lelaki itu selama 30 Tahun.Dalam tempoh 30 Tahun itu lelaki tu telah menjadi seorang yang kaya raya.

Masa berlalu begitu pantas,30 tahun sudah berlalu maka Nabi Musa a.s menunggu ketika lelaki itu menjadi miskin tetapi lelaki itu tidak juga menjadi miskin.Terdetik di dalam hati Nabi Musa a.s mengapakah lelaki tu tidak miskin-miskin sedangkan tempoh 30 tahun telah berlalu lalu Nabi Musa a.s menanyakan kepada Allah tentang keadaan lelaki tu mengapa dia masih tidak miskin setelah tempoh kayanya sudah tamat.Maka Allah s.w.t berkata kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa,sesungguhnya Aku malu untuk memiskinkan dia disebabkan ketika Aku berikan kepadanya kekayaan dia sering bersedekah dan membantu sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan"


P/S : Kisah ini ialah kisah israeliat iaitu kisah-kisah yang berlaku pada zaman bani israel.Cerita israeliat ini diceritakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, ia boleh didengar dan diambil pengajaran,jangan ambik 100% ataupun menolaknya 100%.Wallahu'alam...

Sabtu, 3 Januari 2015

Apakah hukum ta'zir itu?

Ta’zir

Pendahuluan

Ta’zir dari segi istilah syarak didefinisikan sebagai hukuman keseksaan syarak yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang melakukan maksiat atau lain-lain jenayah yang tidak dikenakan hukuman hudud mahupun qisas. Hukuman ta’zir amatlah berbeza dengan hukuman hudud dan qisas kerana objektif hukuman ta’zir adalah untuk memberi pengajaran dan bukanya memberikan hukuman yang keras seperti hukuman bunuh yang dikenakan ke atas orang yang murtad jika merujuk kepada hukum hudud.

Selain daripada itu, hukuman ta’zir adalah universal iaitu sesuai untuk semua peringkat umur, agama, jantina dan termasuklah kanak-kanak tetapi dengan syarat, penjenayah-penjenayah yang melakukan kesalahan ta’zir mestilah berakal. Bentuk dan jenis hukuman ta’zir adalah terletak kepada kebijaksanaan dan kearifan hakim yang mengadili kes ta’zir. Walaubagaimanapun, hukuman yang ditentukan oleh hakim bukan bererti datang dari mentalitinya semata-mata tetapi juga melalui panduan-panduan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t., panduan yang dimaksudkan di atas ialah hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman yang melebihi hukuman hudud ke atas penjenayah ta’zir kerana akan tergolong dikalangan orang yang zalim.

Bagi menentukan kesalahan ta’zir, hendaklah berpanduan kepada kaedah-kaedah tertentu iaitu berdasarkan kepada pendapat ulama’ hanafi metod-metod pembuktian jenayah ta’zir ada empat iaitu pengakuan, penyaksian, keengganan bersumpah dan pengetahuan qadi.
Secara kesimpulanya, walaupun jenayah ta’zir tidak seberat jenayah hudud dan qisas, ini tidak bermakna penjenayh ta’zir terlepas dari pengadilan kerana ta’zir bertujuan untuk menghalang penjenyah-penjenayah ta’zir dari mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan.

- Definisi Ta’zir:

Suatu hukuman atau seksaan yang tidak ditentukan kadar dan peraturannya oleh Allah tetapi diserahkan kepada budi bicara pemerintah dalam kesalahan-kesalahan yang ditetapkan hukumnya oleh Allah.

Ta’zir dari segi bahasa al-ta’zir bermaksud halangan antaranya digunakan dengan makna pertolongan, ia menghalang musuh seseorang daripada menyakitinya. Kalimah ta’zir menjadi popular dengan makna memberi pengajaran dan penghinaan kurang daripada hukuman hadd. Ini kerana ta’zir dapat menghalang penjenayah daripada mengulangi kesalahan mereka.

Menurut istilah syarak pula ta’zir bermaksud hukuman keseksaan syara’ terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak dikenakan hukuman hadd dan kifarat sama ada perbuatan jenayah itu merupakan pencerobohan ke atas hak Allah seperti makan pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.

Kesalahan-kesalahan Ta’zir

Ta’zir terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kesalahan yang termasuk dalam ketogori hudud tetapi hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat perlaksanaannya. Ibn Taimiyyah menyebut maksia-maksiat yang tidak dikenakan hukuman hadd yang tertentu dan tidak pula dikenakan kifarat adalah termasuk dalam ta’zir seprti orang yang mencium lelaki atau wanita ajnabi, bercumbu-cumbuan atau berkalwat, atau mecuri barang yang tidak diletakan ditempat yang wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup nisab. Dan kesalahan-kesalahan yang selaian dari ketegori kesalahan hudud dan qisas meliputi semua bentuk kesalahan sama ada kesalahan itu disebut dalam al-Qur’an dan al-Hadis atau tidak. Ia juga merangkumi kesalahan terhadap hak Allah, hak manusia dan hak kedua-duanya.

Diantara kesalahan-kesalahan ta’zir ialah jenayah yang tidak boleh dikenakan hukuman Qisas, menyetubuhi isteri pada dubur atau pada masa haid, mengambil harta dengan kekerasan secara paksaan atau merampasanya. Jika seseorang berkata kepada seseorang yang lain: “ Wahai anjing, wahai babi, wahai keldai, wahai lembu” dia tidak dikenakan hukuman ta’zir menurut golongan Hanafi yang asal kerana ia tidak melemparkan tuduhan dengan perkara-perkara yang tidak mungkin wujud. Maka keaiban pembohongan itu akan kembali kepadanya. Manakala sebahagian yang lain daripada golongan Hanafi berkata “Orang yang berkata demikian dikenakan hukuman ta’zir mengikut uruf (dapat pemakaian) kita.”

Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir berasaskan tuntutan dimaki. Ia diperkuatkan lagi apabila golongan Syafie berkata : “Antara lafaz-lafaz yang boleh dikenakan hukuman ta’zir ialah perkataan seseorang kepada seseorang yang lain. “Wahai fasik, wahai kafir, wahai orang jahat, wahai celaka, wahai anjing, wahai keldai dan wahai orang yang melakukan perbuatan buruk dan wahai pengecut.”

Hukuman ta’zir ini dijalankan oleh pemerintah, orang yang dilantik oleh pemerintah atau pemangkunya. Ia dibuat dalam pukulan, tahanan atau penghinaan dengan perkataan dan sebagainya yang mengikut pandangan pemerintah dapat menakutkan seseorang dengan mengambil kira perbezaan kedudukan seseorang.


- Cara-cara Pembuktian Jenayah Ta’zir

Menurut ulama Hanafi boleh dibuktikan dengan pembuktian biasa mengenai semua hak menusia seperti pengakuan, penyaksian, keenganan bersumpah dan pengetahuan qadi. Dalam perbahasan kehakiman bahawa fatwa mengenainya ialah tidak harus bagi qadi menjatuhkan hukuman dengan berpandukan pengetahuan peribadi semata-mata pada zaman sekarang. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya tomahan dan mencegah salah guna kuasa para hakim yang tidak amanah pada masa kini.

Diriwayatkan daripada Abu Hanifah bahawa saksi wanita tidak diterima. Namun al-Kasani berkata: yang sahih ialah pendapat pertama: kerana ia adalah hak manusia tulin. Maka ia boleh dibuktikan dengan semua bukti yang boleh mensabitkan semua hak manusia.

- Cara-Cara Melaksanakan Hukuman Ta’zir Dan Bentuk Hukumannya

Cara menghukum orang yang melakukan kesalahan-kesalahan ta’zir mempunyai peringkat-peringkat tertentu untuk menghukum iaitu:
a)Nasihat, menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulanginya lagi pada masa akan dating.
b)Teguran, teguran rasmi yang biasa dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
c)Ancaman dan amaran; mengancam dan memberikan amaran kepada orang yang bersalah agar tidak mnegulangi kesalahanya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d)Pemulauan; hukuman pemulauana yang dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit jikalau ia berterusan atau mengulangi kesalahanya lantaran tidak dapat bermuamalat dan berintraksi dengan orang lain dalam masyarakat.

Adapaun mengenai bentuk hukuman bagi kesalahan ta’zir yang lain adalah sepertimana berikut:
a.Pengisytiharan Umun, Membuat pengisytiharan kepada masyarakat awam terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
b.Denda dan Pampasan Harta Benda, iaitu hukuman ta’zir dengan denda berbentuk kewanga dan menrampas harta yang dimiliki penjenayah oleh mahkamah.
c.Penjara, mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa dan kebijaksanaan mahkamah.
d.Sebat, mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan bilangan sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa yang munasabah.
e.Bunuh, Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum dalam masyarakat dan ketenteraman Negara.
f.Buang daerah, Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan mangalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handal.

- Pemerintah yang melaksanakan Ta’zir

Perlaksanaan hukuman ta’zir sebagaimana juga dengan hukuman hudud adalah bergantung kepada pemerintah. Tiada seorang pun yang berhak bagi menjalankan ta’zir kecuali tiga orang iaitu bapa, tuan hamba dan suami. Seorang bapa berhak mengajar anaknya yang masih kecil dan mengenakan ta’zir supaya ia belajar dan berakhlak mulia serta mencegahnya daripada melakukan kejahatan. Menyuruhnya sembahyang dan memukulnya ketika menghukum. Kedudukan ibu pula sama seperti bapa semasa anak berada dalam jagaannya iaitu semasa penyusuaan dan asuhan. Bapa tidak berhak menta’zir anaknya yang telah mencapai akil walaupun ia seoarang yang bodoh.

Manakala tuan kepada hamba berhak menta’zir hambanya yang membuat kesalahan terhadap haknya dan hak Allah s.w.t.. Suami pula berhak menta’zir isterinya yang nusyuz dan cuai menunaikan hak Allah s.w.t. seperti mendirikan sembahyang dan berpuasa pada Ramadhan dengan mengenakan hukuman yang munasabah untuk memperbaiki akhlak isterinya. Semua ini adalah termasuk dalam mengingkari perkara-perkara mungkar dan suami adalah antara orang yang dipertangunggungjawabkan untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah yang mungkar.

- Syarat Wajib Ta’zir

Hanya satu syarat sahaja yang dikenakan bagi hukuman ta’zir iaitu seseorang yang melakukan jenayah yang tidak ditentukan kadar hukumannya oleh syarak. Oleh itu ta’zir dikenakan kepada setiap penjenayah yang berakal, sama ada lelaki atau pun perempuan, muslim atau kafir, baligh atau kanak-kanak yang berakal kerana mereka yang dewasa adalah layak menerima hukuman. Sementara kanak-kanak yang berakal dikenakan ta’zir sebagai pengajaran bukan sebagai hukuman.

Kaedah yang membolehkan hukuman ta’zir dikenakan kepada setiap orang yang melakukan kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak dengan perkataan, perbuatan atau isyarat, sama ada orang yang menjadi mangsanya itu seoarang muslim atau pun kafir.

- Perlaksanaan Hukuman Ta’zir

Hukuman ta’zir wajib dilaksanakan oleh hakim kerana hukuman ta’zir itu adalah hak pemerintah kerajaan dimana hakim adalah orang yang bertanggungjawab dari hak pemerintah atau kerajaan secara umum terhadap orang-orang yang ada didalam wilayahnya untuk menghukum mereka yang telah disabit kesalahannya dalam mahkamah. Pelaksanaan hukuman ta’zir yang menjadi tanggungjawab hakim, pihak pemerintah atau kerajaan harus juga melantik orang-orang yang khusus yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab sebagai wakilnya untuk melaksanakan hukuman ta’zir itu.

Dalam qanun jenayah sar’iyyah, hukuman sebat yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah yang dikira bukan sebagai kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada sepuluh kali sebat. Hukuman ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah al-Ansari
Sabda Rasulullah s.a.w.

لايجتد فوق عشرجتدات الا في حد من حدود الله تعالى.
Maksudnya: “Jangan disebat lebih daripada sepuluh kali sebat, kecuali dalam kes hudud daripada hudud Allah s.w.t.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Sifat-sifat Ta’zir

Ada beberapa sifat bagi ta’zir iaitu pertama menurut ulama’ Maliki dan Hambali sekiranya pemerintah merasakan perlunya ta’zir dalam sesuatu hal sebagi hak yang wajib bagi Allah s.w.t.. Pemerintah tidak boleh mengabaikanya kerana ia merupakan pencegahan yang disyaratkan bagi hak Allah s.w.t.. Manakala menurut ulama Syafie hukuman ta’zir tidak merupakan sesuatu yang wajib. Oleh itu harus bagi pemerintah mengabaikannya apabila ia tidak berkaitan dengan hak individu manusia.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
اقيلو ذوي الهينات عثراتهم إلا في الحدود.
“Berilah kemaafan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan kecuali kesalahan hudud.”

Ta’zir dijalankan dengan pukulan yang lebih kuat kerana ia boleh diringankan dari segi bilangan sebatan. Sebaliknya ia tidak diringankan dari segi sifat atau cara penyebatan supaya tercapai tujuan daripada hukuman iaitu pencegahan. Kemudian kekuatanya diikuti oleh had zina, had minum arak kemudian had qadhaf.

- Kadar Ta’zir

Hukuman ta’zir adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan kadarnya oleh syarak (al-Qur’an dan Hadis), dimana hukuman ta’zir ini adalah tertakluk dibawah kuasa hakim secara mutlak mengenai jenis dan kadar hukuman yang akan dijatuhkan dan dikenakan keatas penjenayah-penjenayah-penjenayah itu.

Hukuman ta’zir dikenakan mengikut ijtihad hakim dengan mengambil kira kadar jenayah yang dilakukan dan martabat kedudukan penjenayah sama ada dengan herdik, tengking, penahanan, sebat, tampar atau bunah. Contohnya dalam kesalahan melakukan hubungan jenis bukan pada faraj atau buang daerah, memalukannya dengan kata-kata kesat dalam suatu majlis “ Wahai orang zalim, wahai penceroboh.” Adalah tidak mengapa menghitamkan muka pesalah dan memanggilnya dengan kesalahan yang ia lakukan dan diarak serta dipukul dan pesalah boleh disular. Tetapi tidak harus menahanya daripada makan dan berwuduk.


Haram dikenakan ta’zir ke atas pesalah dengan mencukur janggut, memotong anggota dan melukakanya. Begitu juga dengan mengambil harta dan membinasakanya menurut ulama Hambali. Hukuman ta’zir yang berat harus dikenakan ke atas orang perantaraan “Qawwadah” yang merosakkan wanita dan lelaki. Perkara itu patut diistiharkan dan dihebahkan kepada orang awam supaya maklumat ini ada dalam pengetahuan mereka.

Sekurang-kurangnya sebatan ta’zir ialah tiga kali. Ia boleh dikurangkan menurut keadaan individu. Kadar yang rendah bagi hukuman ta’zir tidak ditentu. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kadar yang paling tinggi hukuman ta’zir. Abu Hanifah, Muhamad bin Hassan, ulama Syafie dan Hambali bersepakat bahawa ta’zir tidak boleh melebihi hukuman hudud. Oleh itu, kemaksimunan sebatan ta’zir mesti dikurangkan satu sebatan daripada minimum hukuman hadd. Minimum Hukuman hudud bagi penjenayah yang merdeka menurut ulama Syafie ialah empat puluh sebatan iaitu bagi kesalahan meminum arak. Manakala dikalangan ulama yang lain pula, hukuman hudud yang minimum ialah hukuman yang diperuntukan kepada hamba iaitu empat kali sebatan. Ia merupakan had qazaf ke atas pesalah hamba.
Sabda Rasulullah s.a.w:
من باغ حدأ في غير حد فهو من المعتدين.
Maksudnya: “Sesiapa yang menjatuhkan hukuman yang melebihi hukuman hadd pada jenayah yang tidak dikenakan had maka ia adalah orang yang zalim.”

Ulama Maliki berpendapat bahawa pemerintah boleh mengenakan sebatan ta’zir sebanyak mana yang difikirkan perlu walaupun ia melebihi kadar maksimun bagi sesuatu hukuman hudud. Harus dikenakan hukuman ta’zir ke atas penjenayah sama seperti hukuman hudud, kurang atau lebih mengikut ijtihad pemerintah. Terdapat satu riwayat bahawa Ma’in bin Za’idah membuat mohor menyerupai ukiran mohor Baitulmal kemudian ia membawanya kepada petugas Baitulmal dan mengambil harta daripadanya. Perkara ini sampai kepada Saidina Umar r.a. lalu beliau memukul Ma’in sebanyak seratus kali sebatan dan menahannya. Ma’in membantahnya lalu Saidina Umar memukulnya seratus kali lagi. Tetapi Ma’in membantahnya lagi selepas itu, dan Saidina Umar memukulnya dan meletakanya dalam buangan. Sebenarnya Saidina Umat menyebat Ma’in atas beberapa jenayah iaitu memalsukan mohor Baitulmal, mengambil harta daripada Baitulmal dan membuat contoh penipuan kepada orang lain.

Pendapat Ulama Maliki ini diperkukuhkan lagi dengan adanya riwayat daripada Imam Ali k.w. yang menghukumkan orang yang didapati bersekedudukan bersama perempuan tanpa izin dengan sembilan puluh lapan kali sebatan.

- Hukuman Bunuh (Ta’zir secara siyasah)


Golongan Hanafi dan Maliki mengharuskan hukuman bunuh sebagai ta’zir secara siyasah dalam kes melakukan jenayah yang serupa berulang kali. Melakukan liwat atau membunuh dengan menggunakan benda yang berat. Mereka menamakan hukuman ini bunuh secara siyasah. Apabila hakim berpendapat ia boleh mendatangkan kemaslahatan dan jenis jenayah yang dilakukan itu boleh di kenakan hukuman bunuh. Kebanyakan golongan Hanafi memberi fatwa boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas golongan ahli dhimmah yang sering kali mencela dan mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: “Ia boleh dikenakan hukuman bunuh berpandukan siayasah.” Menurut ijmak ulama seperti kata kadi Iyad dalam buku af-Shifa’ tentang mewajibkan hukuman bunuh orang muslim yang mencaci Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah Taala: surah al-ahzab, ayat 57:
إن الذين يؤذون الله ورسوله, لعنهم الله في الدنيا والأخرة وأعدلهم عذابا مهينا.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah s.w.t dan Rasul-Nya, Allah s.w.t. akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan Allah s.w.t. menyediakan baginya seksa yang menghinakan.”


Mereka juga berkata bahawa pemerintah boleh menghukum pencuri dengan hukuman bunuh berasaskan siyasah sekiranya pencuri itu berulang kali melakukan jenayah tersebut. Pemerintah boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang kerap kali menyebabkan berlaku kesesatan lalu lintas, kelam kabut dalam Bandar dan melakukan aktiviti yang merosakan bumi. Begitujuga dikenakan hukuman bunuh ke atas tukang sihir menurut kebanyakan ulama dan ke atas penganut zindiq yang menjalankan kegiatan menyeru orang kepada perkara-perkara zindiq apabila ia dapat ditangkap biarpun kemudiannya dia bertaubat.

Golongan Maliki, Hambali dan lain-lain mengharuskan pembunuhan pengintip yang beragama Islam sekiranya dia menajdi pegintip dan tali barut bagi kepentingan musuh umat Islam. Iman Abu Hanifah dan Syafie tidak mengharuskan pembunuhan itu. Satu golongan sahabat Syafie, Ahmad dan lain-lain mengharuskan pembunuhan penyeru kepada bid’ah yang bertentangan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Para Fuqaha bersependapat bahawa kafir harbi yang menjadi pengintip harus di bunuh. Jika kafir mu’ahad dan dhimmi yang menjadi pengintip, maka terbatalah perjanjiannya menurut Iman Malik dan al-Auza’i. Ini berlainan dengan pendapat golongan Syafie. Dalil yang menunjukan harus hukuman bunuh ke atas pengintip, sekiranya ia kafir musta’man atau dhimmi. Salmah bin al-Akwa berkata: “Seorang pengintip datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang di dalam musafir, lalu ia duduk bersama sahabat bercakap-cakap, kemudian dia segera berundur.

Sabda Rasulullah s.a.w:
اطلبوه فاقتلوه.
Maksudnya: “Tangkap dia dan bunuh”

Maka aku lebih mendahului mereka dan membunuhnya. Lalu Nabi Muhammad memberiku peninggalan pengintip itu kepadaku.

- Hukuman Buang Negeri

Penjenayah-penjenayah yang didapat kerap kali melakukan jenayah yang bukan kes hudud boleh dikenakan hukuman buang negeri yang tidak sampai satu tahun sebagai hukuman ta’zir. Tindakan yang dikenakan ke atas penjenayah yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud dengan hukuman buang negeri sebagai hukuman ta’zir ialah supaya perbuatan yang mereka lakukan itu tidak menjadi ikutan dan tidak merosakan orang lain. Hukuman buang negeri sebagai hukuman ta’zir yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang kerap kali melakukan jenayah yang bukan kes hudud adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a.:

أن النبى صلى عليه وسلم ضرب وغرب, وأن أبا بكر ضرب وغرب, وأن عمر ضرب وغرب.
Maksudnya: “Bahawa Nabi s.a.w. pernah memukul (mengenakan hukuman ta’zir dengan memukul penjenayah-penjenayah) dan membuang negeri (mereka yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud) Khalifah Abu Bakar dan Umar pernah juga menyebat dan membuang negeri mereka yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud (sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.)” (Riwayat tarmizi dan Hakim).

Hukuman sebat dan Buang negeri yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang selalu melakukan jenayah yang bukan dikira bukan kes hudud adalah hanya hukuman ta’zir sahaja untuk menghalang dan mencegah mereka dari mengulangi perbuatan jenayah yang mereka lakukan itu.

Kesimpulan

Secara kesimpulanya, dapatlah kami simpulkan disini bahwa ta’zir adalah berbeza dengan kesalahan hudud dan qisas. Walaupun pada hakikatnya hudud, ta’zir dan qisas adalah diperuntukan dalam qanun jenayah sayriah tetapi ketiga-tiganya mempunyai banyak perbezaan.

Hukuman ta’zir adalah amat baik untuk memberikan pengajaran dan tauladan kepada semua peringkat umur, bangsa, agama dan jantina. Maksudnya disini, orang kafir juga boleh dijatuhkankan hukaman ta’zir oleh hakim atau pemerintah. Walaubagaimanapun penjenayah yang tidak siuman atau tidak berakal tidak wajib dikenakan hukuman ta’zir kerana mereka melakukan kesalahan dalam keadaan tidak sedar.

Sepertimana yang kita ketahui hukuman ta’zir tidak ditentukan dan ditetapkan oleh Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam al-qur’an dan hadis. Oleh sebab itu kadar dan jenis hukuman ta’zir ditentukan oleh kebijaksaan hakim dan yang paling penting ia tidak melebihi hukuman hudud.

Dunia sekarang bukan sahaja dipenuhi dengan kesalahan hudud dan qisas tetapi juga dipenuhi dengan kesalahan-kesalahan kecil iaitu ta’zir. Jadi untuk mengelakkan pesalah-pesalah ta’zir terjerumus dalam kesalahan hudud dan qisas, maka adalah sesuai pesalah-pesalah ta’zir dikenakan hukuman ta’zir yang setimpal dengannya berdasarkan kepada kebijaksanaan hakim.


RUJUKAN


1)Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Ketiga 200, Jilid 6.

2)Qanun Jenayah Syar’iyyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Qur’an dan Hadith, Haji Sa’id Haji Ibrahim, Darul Ma’rifah Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1996.


3)Fiqh Jenayah Islam, Abu Mazaya al-Hafiz & Abu Izzat al-Sahafi, Al-Hidayah Publishers, Cetakan Pertama 2004.

4)Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, Dr. Muhammad Firdaus Nurul Huda, Muhd. Ramzi Omar, Crescent News (KL) Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2007. 

Sumber :
http://www.keberkatanillahi.blogspot.com

 

Kisah seorang 'abid(ahli ibadah) membakar jarinya


Sumber Gambar : http://www.digaleri.com/2013/02/wallpaper-rumah-kayu-yang-sangat-indah.html

Tersebutlah sebuah kisah seorang lelaki ahli ibadah yang tinggal sendirian beruzlah(Menyendiri) di tengah hutan.Ahli ibadah itu seorang yang sangat taat dan takut kepada Allah s.w.t . Suatu malam yang gelap ketika beliau sedang sibuk beribadah pada ketika itu hujan telah turun dengan lebatnya,berdekatan dengannya ada sebuah pelita yang digunakan untuk menerangi malamnya setiap hari.Ketika beliau khusyuk berzikir dan bermunajat tiba-tiba beliau telah mendengar pintu rumahnya diketuk dengan kuat. "ahhh siapa pulak datang kerumah ku pada waktu-waktu begini" katanya di dalam hati. lantas beliau membuka pintu rumahnya.Alangkah terkejutnya dia apabila didapati ada seorang gadis yang cantik jelita berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Ahli Ibadah : "Siapa kamu dan apakah tujuan mu kemari?" tanya ahli ibadah itu.

Gadis : "Maafkan aku kerana mengganggu mu, sebenarnya aku adalah puteri kepada raja negeri ini, aku telah tersesat ketika asyik mengikut ayahanda ku pergi berburu. Di dalam keadaan gelap dan hujan semakin lebat,aku tidak punya arah untuk dituju bolehkah aku tumpang bermalam di rumah mu ini sementara menunggu hari siang? "

Ahli Ibadah : "Maaf tidak boleh,di rumah ini aku hanya tinggal seorang sahaja.Lagipun kamu perempuan dan aku adalah lelaki tidak manis jika diketahui orang " ujarnya

Gadis : "Tolonglah saya tuan,ke mana lagi saya hendak pergi dalam keadaan gelap gelita dan hujan lebat ini?Tumpangkanlah saya sehingga siang hari sahaja!" rayu wanita itu

Ahli ibadah : "Baiklah,tapi sampai esok pagi sahaja ya.Masuklah!"

Gadis: "Terima kasih tuan"

Setelah dibenarkan gadis itu masuk, ahli ibadah itu menunjukkan tempat untuk gadis itu berehat disebabkan rumah ahli ibadah itu kecil.Beliau telah menyuruh gadis itu tidur di tempatnya manakala dia membelakangi gadis itu.Akibat terlalu letih, gadis itu pun terlena dengan nyenyaknya.

Tiba-tiba datanglah bisikan syaitan datang membisikkan niat jahat ke telinga ahli ibadah itu.

Syaitan : "Hai kawan,lauk sudah terhidang apa lagi yang kamu nak tunggu?Dalam keadaan hujan yang lebat dan cuaca yang sejuk begini alangkah baiknya kalau ada tempat untuk memanaskan badan" bisik syaitan

Ahli Ibadah : "Astaghfirullahal'azim....Allah s.w.t telah menegah ku dari melakukan zina dan pasti aku akan mematuhinya " Tegas ahli ibadah itu di dalam hatinya

Syaitan : "Apalah kau ini,bodoh.Bukannya ada sesiapa pun di sini lagipun dia tidur sangat nyenyak sudah pasti dia tidak akan sedar apa yang kau lakukan terhadapnya!" kata bisikan syaitan itu

Ahli Ibadah : "Tidak,aku takut akan Allah s.w.t"

Syaitan : "Alahhhh...ianya bukan ambik masa yang lama pun.Setelah engkau puas menjamah tubuhnya engkau kembalilah ke tempat ibadat mu " bisik syaitan lagi

Ahli Ibadah: "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari kelingkingnya.Beliau sedaya upaya menahan bakaran api tu pada jarinya,setelah tidak tahan menahan panas beliau berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari api di dunia ini?"

Syaitan : " Dia cantik,muka dia ayu,kulitnya gebu masakan engkau tidak teringin untuk memegangnya?"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari manisnya.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Jika waktu ini engkau tidak ambik peluang bila lagi?aku tahu engkau pun suka juga kan?"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar jari hantunya pula.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya selama yang mungkin setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "engkau ini memang menolak tuah,lauk sudah terhidang di depan mata engkau menolak,alngkah ruginya diri kerana peluang sebegini sudah pasti tidak akan kau temui lagi"

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! aku tidak mahu " lantas beliau membakar jari telunjuknya pula.Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Engkau ini asyik beribadah tidak pernah memperdulikan nafsu mu, apalah salahnya jika kau ambik peluang ini untuk menganugerahkan diri mu dengan menjamah tubuh wanita itu?Kalau aku sudah pasti aku tidak melepaskan peluang keemasan yang sebegini" hasut syaitan lagi

Ahli Ibadah : " "Tidakkkkkk....!!!! " lantas beliau membakar ibu jari tangannya pula. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?" 

Ahli ibadah itu menangis dan berdoa "Wahai Allah,peliharalah diriku dari hasutan syaitan dan runtunan nafsu ku.Aku berlindung kepada mu dari zina dan kemungkaran.Bantulah aku seperti mana engkau membantu Nabi Yusuf ketika baginda di rayu oleh zulaikha "

Setelah itu,beliau pun tertidur dan terjaga setelah sekali lagi terdengar pintu rumahnya diketuk.Beliau pun lantas membuka pintu dan mendapati hari sudah siang dan rumahnya telah di kelilingi dengan pengawal.

Pengawal :"Kami sedang mencari seorang puteri raja yang telah hilang semalam adakah kamu ada melihat sesiapa sejak semalam?"

Ahli Ibadah : "Ya,ada!Aku tumpangkannya bermalam di rumah ku"

Pengawal : "Owh jika begitu engkau telah menculiknya ya??"

Ahli Ibadah : "Demi Allah,aku tidak menculik semalam semasa keadaan gelap gelita dan hujan lebat dia datang ke rumah ku untuk tumpang berteduh"

Tiba-tiba tuan puteri telah bangun dari tidurnya dan berlari ke arah pengawal

Gadis : "pengawal...Jangan apa-apakan dia kalau tak kerana dia sudah tentu aku akan semakin tersesat di dalam kegelapan atau mungkin aku sudah dimakan binatang buas!"

Pengawal : "Baginda raja telah menitahkan kami untuk membawa tuan puteri pulang ke istana"

Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih tuan puteri pun beredar dan pulang ke istana.Tidak beberapa hari kemudian ahli ibadah itu telah di datangi oleh rombongan di raja. Kali ini tuan puteri datang bersama ayahandanya.

Raja : "Apakah benar kamu yang menjaga puteri beta ketika anakanda beta itu tersesat di dalam hutan ini?"

Ahli Ibadah : "Maafkan patik tuanku,patik hanya menumpangnya sahaja tapi patik tidak berbuat apa-apa kepadanya"

Raja : "Wahai pemuda,janganlah kamu khuatir puteri beta telah menceritakan segala-galanya kepada beta engkau adalah manusia yang jujur dan taat kepada Allah sememangnya orang seperti kamulah yang beta cari selama ini untuk menjadi pasangan kepada putri beta.Adakah kamu bersetuju dengan tawaran beta ini?

Ahli Ibadah : "Patik bersetuju tuanku"

Raja :"Bendahara dan sekelian yang ada! beta akan kahwinkan puteri beta dengan pemuda yang soleh ini jadi persiapaknalah segala kelengkapan untuk hari bahagia anakanda beta ini"

Moral : Apa akan jadi sekiranya ahli ibadah itu mengikut pujukan syaitan itu?sudah pasti ahli ibadah itu akan ditangkap atau dibunuh.Tepuk dada tanyalah iman

Wallahu'alam...


RAHSIA SOLAT 1


Sumber Gambar : https://www.tokopedia.com/pingbi/puzzle-kayu-wudhu
WUDUK
Misi Rasulullah SAW melalui pendidikan alquran ialah untuk memperbaiki akhlak manusia. Segala ilmu yang terhimpun dalam alquran itu dijelaskan sehingga dapat disaksikan kehebatannya untuk membuatkan manusia bersyahadah/naik saksi. Melalui usaha dakwah yang istiqomah juga ia mampu menundukkan ego manusia melalui penghapusan akhlak jahiliyah yang telah rosak.
Itulah hakikat SYAHADAH, pemahaman dan penyaksian terhadap ilmu tentang makrifatullah dan sunnah Rasulullah SAW. Itulah hakikat dakwah / doa / silah yang menghubungkan ilmu Allah sebagai tarbiyah kepada manusia dalam ibadah SOLAT sepanjang hayat.
Kerana itu dikatakan Solat itu adalah DOA/SERU, satu proses penyucian segala kekotoran jiwa dan akhlak manusia secara menyeluruh. Pada masa yang sama, solat juga adalah tiang agama, sebagai sarana pembangunan Islam. Itulah SILAH, MENGHUBUNGKAN manusia dengan ilmu milik Rabbnya, dihubungkan (silahkan /solatkan /solawatkan) sebagai Doa atau Seruan /Dakwah. Solat itu juga dikatakan Mikraj yang meningkatkan darjat Mukminin. Solat juga mencegah keji dan mungkar.
Seperti yang dijanjikan, JUMAAT ini kami mulakan dengan perkongsian tarbiah solat bahagian pertama, iaitu bagaimana kami tarbiahkan anak-anak RPWP dengan semua rukun dan sunat dalam ibadah solat sebagai bahan pendidikan akhlak untuk mereka.

WUDHUK : PENYUCIAN HAMBA SEBELUM BERSOLAT
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berdiri melaksanakan solat maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu.”- Al-Maidah:6
Di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: “Solat salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwudhu “.
Wudhuk merupakan satu proses penyucian diri dan ia terletak di bawah konsep THOHAROH (bersuci). Kerana itu tidak sah jika kita mengerjakan solat tanpa wudhu’.
Pada hakikatnya, jika solat itu adalah gerak kerja dakwah / seruan dengan mencegah keji dan mungkar, seharusnya orang yang sedang melaksanakan seruan itu sendiri sudah dibersihkan terlebih dahulu. Mana mungkin tangan yang kotor mampu membersihkan yang lain..?
Wudhuk ini adalah satu bentuk ritual yang mana kita lakukan pembersihan fizikal terhadap anggota tubuh setiap hari. Kami kembangkan tarbiah ini kepada anak-anak dengan pembersihan spiritual dan rohani, mental dan emosi yang juga melibatkan anggota wudhuk dalam pembentukan akhlak mereka.
Kerana itulah pemahaman biasa mengenai wudhu ialah setiap kali basuh anggota dengan wudhu, akan berguguranlah dosa-dosa kecil ibarat air yang menitis dari anggota itu... 

PENYUCIAN ANGGOTA WAJAH DAN KEPALA
Dalam doa iftitah sewaktu awal bersolat, kita berjanji dan berikrar untuk menjadi hamba yang bersegera dan awal-awal menyahut seruan apabila diseru. Kita juga mengaku akan MENGHADAP wajah dengan menumpukan segala upaya hayat dan amal kita HANYA kepada agama dan fitrah Allah sahaja.
Anggota di kepala/wajah kita ini ada banyak fungsinya. Jika dapat kita sucikan, insyaAllah akan dapat kita gunakan ia untuk tujuan menyeru, berdakwah dan solat /solawat, menghubungkan manusia kepada Allah dan sunnah rasulNya. Jika anggota kita sendiri kotor, pastinya seruan kita akan membawa manusia kepada fahaman regim syaitan lalu sama-sama terjerumus ke neraka.
Berapa ramai yang menjadi korban setiap hari daripada mulut kita? Berapa kali berbohong, memaki, menfitnah dan membicarakan aib orang lain? Berapa banyak benda haram yang dimakan dan diminum? Apa yang diintip oleh mata? Apa yang didengar oleh telinga? dan apa saja yang baru dicium hidung ini?
Adakah sebahagian dari minda dan otak di kepala kita yang bersentuhan dan dibasahi dengan zikir yang sentiasa mengingatkan kita tentang suruhan dan larangan Allah? jika tidak, bagaimana kita boleh kongsikan zikir itu untuk mengingatkan orang lain agar meninggalkan larangan dan melaksanakan suruhan Allah?
Sesungguhnya semua ini memerlukan satu penegasan dan penekanan untuk mencapai hakikat solat yang sempurna.
Jika mulut masih kotor, bagaimana seruan dari mulut itu mampu menyucikan hati yang lain? Jika telinga masih mendengar yang kotor, bagaimana kita boleh mendapat input yang suci untuk disampaikan kepada yang lain? Jika hidung masih menghidu salah orang (tajassus) atau mencari-cari tempat atau bahan yang busuk untuk berpoya-poya, bagaimana mungkin akan mampu menghidu ilmu yang baik dan wanginya taman syurga?
Menyucikan fahaman, kekotoran dalam diri melalui wajah adalah satu ritual dengan tuntutan actual agar kita membuang segala fahaman lama yang masih menjadi sembahan dalam diri kita. Jika Allah bukan menjadi satu asbab dan FOKUS dalam kehidupan kita, maka sia-sia sahaja kita berwudhuk walaupun sepanjang hari. Kita boleh lihat bagaimana manusia yang focus terhadap kerja sampai boleh lupa urusan makan dan minum pun... tetapi berapa ramai yang mampu fokus sebegitu kerana ALLAH?

PENYUCIAN ANGGOTA TANGAN DAN KAKI
Tanpa ilmu yang di alirkan kepada kaki dan tangan seorang hamba yang bekerja, bagaimana kita mengharapkan segala tindak tanduk kita di dunia benar-benar mengikut pentunjuk Allah?.
Oleh itu, untuk melaksanakan segala perintah Allah, maka anggota tubuh yang penting ini wajib disucikan dengan kefahaman yang betul tentang pelaksanaan pembangunan Islam yang sebenar.
Dalam Surah 48 al-Fath: 10, Allah telah mengikat perjanjian dengan orang beriman bahawa tangan mereka adalah tangan Allah. Mana mungkin kita mampu membawa amanah Allah, sesuatu yang suci jika tangan masih kotor dan jiwa masih fasiq.
Air adalah ibarat sarana ilmu dan tarbiah yang dialirkan kepada tangan dan kaki untuk manusia cuci tangan daripada dosa dan agar tangan itu tahu menggalas tanggungjawab.
Demikian juga peranan kaki yang melangkah dan membawa diri kita samada ke syurga ataupun ke neraka. Manusia dikenali sebagai orang-orang yang berdosa dari tanda-tandanya, lalu tanda itu juga dipegang dari kepala dan kaki-kakinya.
Hari ini kaki betina, kaki pukul, kaki rempit, kaki penipu, kaki arak, kaki judi dan sebagainya masih lagi Islam, masih berwudhuk dan solat, masih berpuasa, malah masih menyambut hari raya. Walaupun Islam, namun mereka masih lagi cenderung kepada maksiat dengan mengikut langkah-langkah syaitan. Wajarkah begitu?

KESIMPULAN
Solat tidak akan mampu mencegah keji dan mungkar jika tidak ada ilmu yang mengisi kejahilan dan selagi ruang kotor dalam diri belum dicuci dan disucikan.
Ritual Wudhuk yang kita laksanakan ini adalah satu bentuk peringatan secara fizikal, supaya kita nampakkan kesannya dalam solat. Berbuat sesuatu biar dengan ilmu, bukan ikut-ikutan. Akan jadi lebih berkesan tarbyah solat melalui amalan wudhuk ini kepada pembentukan akhlak anak-anak jika kita dapat kembangkan ia ke peringkat hakikat dan rahsia kerohaniannya.
Wudhuk menjadi tertib awal dalam memastikan anggota kita tahu fungsi dan peranan masing-masing dalam menggerakkan anggota badan secara berjemaah. Islam itu tidak tertegak dengan sendiri melainkan dengan kekuatan berjemaah. Begitu juga dalam usaha membangunkan jemaah dan masjid /rumah Allah.
Nabi Ibrahim dan Ismail telah bersama-sama bekerja membina Baitullah. Peranan kerjasama dalam membina satu tempat sujud dan kiblat untuk difokus oleh kita untuk usaha menegakkan agama dalam diri dan komuniti. Wajah perlu disucikan kembali dengan fokus kefahamannya kepada agama yang lurus dan ikhlas. Tangan dan kaki harus disucikan kembali untuk bekerja dan melangkah membangunkan agama yang haq.
Muka adalah bahagian yang mencerminkan wajah yang menzahirkan sikap dan perasaan individu. Daripada wajah manusia juga boleh menunjukkan tahap keihlasan mereka dalam menghambakan diri mengikut system dan aturan Allah.
“Hadapkanlah wajah kepada agama dengan lurus, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik”. (QS:10:105). Demikian beratnya kesan akibat jika kita gagal mengurus dan menfokuskan wajah, iaitu MUSYRIK… Nauzubillahi minzaalik.
Apa yang kami kongsikan sekadar satu cetusan bagaimana kami mantapkan kefahaman dari ritual wuduk ini untuk mendidik akhlak anak-anak agar mampu menjadi umat Islam yang suci lagi mampu membantu menyucikan yang lain semampunya.
Ini bukannya satu ketetapan dan anda boleh kembangkan mengikut tahap ilmu masing-masing untuk menambah keberkesanannya.
Semoga bermanafaat. WARGA PRIHATIN.

Perkongsian dari FB KUASA SOLAT

Mengapa Doaku Tidak Diterima?

Menurut Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi yang terkenal telah menyatakan ada 10 sebab mengapa doa kita tidak diterima iaitu :

1)Engkau mengenal Allah tetapi engkau tidak menunaikan hakNya

2)Engkau mengaku engkau mencintai Rasulullah s.a.w tetapi engkau tidak beramal dengan sunnah-sunnahnya

3)Engkau selalu membaca Al-Quran tetapi engkau tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.

4)Engkau selalu mendapat nikmat daripada Allah s.w.t tetapi engkau tidak mensyukurinya.

5)Engkau tahu syaitan itu adalah musuh mu tetapi kamu tidak berusaha untuk menentangnya.

6)Engkau tahu syurga itu wujud di dalamnya terdapat bermacam-macam nikmat tetapi engkau tidak berusaha untuk mendapatkannya.

7)Engkau tahu neraka itu wujud di dalamnya terdapat pelbagai seksaan tetapi engkau tidak berusaha untuk menjauhinya.

8)Engkau tahu bahawa mati itu benar tetapi engkau tidak bersedia untuk menghadapinya.

9)Engkau sering menceritakan keburukan orang tetapi engkau melupakan keburukan diri sendiri.

10)Engkau mengkebumikan mayat tetapi engkau tidak mengambil pengajaran daripadanya.

UBAT KANSER PARU-PARU STAGE 4 : Jus Apple Hijau & Daun Belalai gajah

Bahan-bahan :
1. 1biji apple hijau




2. 150 helai atau lebih daun belalai gajah


3. sedikit air








Cara Membuatnya :
1)blend halus semua 
2)tapis
3)baca basmallah

4)baca fatihah 1x kepada Rasulullah
5)baca selawat syifaa 3x
6)minum 1x setiap hari


P/S: Ini adalah penyediaan ubat alternatif sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan,sesungguhnya kesembuhan ialah daripada Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Penyembuh. Yakinlah :)